Aku cuba tidur, tapi gagal. Kandung kafein lagi menguasai badan. Metabolisme badan lagi kuat. Badan terasa penat. Jiwa yang kecil ini juga merusuh. Mengingat tugasan, suara-suara yang memaksa bekerja seperti yang pernah aku berkata.
Tapi…Argghhh, alasan sekadar kata-kata. Bertangguh kerja, tanggungjawab seorang pencuri masa. Tapi, mereka baru sekerat yang ada. Arahan aku berkata, “minggu depan harus bermula!” Sedangkan agenda sudah direncana sejak mula. Betapa mudahnya mereka terlupa! Mungkinkah kerana Syawal mulia masih terasa?! Alasan murahan mereka yang tiada idea. Penipu masa yang murahan.
Mata kupaksa untuk dipejam. Gagal lagi.
Jari mengengsot, mengatur rentak dipapan kekunci. Mengurangkan rusuhan jiwa. Malam ini sunyi. Sahabat diluar kamar mungkin tertidur sudah keletihan. Aku masih memaksa jari dipemuka kekunci lap top mini. Dunia mungkin masih terkejut gegaran dunia beberapa kali. Huluran bantuan dipinta. Kita masih menghulur, kita lihat mereka melarat di sana. Disini, ada juga. Tapi, tuan-tuan puan-puan harap berdoa pada pilihanraya yang berulang kali. Heh! Aku merapu lagi.
Mata, tutuplah. Masih gagal.
Idea panas. Jiwa yang kecil lagilah merusuh. Tidur tak dapat, badan letih. Sedangkan, seharian aku hanya turun naik kolej. Pergi ke Billion, membeli peralatan. Apa yang aku letihkan…. Dunia masih berputar pada paksinya. Mata ku tertancap pada indahnya hari ini. Mungkin, pada cuti sebulan yang lalu masih lagi mempengaruhi agar bersenang dulu. Padahal, tanggungjawab telah menanti.
Jiwa yang kecil, sudahlah merusuh.
Perbincangan dengan sahabat di waktu senggang tadi. Fenomena suasana pembelajaran masih menghantui. Positif yang tidak pasti. Aku cuba memberi harapan. Sedangkan mungkin semuanya tidak diduga. Harapnya tidak…
Mata ku, cubalah kau berehat. Gagal berulang kali!
Jiwa ini masih melayan rasa. Hilang yang pergi untuk selamanya, masih menghantui jiwa. Fobia yang tidak pernah aku minta. Aku cuba berdiri, dan menghilangkan segalanya pada tempat yang sama. Pasrah aku nantikan masih tak kunjung tiba. Gagalkah aku kerana mengalirkan airmata kala sendiri ini? Mata merah menahan…. Arghh, tak perlu kau tahu!!!!
Mata ku. Aku atau engkau yang paranoid pada mimpi semalam?! (masih gagal)
Mimpi yang masih berhantu. Roh datang bagaikan ke sisi. Aku tak minta kau kembali kerna kenangan kita masih hidup. Aku tak pernah berdoa ingatan aku dibawa pergi. Sesekali, dalam mimpi; tak mengapa. Meskipun, aku akan jadi pada fobia cinta. Heh!
Jiwa kecil, pujuklah hati. Pejamkan mata, tidurlah dengan lena.
Jangan dikenang pada yang telah pergi. Seharian ini, aku hanya di sini. Meskipun, pemikiran merewang menjengah waktu bersama. Sesekali, titisan tergores mengalir dicelah-celah mata. Rokok berbahasa, “aku menghiburkan mu!” Sial! Duit habis terbakar, jadi abu! Arghh, ianya teman setiaku… Berkarya bersama, nyalaannya. Mengisi masa, juga masih ditangan.
Tak mengapa. Mungkin satu masa, aku akan berhenti juga. Mungkin, pada saat yang peparu terlebih hitam dakwatnya. Tidak!!!!
Jiwa ini, mata ini meski kecil tapi bisa pengaruhi seluruh metabolisme badan. Aku gagal. Gagal pejamkan mata. Gagal tidur dengan lena. Sedang, jiwa ini masih merusuh…
Gagal. Gagal. Gagal. Gagal.
Aku prejudis kepada diri sendiri
Kurang yakin dengan kekuatan aku
Masih tidak pasrah apa yang berlaku!
*2 kali kemaskini blog dalam tempoh kurang 24jam.
5 comments:
tersesat di sini..sa suka entri ni..ayat yang sangat puitis bermakna dan mesej sampai dalam bentuk yang indah...hurmm..good job!!! jeles sa sama ko..penulis ka ko ni???
thanks krn singgah...
sekadar coretan rasa bro..
ikut kata hati bla menulis..
hahahhaah
a good one! sgt puitis!
terjumpa blog ni. salute u bro.the words,puitis habis.
be my follower:DD
amiraaliya.blogspot.com
thanks.
and yeah, i'll surely drop in again.
senang kata, jatuh hati dengan penulisan kamu, anak watan yang mempunyai aspirasi di luar jangkauan akal pemikiran dimana ayatmu punya unsur keindahan tersendiri.
but a lil bit like fynn jamal. no offences. but probably u got ur own style. i guess.
see ya 'round
madam,
thank u very much!
liyaluya,
thanks to visit my page. glad to know u here. ;p
Post a Comment