Salam Semua.
Lama aku tak menulis panjang dalam teratak ni. Entri-entri sebelum ini hanya menjalani proses copy-paste dek kerana kekangan masa yang melangkaui batas manusia seperti aku. Heh!
Otak aku bukanlah terlalu hebat untuk terus menampung ayat sastera demi bahasa yang aku amat cintai. Atas sebab tu, proses pengeluaran produk aku seringkali tergantung. Atau dalam istilah penulisan disebut “writer’s block”. Idea beku, bagi pemahaman aku. Itu sajalah.
Perkataan “itu sajalah” tidak bermakna entri ini kosong tanpa sebarang makna. Aku sebenarnya hendak menulis mengenai “situasi” tapi lain pulak yang diluahkan. Uh!
Situasi 1.
encik A: “masalahnya, bila student nampak saya diorang akan lari.”
aku: “cik, kalau nak pikir masalah; sampai bila-bila pun takkan bergerak ke depan”
encik A: “)(*&^%$#@”
*masalah harus dilihat sebagai peluang. saya pun akan lari kalau nampak encik!
Situasi 2.
senior perempuan: “macam ni la rashid, kak s* rasa elok buat badminton. dekat pun dekat. bajet pun tak keluar lebih.”
aku: “sy no problem kak. yang penting, ada feedback dari student lain.”
*dalam hati: “ko cakap pandai la! aku nak tau bape banyak program yang ko penah involve?!”
Situasi 3.
encik A: “betul, roti canai tak sedap kalau tukang buatnya tak bebulu tangan!”
aku: “f**k!!!” (dalam hati)
*aku bukan racist!!!
Situasi 4.
aku: “eh, proposal da siap tak? aku da nak submit penyelarasan program ni.”
member: “esok aku bagi. go tu tak siap lagi..”
aku: “bereh………”
*aku tak suka nak tunjukkan kuasa.
Ini sebahagian dari situasi-situasi yang selalu buat aku tersentak emosi. Marah, kecewa, lucu, lucah. Ini adalah emosi aku. Jawatan prestij yang dimiliki bukan untuk aku banggakan diri. Aku akan turun, satu masa nanti. Dan, aku mahu dikenang dengan penuh gemilang supaya perjalanan aku tidak sukar tatkala melintasi jambatan yang memintas kehidupan dunia-akhirat. Yang membezakan baik-jahat. Balasan yang yang ada 2 pilihan, syurga atau neraka.
Situasi-situasi ini buat aku paham, letak belakang kata orang. Nak jadik pemimpin tak semestinya selalu pandang ke depan. Mesti jugak toleh kebelakang, melihat masa-masa lalu yang ditinggalkan. Tak kira la, engkau budak zaman sekarang atau zaman dulu. Tak pedulik la ape wonder pet nak cakap “ape yang penting? kerjasama!!” Itu semua karut yahudi.
Okeh, tamat sebuah situasi. Setiap persoalan hanya ada 2 jawapan: “YA” atau “TIDAK”! Moga kalian akan mengerti!
No comments:
Post a Comment