Ruang bersendiri ini indah. Aku terhanyut bersamanya sepi. Berbicara bersama sendiri, tapi aku bukan gila. Ruang privasi kenangan, aku merewang bersamanya. Tolong jangan sibuk!
Ruang bersendiri ini indah. Biarkan aku bersama melodi muzik tersendiri. Tolong jangan ganggu! Manusia-manusia seperti kamu hanya mampu mengeji. Rugikah aku kalau tidak duduk semeja bersama kalian? Tidak… kerna ruang lingkup masa kamu hanya berkata tentang dunia. Mengejar keduniaan tanpa sedar hati kalian hampir mati. Kita berbeza aliran. Meskipun, aku bukan sefanatik penganut agama. Aku ada kesedaran tersendiri.
Ruang bersendiri ini indah. Aku sudah terlalu penat menghadap material. Jawatan dunia yang memberatkan dosa. Kejar dunia tidak kemana, sekadar terhenti bila dunia mula ditiup. Tiada lagi manusia yang tersedar. Dunia, dunia…. Betapa sial dan rugi kehidupan ini!
Ruang bersendiri ini indah. Buat aku melayang-layang bersama khayal sendiri. Seronok! Tiada gangguan. Habis, bila lagi aku harus pijak bumi ini?! Keluar dari kepompong lingkup “bersendiri”? Mungkin satu masa nanti. Satu masa, yang tiada lagi penjahanam-penjahanam manusia!
Ruang bersendiri ini indah! Terbang… Kerana aku tidak selesa lagi bersama kekotoran! Itu cara kalian, lain pula dengan aku! Tapi, kita masih terus bersama diluar lingkup bernama bersendirian!
3 November 2009.
Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment