Tuesday, March 20, 2012

kawan dan masa.


kadang-kadang,
gua terfikir ada ramai kawan yang satu masa dulu rapat 
ketawa sama-sama
ada problem kongsi sama-sama
air segelas kongsi sama-sama
nasik sepinggan kongsi sama-sama

bila jalan kehidupan berbeza
kosong.
rasa macam kau-kau dan aku; tak pernah kenal.

mungkin sebab masa.
mungkin la, kan? siapa tahu.

aku sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
kau sibuk, ah lupa; terkapai-kapai dengan pelajaran; kerjaya dan mungkin jugak keluarga.

kadang-kadang mungkin tu cuma alasan.
mungkin sebab kita bosan dengan kehidupan.
entah lah.

Sunday, March 18, 2012

ini entri harijadi II

ya, 23 tahun lalu setelah genap 9bulan 10hari gua dikandungkan
mungkin dengan sengsara sang ibu tercinta
melahirkan anak kembar
gua dan kembar gua, perempuan.

nikmat besar.
tanpa gua sedar; ini anugerah Tuhan yang jarang-jarang orang lain dapat.
power!

setiap tahun,
gua raikan dengan click, rakan, team, orang tersayang yang berbeza.
dulu-dulu punya cerita.

tahun ni ada beza.
bersama team operation kerja.
ya, kerja.
seriously, gua lupa yang 15th March tu birthday gua.
sibuk dengan kerja.
sibuk dengan tanggungjawab.
anyway, terima kasih ucapan semua.



kenangan.

Thursday, March 15, 2012

ini entri harijadi

selama 23 tahun, gua hidup 
 banyak kali terjatuh 
banyak kali dijatuhkan banyak kali dikeji 
banyak kali dikecewakan berulangkali, 
hidup ini dalam hembusan nafas kelegaan itu satu rahmat besar juga sebenarnya.
untuk Tuhan, aku punya kekurangan 
 ntuk yang tersayang, keluarga juga
sahabat susah senang.


  TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT KALIAN ;)

Thursday, March 8, 2012

kadang-kadang aku suka konflik serupa ini
entah kenapa.
sebab, bagi aku manusia ini direka, meminta, memohon untuk jadi manusia dari pelbagai cerita.

cerita sakit dijatuhkan, cerita seronok bila di bangunkan.

aku manusia yang biasa-biasa.
kadang-kadang terbawa dek emosi.
kadang-kadang gagal menahan hati.
serupa macam yang lain.

gagal.
yes, aku manusia yang gagal.
bila sudah dijatuhkan; bila benda yang aku cipta dengan izin Allahuakbar orang lain cantas, orang lain redah.
di situ aku gagal.
aku serah bulat-bulat kepada Tuhan.
sebab, bila amarah jadi dendam; aku takut hati aku gagal dilembutkan.
aku tak nak hina di mata Allahuakbar.
manusia lain penuh dengan perspektif negatif tentang nya.

aku bakar kemarahan dengan kepasrahan
aku bakar dendam dengan kelembutan
supaya bila aku kembali ke jalan Tuhan
hati aku bersih tanpa diungkit cerita silam.

allahurrabi.

Monday, March 5, 2012

sebentar, tunggu aku. perjalanan ini lama.
sudah 23 tahun aku diberi pinjam satu laluan panjang kehidupan. 

sudah rasa sakitnya dijatuhkan 
sudah rasa seronoknya bila ada yang membangunkan. 

seronok dan sakit sampai tak tahu nak kata apa. 

perjalanan ini, perjalanan yang dilabel memanusiakan kehidupan 
ini aku ada-nya. 
dengan Tuhan, aku dilahirkan. 
dengan Tuhan, aku kembali kepada-Nya. 

Tuhan aku bukan kau. 
Tuhan aku bukan wang. 
Tuhan aku bukan dunia semata. 
Tuhan aku Allahuakbar. 

 tunggu aku, hidup ini adalah catatan yang sebentar. 



 p/s: 
alhamdulillah Tuhan, terima kasih untuk perjalanan yang cukup panjang.

Thursday, March 1, 2012

Anak Pulau.



kadangkala ada yang terlupa mana asal kita.
banyak, tapi aku malas sebut siapa atau apa namanya.

tak, tak.
aku bukan persoal racist pada tanah kelahiran sendiri.
ini tanah kita, lambang lahir ke dunia.

kawan, pepatah menyebut
"adat bernegeri, negeri pertahankan; adat berkampung, kampung pertahankan"

aku bicara soal keadilan.
ini wilayah, anak negeri kita pertahankan.
usah biar tangan ghaib politikus sialan rosakkan perpaduan
usah biar politikus sialan rosakkan kedamaian.

tanah kelahiran, kita suarakan keadilan
kita megahkan perpaduan!

Thursday, February 16, 2012

kau lukiskan impian, aku bina segalanya.


sayang,
benar jauh lagi perjalanan kita.
adakalanya meronta hati mahu bersama
takdir Tuhan mengatasi segalanya.

aku di sini, kau di sana
sendirian kita hadapi masalah dunia.
kadangkala kau mengeluh. you get me wrong dear.
dunia ini masih mengharap kita berjalan di atas nya.
dengan tanggunjawab sebagai pencinta, sebagai pejuang hidup.

benar, adakalanya impian yang kau lukiskan
aku gagal bina dengan sempurna.
but you, still wait with silent.

kerangka impian masih terbengkalai untuk aku sempurnakan.
sabar, harap hati masih bersabar.
masa depan bukan semudah melukis di telapak tangan.

nanti satu masa,
kau lukiskan impian, biar aku bina segalanya.
masa itu, harap dunia bagi peluang kau peluk bahu aku
dan kita ketawa bersama.


SETIAWANGSA,
KUALA LUMPUR.