Thursday, August 23, 2012

Brader Dari Dalam Mimpi.

Gua percaya, khalayak pembaca sudah terbiasa dengan jargon "deja vu". Bukan pasal adik-beradik Deja Moss ke amenda. Dan, gua percaya khalayak juga sedia maklum tentang erti makna "deja vu".

Gua agak terperanjat bila cik puan gua sebentar tadi up satu subjek perbualan yang gua sendiri terkeliru tentang maknanya. Semuanya bermula bila gua berbicara soal-soal hati, perancangan juga masa depan berdua; insyaallah. Mana ada stylo dah kalau dalam umur macamni duk sibuk ke scene drama swasta ye dak? Sekarang masa untuk realiti. Masa untuk lu buat-mesti-jadik.

"U tau tak, I jumpa U dalam mimpi I terdahulu." Lebih macamtu la isi katanya.

Gua tergamam. Otak gua ligat mengatur semula bahasa indah sebagai seorang pujangga.heh. Acaner tu? Lantas isi perbualan menjurus kepada hal-hal spiritual, hal-hal fiqh; qada' dan qadar.

Dekat hujung-hujung perbualan gua senyum. Dalam hati gua berbisik,

"memang kot gua lah brader dari dalam mimpi lu".

Dekat sini, satu benda gua nak pesan; bila orang yang lu pernah sayang buat hal celaka dengan lu berhentilah berharap benda yang bukan-bukan. tutup buku lama, orang kabor. Buat benda patut, solat istikharah contohnya. Masa tu mungkin Tuhan kasi tunjuk dalam mimpi, mana brader or mana makwe bakal pemilik hati lu orang.

Percayalah cakap gua. Tawakal tu soal lain, move on tu soal lain. heh.