Monday, November 2, 2009

Dari Arkib Diri- 1 November

angin malam menyapa lagi bawa kamu seperti malam-malam sebelumnya. bukan zahir cuma sebuah kenangan. angin malam ini lain benar rasanya. angin yang membawa segumpal hujan. hujan yang membawa kenangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ingat lagi, apa yang ada pada setahun lalu. aku bukan seperti manusia lainnya. bisa menutur kata-kata cinta. aku juga bukan seperti manusia yang elok pekertinya. bersama aku adalah manusia-manusia jalanan yang seringkali dipandang endah manusia berstatus. tapi, kamu ada nilai tersendiri pada manusia seperti aku. manusia perlu berubah, itu kata kamu. aku lantas menukar persepsi masa depan. aku cuma jejak jalanan baru tanpa mahu duri silam mengejar. itu setahun lalu. aku masih disini. cuba untuk mengenang plot-plot kenangan yang mencipta cerita kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kadangkala, kegembiraan masa lalu kerap mengikuti jejak lampau. hari ini, aku mahu jejaki masa tanpa duri dosa silam! Diari Arkib Diri. 2 November 2009.

No comments: