Salam Semua.
Pertamanya, aku nak gelak dulu!!! Hahahahaahahahah!!! ;p Sebab, aku baru je selesai menonton kembali filem Hindi yang bertajuk "Mohabbatein"!!!! Lucu bukan??? Seorang lelaki seperti aku yang cukup gila kepada semua filem yang meletup!!!
Bukan bermakna, aku ni seorang yang anti kepada produk negara sendiri. Jujur aku katakan, hampir semua genre bahasa filem aku tonton!! Cuma, filem ini, adalah kali kedua aku tonton. Bukan apa, sekadar mahu merehatkan minda dengan berfikir mengenai keagungan sebuah cinta!!!
Kalau korang semua masih ingat, filem ni menceritakan tentang sebuah institusi pengajian bertaraf elit known as "Gurukul". Filem yang mana Shah Rukh Khan menjadi hero ini pernah menjadi satu kegilaan buat warga Malaysia kerana sentuhan aura cinta!!!
Sekadar menjadi sampingan cerita, kesinambungan aura cinta Raj Aryan ini diteruskan oleh 3 orang pelajar Gurukul. Bagaimanapun, menjadi satu masalah kepada mereka ialah tradisi Gurukul tidak membenarkan pelajarnya untuk jatuh cinta!!!! Bahkan, sejarah seorang pelajar yang mencintai anak perempuan Pengetua Gurukul (Narayan Shankar) yang dibuang terus menghantui sejarah Gurukul hingga ke 25 tahun lamanya!!!
Pelik bukan??? Hakikat sebuah cinta yang tidak ingin diakui manusia??? Sedangkan fitrah manusia adalah saling cinta-mencintai dan berkasih-sayang!!! Aku mengaku, "kekebalan" jiwa Amitabh Bachan yang melakonkan watak Narayan Shankar harus diberikan pujian!!!
Aku yakin sedikit-sebanyak filem ini pasti memberi inspirasi untuk semua meluahkan cinta!!! Bahkan, watak mereka menjadi angan-angan kita untuk diaplikasikan di dunia nyata. Macam yang sahabat aku katakan, "Kalaulah aku jadi seperti ini, pasti dunia in aku yang punya!!!"
Pergh, punyalah, hebat!!! Bagaimana dengan korang?? Pernah mengimpikan cinta sehebat Mohabbatein??!!!
Sama-sama kita kongsikan!!
5 comments:
Kepada Pak Cik, Cinta wanita hanya tinggal sekadar memori indah semata. nak buat lagi? Hahahaha. Usia dah menjelang tua.
Bercintalah dik.
Yang tak boleh sekali-kali ialah bercinta dengan isteri orang sehingga bertukar-tukaran spt yang berlaku secara berleluasa di Ibu Kota. Yang tak boleh ialah melakukan maksiat seperti si perempuan bertudung itu ditepian padang bola di Universitiku suatu ketika.
huhuhu..layan gak ke?manusia gak kan yang punya fitrah..
meluahkan cinta?huhu..aku paling tak reti yang ini..can not go bak kata ore kelate..hikhik..
aku tak impikan cinta sehebat mOhabbatein..sebab aku ingin cari cinta sehebat cinta yang brlandaskan islam..hikhik
Salam Semua,
bungaraya,
Walaupun telah berusia, semestinya cinta pak cik tu boleh ditakrif sebagai cinta agung.
Sebab, antara golongan muda dan mereka yang seusia pak cik; semestinya "orang lama" lagi menghargai cinta!!! Apatah lagi, cinta dulu-dulu lebih klasik dan ada sentimental value!!!
;p
fahana_ann,
Mohabbatein ni, boleh kita katakan satu anugerah teragung ALLAH kepada umat manusia. Iaitu, Berkasih-sayang!!
;p
terkena...ape2 je lah MUS..yang penting dasarinya dengan agama
Salam Semua,
Maaf, kalau terkena. Kadangkala, manusia terlupa kepada benda yang remeh-temeh seperti ini. Disebabkan itu, ada yang terpesong dalam menghayati makna sebuah cinta dengan melanggar norma-norma kehidupan manusia.
Insyaallah, perhubungan cinta sesama manusia ini akan dipelihara sebaiknya.
Post a Comment