Lama rasanya aku tak kemaskini blog ni. Bermacam perkara perlu aku selesaikan meskipun sekarang ni waktu bercuti. Erm, aku bukan budak sekolah yang bercuti. Aku budak IPT. heh! Mid sem break bukan bermaksud aku terus tinggalkan semua kerja-kerja. Takut ada tugas yang bertindih kemudian kelak. Oh, aku tak sanggup! Sekarang ni pun, aku terpaksa memacu segala kekuatan dan tenaga untuk terus bergerak seiring dengan apa yang aku rancang. Hebat? Tak... Cuma sedikit aplikasi dari buku-buku motivasi.
Menyentuh mengenai Aidil Adha. Oh, aku menyambutnya ditengah-tengah kosongnya lebuhraya Kelantan-Kuala Lumpur. Dan, tiba di Stesen Putra tepat pukul 9.45. Nah, kooooooooo! Sedih? Tak... Cuma kesal. Anyway, aku berterima kasih kepada SANI EXPRESS kerana aku terpaksa menunggu hampir 3 jam setengah lamanya untuk bergerak dari waktu yang tertulis di tiket bas aku. Terima kasih ye Datuk Sani!
Dalam waktu aku bergerak ke sana, ke mari untuk memenuhi setiap tuntutan dan jemputan; aku juga tidak ketinggalan berterima kasih kepada pihak pengurusan PICCOLO HOTEL kerana membatalkan temujanji di saat-saat akhir (30 minit dari waktu temujanji!). Natijahnya, aku terpaksa bergerak lagi untuk mencari temujanji baru. Anyway, thanks to Mr. Kumar (Security Director of Piccolo Hotel) your cooperation is awarded. Pihak atas bermain kotor, aku pun terpalit sama! ceh!
Ok, tinggalkan kisah tu. Wayang. Sibuk dengan wayang. Twilight, Jalang, Senario, Ninja Assasin, 2012 and so on. Wah, teruja sekali kamu ya?! Aku tidak ketinggalan. Aku tonton itu, Jalang. Terima kasih lagi. Duit aku habis tanpa ada maksud apa-apa dari filem kamu. Pertukaran profil watak yang nyata bercelaru, plot cerita yang tidak kuat, penampilan watak yang tidak sistematik (ada watak, peranannya dimatikan begitu saja), profil watak yang tiada kaitan kepada tajuk dan jalan cerita. Oh, sungguh aku kesal menontonnya. Elok lagi aku tonton itu karya Yasmin Ahmad! Maaf, aku bukan nak menjatuhkan industri kita cuma aku nak suarakan sedikit kesalan. Salah? Tak, bukan? Dalam filem ni, aku cuma nampak manipulasi kecantikan wanita (berdasarkan tajuk) dan secara realitinya pengarah juga menjadikan pelakon utamanya menjadi jalang! Maaf lagi. Itu suara-suara kami penonton filem ni. Jangan fikir industri nak havoc je, kena fikir kelainan. Lain macamana? Konklusi,rumusan, dan konklud?! lu pikir la sendirik!
Ok, ok. Aku tak nak menulis panjang dari ni. Time to chill!
1 comment:
betul..kadg2,pendapt penonton nie perla diketengahkn untuk memperbaiki mutu filem tanah air...adioos..~!
Post a Comment