Saturday, December 5, 2009

Masa Berjalan... Kamu Mahu Toleh Ke Depan Atau Ke Belakang?!

Salam Semua.

Kita makin di penghujung kan? 2009 hampir berlalu, 1430H akan berakhir 18 Disember ini. Tercapaikah impian? Tidak kira samaada kamu ikut itu calendar 2009 atau itu 1430H. Semuanya sama. Niat, matlamat. Apa saja, anything kata orang putih.

365 hari, bukan satu penantian yang lama. Cuma emosi yang mengandaikannya begitu. Lihat, kini sudah Disember. Pejam, celik, tidur, makan, minum, merokok, berak, kencing. Semuanya dimakan masa kehidupan. Matahari terbenam, matahari timbul itu fitrah alam. Kita masih bernafas untuk mengecapi apa yang kita hajati, alhamdullillah.

Cuba, dipenghujung ini; kita toleh kebelakang. Kita insafi setiap kejadian disekeliling ini. Bumi dilipat, bumi ditiup. Islam dihinakan. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Pak Lah berundur, Najib ganti. PPSMI dibakal dibubarkan, digantikan dengan memartabat BM; memperkukuh BI. Oh! Ini terjadi dalam dan luar negara.

Dalam diri? Sebulan lalu kamu bertunang, kini kamu sudah punya suami/isteri. Dulu kamu bersendiri, sekarang bunga-bunga cinta sedang mekar. Dulu, kamu masih di IPT, sekarang alam pekerjaan. Macam-macam ada! Itu semua kehidupan dan putaran. Berpusing-pusing cuma disitu. Umur berganjak sebanyak 1. Sekadar kiraan. Masih muda ape?! heh!

Sekarang. Tetapkan kembali matlamat kamu, kukuhkan ia! Pandang ke depan! Masa lalu mungkin secebis dari kisah kehidupan yang merunsingkan, mungkin menyedihkan. Untuk apa hidup, kalau kamu masih tangisi yang lalu?! Tanpa mahu berusaha mengubahnya. Tapi, jangan lupa: “Tanpa yang lama, mana mungkin baru itu wujud” Jangan belakangkan kehidupan lalu, maksudnya. Toleh kebelakang, untuk kenal asal-usul diri. Siapa, apa, dan untuk apa kehidupan ini. Fikirkan!

Sekarang, masa telah berjalan. Kamu pilih toleh ke hadapan atau kebelakang?! Selamat Tahun Baru Hijrah 1431!

p/s:

SELAMAT MELANGSUNGKAN PERKHAWINAN KEPADA SAHABAT KU SURAYA ZAINAL ABIDIN (sampai dulu jodoh kamu!)

1 comment:

fahana_ann said...

Pak MUS bila plak..hehe..thnax untuk posting penuh semangat ni..hehe.kembali mekar semangat waja..