Tuesday, August 28, 2012

Gua Rindu KL.

Yes, gua rindu Kota Lumpur. Hiruk-pikuk kota, menyelit celah-celah manusia, berpesta seolah takkan pernah ada kiamat dunia, brader-brader taxi yang celaka, tukang-tukang urut yang menjahanamkan bebudak teruna, brader-brader bouncer tukang urut yang selalu nak gaduh dengan gua; semua benda.

Gua rindu nak sedut StarBucks, gua rindu nak belasah SubWay, gua rindu nak pekena Nando's, gua rindu usha-usha area.

Yes, gua rindu.

Tapi, gua realize. Bila gua cakap nak move ke KL banyak benda halang gua buat macamtu. Memori waktu kecil gua, pulau kecil yang mahukan perubahan, lanskap-lanskap memori yang gua mahu betulkan, nilai-nilai kekeluargaan yang gua mahu kukuhkan, memori-memori cinta masa dulu-dulu. Gua perati satu-satu.

Gua nak rilek-rilek. Gua mahu bagi sesuatu untuk negeri gua supaya kekalutan yang pernah gua hadap, nasionalism yang pernah gua tempuh, peristiwa-peristiwa yang gua pernah lalu; gua harap gua dapat kongsikan dengan anak muda di sini.

Gua percaya aset yang paling tinggi nilainya adalah mentaliti. Cara pemikiran tinggi bakal membentuk satu generasi yang akan berusaha melakukan perubahan bukan atas politik kepartian semata-mata. Gua taknak tengok peribadi celaka orang poilitik ni diwarisi sampai jadik bodoh 7keturunan.

Serius.

Macamana gua rindu dengan life gua dekat KL; gua percaya perit pedih hidup gua dekat pulau kelahiran ni masih ada hikmah yang tersembunyi.

Gua percaya, satu masa yang bila kesedaran bermentaliti ni wujud; maka anak pulau kelahiran akan berpusu-pusu pulang mengaku anak watan.

heh.

No comments: