Saturday, December 26, 2009

Main-main Dari Belakang!

main-main di belakang adalah kerja harian waktu sekolah dulu.

puas, bila guru bertempik marah.

puas, bila ada sahabat yang terganggu.

hahahaaha!

dari belakang itu aku cermin diri.

sampai satu ketika, aku harus berubah.

harus bermain dan acting dari depan.

main-main di belakang itu membentuk aku.

setiap langkah harus ada ke depan dan ke belakang.

minda yang dulunya di belakang ku alih ke depan.

supaya sebaris dengan pencapaian.

juga kematangan.

hari ini,

dari di belakang aku beranjak ke depan.

di dengar oleh mereka yang di belakang.

syukur,

belakang itu mengajar aku.

supaya ke hadapan dan kejar kejayaan!

yang mengajar jatuh bangun aku!

dari belakang ke hadapan, aku laksanakan perubahan!

“memori dari belakang kelas waktu persekolahan”

2 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum shahzul

best juga ada anjakan paradigma sebegini...
harap2 anak2 murid saya pun dapat berubah sebegini satu hari nanti

Meet Uncle Shah said...

semua manusia akan berubah.
;p
harapnya semua pelajar m'sia akan berubah ;p