Bismillahirrahmannirahim.
Alhamdulliah, seharusnya kita bersyukur kerana dipertemukan lagi dengan Aidil Adha yang penuh dengan rahsia hikmah dan “pengorbanan”. Korban jika kita dalami ertinya, membawa maksud “penyembelihan haiwan tertentu” sesuai dengan firman ALLAH:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.
(Surah Al-Kautsar: ayat 2)
Begitupun, jika kita selami makna ini secara mendalam, ianya ternyata membawa erti yang melingkupi aspek-aspek kehidupan dunia dan akhirat. Ruang lingkup makna yang cukup luas.
Sejarah qurban dalam Islam, memcatatkan pengorbanan Ismail A.S. yang rela didirinya dilapahi demi membuktikan ketakwaan bapanya, Ibrahim A.S. Ianya tidak terjadi secara realiti. ALLAH membalas ketakwaan Ibrahim A.S. dengan balasan yang cukup diinsafi. Bagi Barat, ianya satu kezaliman. Dalam Islam, kita mentakrifkannya sebagai “ujian keimanan”. Sesuai dengan cacatan Al-Quran:
Ibrahim berkata : Aku pergi kepada Tuhanku (ke tempat yang disukainya). Dia akan memimpin aku. Ya Tuhanku, berilah aku anak yang salih. Kemudian Kami gembirakan dia dengan seorang anak yang penyantun. Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana pikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah. Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ke tanah) atas pipinya. Lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah cobaan yang nyata. Kami tebusi anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas). Dan Kami tinggalkan untuknya pada orang-orang yang kemudian (kalimat ini): Keselamatanlah untuk Ibrahim. Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia salah seorang dari hamba-hamba Kami yang mukmin. Kami gembirakan dia dengan Ishaq, seorang nabi, serta termasuk orang-orang yang salih.
(Sura 37:99-112)
Penghayatan yang dalam perlu bagi mengingati peristawa besar Islam ini. Dalam menunaikan kewajipan diri kepada agama, jangan pula kita leka pengorbanan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Dalam kita sibuk dengan pelbagai kepentingan, janganlah kita terleka sehingga terlupa pentingnya peristiwa ini dalam pembentukan sahsiah diri yang teguh, ke-Esaan ALLAH dan hal-hal yang melibatkan pembentukan spiritual berasaskan ajaran Islam. Janganlah kita “conteng” makna korban ini pengisian yang melampaui batas dan ajaran Islam.
Dikesempatan ini, saya mengucapkan Salam Aidil Adha 1430H kepada ahli keluarga di WP
Kepada pengguna-pengguna jalanraya, ingat mereka yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat. Jangan “qorbankan” ahli keluarga yang lain kerana kecuaian anda.
Wassalam. Salam Aidil Adha “Gugur Airmata Anak Rantau”.
No comments:
Post a Comment