Friday, November 20, 2009

Hujan Hari-Hari, Basah Pun Hari-Hari...!

Salam Semua. Sudah tiba musim hujan bukan disekitar Pantai Timur? Banjir, basah sinonim dihujung tahun. Sekejap, sekejap. Harapnya, kalian tidak menukarlucahkan tajuk diatas. Entri ini, tidak memasukkan unsur lucah ya! heh! Okeh, back to the issue. Kalau mengikut ramalan Jabatan Kajicuaca, suasana ini akan melanda negeri-negeri Pantai Timur, dan sebahagian Pantai Barat. Tu yang 2,3 hari lepas aku dengar diberita nasional. Suasana macamni, kadangkala menyekat aktiviti luar. Bukan aku tidak bersyukur rahmat hujan. Ini suasana yang mendorong aku selesema hampir sebulan. Oh! Penyakitkah itu? Yang seronoknya, dalam menghadapi suasana hujan hari-hari; kalian akan saksikan keseronokan kanak-kanak di Pantai Timur ini seolah-olah punyai kolam renang persendirian yang maha luas! Ibubapa tidak risau. Kanak-kanak ini riang bermain air. Basah hari-hari. Siapa kisah?! Bukan ada bayaran seperti kolam-kolam renang yang dimiliki kapitalis-kapitalis yang laparkan duit. Bagi pelajar seperti aku, suasana ni membawa erti seronok juga-di mana, boleh berkompromi dengan pensyarah-pensyarah. Kalau yang tinggal jauh sikit, "rumah banjir cik, keta tak bley keluar!" Padahal, takat air masih dibawah indeks yang selamat. Memang selamat manusia macam ni! Atau, bagi yang punyai kelapangan; boleh tidur sepanjang hari. Celik mata, hanya bila lapar. Hidupnya, makan-tidur-makan-tidur. Tujuan pun- tidur! heh! Seperkara lagi, jikalaulah hujan telah reda; maka, berduyun-duyunlah orang kampung laksana lalat menhurungi bangkai menghampiri parit-parit, sungai-sungai untuk menangkap ikan.; "menyaluk ikan" kata orang Brunei. Kemudian dibahagi sama-rata antara mereka. Ini baru perkongsian 1Malaysia namanya! Nilai kemanusiaan, kejiranan yang amat tinggi pada pemahaman aku sendiri. Hari-hari hujan; hari-hari basah pun tak apa! Asalkan suasana ini, mata aku mampu menyapa kemesraan mereka. Biarpun, cuma sekadar isyarat senyum ditepi-tepi jambatan. Inilah, citra warga Pantai Timur. Biarkan. Kalaulah hujan hari-hari; basah pun hari-hari, mereka tidak kisah. Suasana ini mereka mahu semai. Biar subur si anak muda bersama kemesraan warganya. Itu kolam, bukan berbayar. Ikan-ikan itu milik Tuhan. Takkan ada yang mengekspoitasi kelebihan itu. Tidak ada unsur politik dalam perkongsian. Pembahagian sama-rata, tidak mengharap kepada projek-projek mega. Biarlah, basah! Biarlah, lelah! Itulah mereka! Hujan hari-hari, basah pun jari-hari!

2 comments:

azzam said...

hahah,,budak2 bukn tau pe,cume mk bapak kene tgk2kn la..jgn jadi pe2 lak kt ank diowg,nyesal n nangis xberlagu kg,heheh..adioos..~!

Al-Rashid Zulkefli said...

kebebesan dunia kecil!
ramai yang tidak mengerti. apa yang ada sekarang, tidak sama seperti dahulu.

aku juga seperti si kecil tu, mahu nikmati kembali dinginnya air sungai, menangkap ikan, keramahan warga sendiri.

sungguh! semua tuh kian terhapus sekarang. mungkin, aku hanya mampu mengenang... betul tak?