Monday, March 16, 2009

Examination Week!!!

Salam Semua.
Tiada apa yang paling bermakna dalam meniti usia dewasa, melainkan sebuah pertanyaan, persoalan yang mungkin aku terjawab pabila berhadapan dengan kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka. Erm, istimewanya sambutan ulang tahun kali ini aku raikan bersama dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir di IUCTT Kota Bharu. Sibuk menelaah pelajaran sekalipun, masih ada sahabat mengingati tarikh ulang tahun kelahiran ku. Begitu juga pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat lama SEMELA, teman seperjuangan dari Twintech Sabah Branch, dan beberapa email dari kenalan lama sewaktu program KPM dulu. Tidak lupa beberapa orang sahabat blogger. Thank you so much everybody!!! 326 ucapan hari lahir!!! Wah, meriah sungguh. Biarpun hanya ucapan diterima ia cukup bermakna kerana masih diingati. Back to the title. Minggu ini, aku akan berehat untuk mengemaskini blog ini buat beberapa ketika. Insyaallah, semuanya akan kembali kepada keadaan asal apabila aku mengakhiri kertas terakhir 24 Mac ini. Kemudian, aku akan disibukkan kembali dengan persediaan study trip ke Langkawi. Insyaallah, seperti yang dijadualkan; study trip ke Langkawi ini akan melibatkan kesemua hampir Hospitality Student dan juga beberapa orang pelajar dari fakulti lain. Aku akan berada di Langkawi sepanjang 26-29 Mac. Oh ya!!! 30 Mac ini, aku akan kembali ke Labuan untuk menghabiskan cuti semester selama sebulan. Wah, tak sabar!!!! Final kali ini, aku mengharapkan keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah!!! Doakan kejayaan aku sahabat-sahabat ku!!! Wassalam.

3 comments:

nalapambu said...

Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%

Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.

Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.

Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat

amiechomel said...

shahzul, masa you kat langkawi nanti serentak dgn my birthday, jgn lupa beli present for me tau! tak yah susah2, beli je set corningware, or periuk vision ke...cukupla.... hehehe!

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua,

nalapambu,
thanks for your information!!!
;p

Madam,
huhuhuhuuh
Saya punyahadiah ade tak???
hahahahaha
;p