Thursday, October 22, 2009

Aku Menunggu Masa Untuk Berundur!

Aku menunggu masa untuk berundur. Secara latarnya, aku amat berharap semua mampu bekerja. Menyatukan yang terpisah. Merapatkan jurang persamaan. Tiada kasta, semua diatas status yang sama. Bukan sekadar cadangan retorik semata.

Aku menunggu masa untuk berundur. Aku kecewa. Bimbang, persoalan malaikat tidak mampu aku jawab dengan sempurna. Sungguh, jawatan itu satu penghargaan. Tapi, kalian dibawah aku. Akulah nakhodanya. Mana mungkin kalian akan menjawab bagi pihak diri. Ini bukan mahkamah dunia. Itu mahkamah yang memungkinkan aku kekal di neraka selamanya.

Aku menunggu masa untuk berundur. Janji, bukan untuk kita memeriahkan acara. Itu janji untuk ditunaikan bersama. Padahal, kalian telah mewar-warkan dipermulaan tangga. Kebolehan dan keupayaan itu yang dilihat melihat.

Aku menunggu masa untuk berundur. Aku tidak mahu dilihat sebagai penabur janji-janji dusta. Kita semua bukan pernah berdiri di pentas politik. Aku tidak mahu dilihat sekadar boleh berkata. Aku mahu, kita dilihat lebih dari itu.

Aku mahu ada perubahan. Aku tahu, kita tidak sempurna. Begitupun, kesempurnaan itu wujud jika kita berusaha menyatukan semua. Aku tahu, manusia terbatas keupayaannya. Tapi, bukankah ikrar telah kita sumpah. Idea telah kita satukan?

Aku mahu capai apa itu perubahan. Kita akui, semua kekurangan adalah puncanya. Jangan fikir masalah, tapi biarlah kita fikir apa itu amanah!

Biarlah aku berundur, jika ini yang terbaik untuk semua. Aku bimbang, jika gagal ini akan berterusan. Jangan biar, kita hanya dikenali melalui nama; sedang rupa tidak kelihatan!

Gagal. Gagal. Gagal. Gagal.

Aku cuba cari perubahan.

Tapi, gagal.

Gagal. Gagal. Gagal. Gagal.

Trauma yang buat aku prejudis pada kebolehan diri.

*menunggu isyarat merah dinyalakan.

3 comments:

fahana_ann said...

kegagalan mengajar kematangan, membari hikmah dan pengajaran.cuma mabil masa..kenapa terus lari? takut? aku juga takut..tapi tak kan terus lari begitu..lupa pada DIA yng menentukan..sudah sehabis daya berusaha?makanya berdoa kemudian..(ingatan untuk aku)..
terima kasih MUS..posting bagus ni..

azzam said...

orang yang berjaya bukan lah kerana orang itu tidak pernah gagal,tapi kerana orang itu bangun daripada kegagalan..~!adios...

Al-Rashid Zulkefli said...

salam,

fahana_ann,
bukan menyerah kalah, cuma tersentak dengan emosi.

zamfadliez,
aku manusia biasa bro.