Sunday, November 15, 2009

Beginilah, Kalau Namanya Manusia....

Salam Semua.

Tadi, selepas mesyuarat pelaksanaan program kerjasama MPP; aku masih menilai keberhasilannya suatu hari nanti. Aku masih melihat perasaan hipokrit, ragu-ragu dan prejudis antara mereka. Mungkin, aku bukan ahli tafsir bahasa tubuh. Tapi, pengalaman sebelum ini banyak mengajar aku. Maaf, bukan semua mereka. Ada yang masih berharap dan akan bertungkus-lumus mengeerjakankannya sebagai ibadat.

Beberapa hari nie, aku masih belum mampu menghembus nafas lega. Berdepan dengan masalah yang sengaja diadakan, ditimbulkan. Semuanya gara-gara peribadi manusia yang selalu suka lari dari tanggungjawab. Kadangkala, aku merasakan diri aku gagal. Gagal membentuk satu pasukan yang bertanggungjawab melaksanakan perubahan. Sehinggakan, aku terpaksa bergantung kepada “kuasa luar”. Dan, mereka masih bersungguh-sungguh melakukannya tanpa mengharapkan balasan. Apakan dunia sekarang berharap kepada balasan atas setiap yang mereka lakukan? Entah….

Hasil dari mesyuarat tadi, membawa aku kepada satu keadaan yang amat memenatkan untuk difikirkan. Apa, bagi mereka cukup sekadar bersuara tanpa ada apa-apa usaha? Pelik, manusia sekarang suka bersuara. Tapi, hasil kerjanya kosong! Lantas, manusia lain menjadi mangsa hamun! Arghhh, peribadi yang menjengkelkan!

Bagaimana sukar sekalipun situasi kali ini, aku akan berusaha mengubah segala persepsi. Mengubah minda aku, mereka dan semua supaya optimis atas segala titik peluh yang akan dikeluarkan. Apa-apapun, aku minta janganlah kamu semua sedar mahu berkata tanpa ada usaha mengubah sikap sendiri!

Beginilah, kalau namanya manusia….

*kolej twintech k.bharu menang dalam perlawanan futsal persahabatan bersama kelate.net malam semalam! (15-11)

No comments: