Terima kasih, terima kasih.
Atas segala tuduhan kamu. Tolong keluarkan bukti penyelewangan aku. Aku tidak gentar, jauh sekali mengalah. Kita jumpa di muka pengadilan.
Terima kasih, terima kasih.
A-Z aku kerjakan. Tidak harap balasan. Tidak ada tuntut itu, tuntut ini. Aku tidak kesal. Ini risiko yang aku tanggung. Kebenaran tidak pernah berkata tidak buat keadilan.
Terima kasih, terima kasih.
Kerana duit, aku jadi balasan. Terima kasih ’korban’ kamu. Segalanya biar Tuhan tentukan.
Terima kasih atas tuduhan kamu. Aku sedang terkena, sungguh!
4 comments:
napa kn ni..
sapa yg tuduh2 ko ni..
assalammualaikum
kes berat?
kita berdoa jer..doa org yg difitnah nie akan diterima Allah...jgn mengalah dan sentiasa berani kerna benar..adiooss..~!
waalaikumsalam semua.
terima kasih keprihatinan kalian.
inilah natijahnya kalau manusia memandang wang sesuatu yang paling bernilai berbanding dengan kerja yang dicurahkan.
Post a Comment