Sunday, March 8, 2009

8 Mac: Setahun Sudah Berlalu- Satu Persepsi

Salam Semua.
Tanpa kita sedari, kiraan masa dari Piliharaya Umum Ke-12 telah berlalu 365 hari. Kemenangan demi kemenangan, kekalahan demi kekalahan, serangan demi serangan, cercaan demi cercaan melalui sepanjang tempoh ini. Pada yang menang dan memecahkan tradisi kemenangan BN, tahniah diucapkan!!! Pada yang kalah, jangan risau; ada 3 pilihanraya akan berlangsung dalam awal tahun ini. "2 bukit, 1 batang" seperti dalam tulisan Nobisha (kalau tidak silap) dalam blognya. Menang bukan bererti menjadi juara!!! Kalah bukan bermakna nasi telah menjadi bubur!!! Perjuangan perlu diteruskan!!! Begitupun, entri kali ini bukan menyentuh mengenai PRK 2009 itu, tidak sama-sekali!!! Entri ini, sekadar persepsi mengenai PRU 12, 2008 lalu. Cukup kontroversi!!! Memalukan, dimalukan, dikalahkan, dimenangkan!!! Segalanya pasti anda semua ketahui, mungkin dalam persepsi yang berbeza dari apa yang akan diluahkan. Entri ini bukan juga bermaksud membelakangi PM yang kita kasihi. Tidak sama-sekali!!! Ini cuma persepsi dan maklum balas yang berlegar dalam pemikiran sepanjang 365 hari. Sebelum itu, mari kita imbas kembali kronologi menjelang PRU 12 yang lalu. 1. Pak Lah, apabila ditanya mengenai tarikh sebenar PRU 12 mengatakan, "masih belum mndapat mimpi". 2. Pak Lah juga berkata dalam pertanyaan yang sama menjawab kepada wartawan, "tidak akan mebubarkan Parlimen bagi memberi laluan k.epada PRU 12" 3. Pakatan Pembangkang (belum lagi bergelar PR) mengatakan bersedia menghadapi kemungkinan PRU 12 4. Parti KeAdilan Rakyat berkata; "Pak Lah takut menghadapi Anwar Ibrahim, sebab tu PRU 12 diadakan lebih awal sebelum April 2008" Pelik bukan?????? Kemudian, alihkan perhatikan kita kepada isu yang "diadakan" sepanjang 365 hari ini. Bermula dengan isu pemilihan MB, aset-aset kerajaan negeri yang dahulu dimiliki kerajaan BN, dan macam-macam lagi. Pada awalnya, kita berasa begitu teruja; apatah lagi kemenangan berpihak kepada mereka yang bergelar "pembangkang"; sesuatu yang tidak pernah dijangkakan!!! Namun, kini???!!! Saya membina analogi yang mudah untuk difahami. Makanan yang enak dan sedap jika dinakmati hari-hari, kita pasti akan merasa bosan. Betul atau tidak??? Begitu juga dalam hal politik!!! Tuduh sana, tuduh sini!!! Sana korup, sini korup!!! Aik, dalam parti pun boleh tuduh-menuduh sesama sendiri??!!!! Apa agenda Datuk-Datuk Yang Berhormat sekalian??!!!! Tu belum kira, "sodom-menyodom" punya kes!!!! Agenda terancang??!!! Play Safe??!!!! Sungguh, rakyat pening dalam hal ni!!!! Kemudian, minta pula kes-kes lama 1998 dibangkitkan!!! Masa keluar penjara dulu tak kecoh pun pasal kes ini. Lagi pelik!!!! Apa, ingat Hakim tak ada kerja lain??? Asyik nak menghadap kes politik sepanjang masa??!!! Fikirkan, Ahli-ahli Yang Berhormat!!!! Rakyat yang mengundi Ahli-Ahli Yang Berhormat sewaktu PRU 12 lalu, apa cerita???!!!! Takkan terbiar terkontang-kanting macam tu??? Tak payah la, bagi kontrak besar-besar!!! Cukup dengan berkhidmat sehabis baik seperti yang kalian janjikan dalam PRU 12 tu. "Raja adil,Raja disembah; Raja zalim, Raja Disanggah!!!"
~Ampun Tuanku, patik mohon beribu-ribu ampun jika tutur kata patik menggugat sebilangan memanda menteri Tuanku.~
Apa jadahnya, Raja/Sultan yang dikitiraf dari sisi undang-undang pun Ahli-Ahli Yang Berhormat mahu sanggah??!!! Kalau benar, baginda tidak boleh masuk campur dalam jajahan takluk baginda; siapa yang Ahli-Ahli Yang Berhormat mahukan???? Petualang dari negeri Isketambola??!!! Pasir Berdengung???!!! Hahahahaha!!! Fantasi Tan Sri P.Ramlee menjadi realiti di alaf baru!!! Atau, YB takut pada bayang-bayang sendiri??!!!! Cukup-cukuplah, YB!! Kaalu dikira, YB sendiri tidak layak mempersoalkan undang-undang kerajaan negeri. Biarpun, bergelar peguam terhebat!!! Begitu juga kepada Ahli-ahli YB yang lain, biar institusi kehakiman kita mengadilinya!!! Usah dicurah pada api yang menyala, takut-takut membakar diri sendiri. Usah cemarkan kedaulatan undang-undang dengan perilaku tidak bertamadun. UMNO: "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" Mana perjuangan Ahli-Ahli YB UMNO dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Onn Jaafar??? Cukup tulenkah YB sekalian dalam meneruskan tugas seharian??? Rakyat memahami, YB juga manusia biasa. Perlukan rehat yang cukup, tidur yang lena. Tapi, beringatlah, cukupkah sekadar kata-kata yang hebat dalam siaran TV??? Hakikatnya, YB bukan seperti yang diucapkan. Tidak perlu diulas panjang, YB sendiri faham situasi politik dalaman UMNO. Sama-sama kita perbetulkan perjuangan ini!!! Sempena 365 hari PRU 12 ini, harap-harap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat sama-sama memuhasabahkan diri. Tidak kira, pembangkang atau kerajaan; penggemblengan tenaga dan idea Ahli-Ahli Yang Berhormat perlu dalam memastikan kestabilan dan keamanan negara. Jangan pula, PARLIMEN dijadikan medan sabung ayam, dimana kata-kata kesat diluahkan!!! Berdebatlah dengan cara "terhormat" dan "bermaruah"!!! Rakyat bukan boneka yang perlu diusung, dibimbit disaat kempen pilihanraya. Mandat yang Ahli-Ahli Yang Berhormat pegang sepanjang 365 hari ini akan dihisab di Padang Mahsyar kelak. Ingat, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ibarat, gajah sama gajah berjuang; pelanduk mati ditengah-tengah!! Teruskan usaha YB sekalian dalam memajukan lagi negara dan produksi negara!!! Selamat maju jaya!!! PRU 12- Satu Kenangan Buat Kalian!!!

3 comments:

Tai said...

Tepat sekali.

fahana_ann said...

huhuu..beremosi juga ni..huhu..pemimpin pemimpin..dalam banyak yang begitu masih ada yang em,mungkin aku boleh katakan sebagai agak 'bersih'..ape pun.aku harap diaorg dapat jalankan tanggjawab yang dah tergalas..kat akhirat kena tanye ooo

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Sedingin Salju,
Komen yang ringkas tetapi kita menyampaikan maksud yang sama.

fahana_ann,
Emosi ini lahir kerana bosan dengan sikap pemimpin tertentu!!
Di mana, isu itu dieksploitasi oleh "mereka" yang tertentu demi matlamat politik dan dendam yang belum berbalas!!!