Thursday, October 29, 2009

Janganlah Bimbang!

Jangan bimbang. Aku masih selamat, masih bernafas untuk teruskan kehidupan. Meskipun, aku sentiasa bersendiri; mengharap kepada ketenangan. Itu waktu untuk aku tundukkan hati supaya aku mengerti dan memahami skrip kehidupan yang aku adalah pelakonnya.

Jangan kamu bimbang. Aku masih disini. Langsung kepada perjuangan hidup yang tidak berhenti, selagi titik “MATI” belum diletakkan. Watak aku masih diteruskan tetapi tidak menarik untuk kalian tonton. Inilah keajaiban yang kita saksikan. Pengarah yang tidak kelihatan tetapi “wujud”. Skrip yang tidak “dibaca” tetapi watak utamanya ada.

Janganlah bimbang. Aku akan berdiri, merangkak, berjalan, berlari selagi mampu. Selagi ada kamu dan semua. Tapi, berikan aku ruang untuk privasi kenangan. Jangan paksa sesuatu yang kalian tidak mampu tapi mahu aku lakukan. Bercakap saja tidak memadai, cubalah kalian buktikan!

Jangan bimbang. Aku masih bisa mengawal diri cuma aku minta, tolong hormati pendirian ini. Hentikan suara-suara sumbang kalian. 3 ayat saja bisa memuatkan kalian ke neraka jahanam buat selamanya. Kalian boleh pergi untuk meneruskan proses-proses mematikan hati. Aku takkan mengganggu. Tugas aku hanya dilingkaran yang kalian rasakan selesa. Bukan berada 360 darjah hidup kamu.

Jangan sesekali kamu bimbang. Hidup ini akan aku teruskan biarkan terus keseorangan. Aku masih tersenyum, berlawak dengan semua. Kata-kata mesra aku selalu lemparkan kepada penonton pentas dunia. Aku hanya akan memerhati dan terus menanti, saksi kepada hati-hati manusia yang kian mati. Biarpun, zahirnya pancaindera kalian masih berfungsi!!!!

*suara-suara manusia yang berkata aku semakin pentingkan diri.

2 comments:

Cheguman said...

pentingkan diri sendiri, semakin pentingkan diri sendiri, terlalu pentingkan diri sendiri adalah tiga perkara berbeza.

azzam said...

fikirlah apa yang terbaik bagi diri kamu,dan kamu akan dapat apa yang terbaik bagi diri kamu..~!adioos...~!