Aku benci DADAH! Tolong jangan isap benda sial ni depan aku! Benda yang bisa memusnah seluruh masa depan manusia! Tolong, tolong… Aku bukan benci kamu penagih, aku kasihan. Lihat menarik sialan itu separuh nyawa, kemudian tertawa? Apakah makna?!
Aku benci DADAH! Aku pernah disuspek kerananya! Si sial yang tidak pernah aku dekati. Si penjahanam yang pernah buat aku di caci! Sial, sial sial…! Aku sedih, aku kecewa. Namun, tidak pernah memberi makna dewasa kepada kalian ( si penagih )?!!! Sedang aku, yang tidak pernah berdamping berasa terhina! Apakah makna?!
Aku benci DADAH! Si penjahanam manusia yang selalu popular dalam kalangan professional. Kasihan, cukup bijak tapi otak singkat! Jahanam, si penjahanam manusia! Bangsa membunuh bangsa! Nilaikan sendiri makna kemajuan. Apakah makna?!
Aku benci DADAH! Tolong, tolonglah jauhi! Si insan seni pernah hilang semua kerananya. Si pengaku professional pernah kecewa kerananya. Si mubaligh ada juga. Tidakkan mendatangkan insaf kepada kita?! Tidakkah kalian mahu bertemu sinar kehidupan yang bermakna?!
Aku benci DADAH! Biarlah kamu kata, “inilah gaya hidup moden!” Tolong, tolong jangan gunakan modenisasi untuk kalian banggakan diri! Sedangkan, aku juga mengikut arus modenisasi. Aku, kamu dan semua kalian! Tapi, bukan mencari dadah sebagai jalannya!
Aku benci DADAH! Biarlah kamu pinggirkan aku. Asalkan aku tidak bersahabat kerana si sial, penjahanam manusia itu! Aku tidak mahu bergelar penagih dadah tegar! Cukuplah, ketagih rokok juga buat aku terseksa menahan rasa.
Aku benci DADAH!
Dengar, aku benci DADAH!
Bukan kamu.
Kamu, sahabat aku.
Dengar, kamu sahabat aku.
*sial kamu semua pengedar, penjahanam manusia!
4 comments:
dadah memang sial bro...nasib baik gua dah stop smoking, semoga gua dan semua rakyat malaysia bebas dari najis sial ini.
mmg btul! sygnya, masih ada sahabat kita terus menagih....
p/s:
kita yg terlepas pandang atau mereka yang terus menutup pintu kesedaran?!
those drug addict,never apprehend the meaning of appreciation.they simply waste their healthy life into something that is can cause mishap or even could be fatal. all malaysian youths should wake up,and realise how important their life for our nation in future. we are the next generation. we must arousing hatred towards drug. it ain't good for our life. everyone can make a diff. starting with ;stop smoking. good luck guys!
liyaluya,
correct! alangkah baiknya klu kita boleh kumpulkan suara seperti ini...
*mengharap kepada perubahan minda positif!
Post a Comment