Bonda,
Kita mungkin tak pernah berkawan baik
Bila senyum, semuanya pelik.
Bonda,
Kadangkala, apa yang aku rasakan
Tidak sama seperti yang aku ingin katakan
Kita semakin jauh bila aku dewasa.
Bonda,
Engkau pergi dalam waktu yang tidak terasa.
Bonda,
Aku ingin kau dengar puisi ini
Lagu sebuah kasih yang mungkin tak kau ketahui.
Mungkin,
Kita bukan yang paling rapat di dunia ini
Rasa dalam jiwa ini, ada kalanya goyah
Sejak kamu pergi, aku seakan sepi.
Sedangkan waktu itu, waktu aku paling bodoh!
Dan,
Waktu-waktu kehilangan mu
Aku memanggil-manggil namamu
Pergimu bonda memang tidak adil.
Ampunkan aku bonda.
Bila satu masa lalu, aku menjauhkan diri dari kamu.
Aku lari!
Lari kepada teman-teman ku!
Lari mencari kegembiraan sendiri!
Aku benci kamu bonda!
Aku baling semua kenangan bersama kamu!
Aku lempar kata-kata nista kepada bonda!
Bertempik gembira iblis-iblis syaitan di pintu neraka.
Tahniah, tahniah!
Lantas, ku berkata: “semuanya salah bonda!”
Bersama teman-teman, semuanya senang!
Semuanya tenang!
Tapi, dimalam-malam
Jiwa ini gelisah!
Jiwa ini gundah!
Aku mahu bonda!
Aku mahu pulang!
Aku mahu kepada keluarga!
Hari ini,
Kaku aku di makam bonda
Bersama sayu puisi susu yang pernah kau beri dahulu.
bersama lembut usap tangan mu.
Ketika aku dekat, kau dakap
Lagi erat.
Kita masih bersatu.
Tapi, bukan bersama masa.
Aku mahu bonda!
Aku mahu kamu!
2 comments:
assalammualaikum
memang ginilah lumrah kita, termasuk saya
permata kita sangka kaca
batu pula kita sangka berlian
semoga roh setiap bonda , dalam rahmat Allah dan ditempatkan bersama insan soleh
aku sedih:(...rindukan ibu aku...aku nak gunakan masa yang ada untuk membuatkan die gembira...adioos...~!
Post a Comment