Monday, March 30, 2009

Diari Langkawi Rashid!

Salam Semua.
Akhirnya, berlalu satu part yang paling menarik dalam semester ni. Langkawi! Satu percutian yang menyeronokkan bersama sahabat satu fakulti juga penglibatan beberapa sahabat lain dari fakulti of business and finanace. Thank you for supporting this activity! Kepenatan masih terasa so, aku ringkaskan momen ini dalam bentuk diari Langkawi Rashid! ;p Check it out! Support Malaysia Product! 26hb Mac.(Kota Bharu)
Lepak Kat Qistina- Tunggu Bas Datang.
Sembang-sembang Depan Kolej. L-R: Koceng, Aku, Udin, Cheker. Tangkap-tangkap Gambar. L-R: Dik Ja, Ira, Kak Ida, Otai, Aku Belakang: Amin Barisan Pensyarah Faculty of Hospitality & Applied Management (except Amin) L-R: Amin, Ms. Salimah, Pn. Ida. Anak Pn Ida.
Dalam Bus Rakyat Travel (Sewa Khas!)
27hb Mac (Kuala Perlis)
Jeti Kuala Perlis. L-R: Amin, Padil, Aku, Koceng. Baru sampai di Jeti K.Perlis. "Blurr, sebab baru bangun tidur!" Yes, time is running out! "Langkawi, here we were!" Cuti, cuti gak tapi isu semasa perlu diketahui! "Yes, he is reading!" Pulau Lagenda Di hadapan Mata! Awan kelabu menyambut kedatangan kami! Posing Sebelum Perjalanan Bermula! Pose Dalam Motel Mawanza! "get ready untuk sesi lawatan" Tunggu Bas Mahsuri Travel. Destinasi Pertama: Tempat Pemprosesan Gamat! Nampak cam t**k je kan??? hahahahaah! Amin nak wat dajal kat member-member la tu! gila-gila anak glamour! hahahaahahah! Sesi Beli-Belah Gamat( Minyak je, bukan yang asli) L-R: Pn. Ain's Husband, Zailey, Pn. Ain Khusyuk benor sek-sek ni! It's me! Gamat Promoter. Rokok Resdung. Khasiat: Berjaya menyakitkan kerongkong mereka yang menghisap benda alah ni! Tahap kemujaraban: Terlebih mujarab! Kepulan asap rokok resdung tadi! pergh, pedih giler idung wa cakap lu!!!! p/s: udin tengok asap dari idung Alim dengan muka cuak! Time to pilih-pilih barang! Amin ni suka tul menyibuk time aku nak amek gambar! Kota Mahsuri: Destinasi Kedua. Dari laman hadapan ni, aku ada coretkan sajak! huh, what a wonderful view bro! Amek gambar dulu! Tak letih ke korang ni asyik posing je dari tadi??! Pemandu pelancong(baju oren): "sape yang nak dengar penerangan boleh datang dekat ckit!" Aku pon dengan selamber yaya menghampiri. so time dia explain tetiba kuar ayat "KAP, KAP!!" Perggh, aku punye bengang ! Da tau i'm malaysian ko cakap siam wat ape??!!! Aku berkata: "Abes kap la ko ni kan??!!" hahahahaha blah, and jerit: "Lari, lari aku dah salah kubu!!!" mamat pemandu pelancong ni pon blurr! hahaahahahahahaa ;p Suasana yang mencetus ilham. Menggamit kembali sejarah duka mahsuri! Masih ada unsur khurafat kat kawasan perigi mahsuri! P/s: Terpaksa gantung episod Diari Langkawi ni! Time's up! Flight petang ni, balik KL. Barang-barang tak kemas g! Check out! Sajak: Mengenang Mahsuri: Sumpah Wanita Suci

dari laman luas ini,

ku sebut nama wanita ini dalam hati.

menghayati, mendalami

setiap makna petaka yang menimpanya.

betapa manusia penuh hasad dengki

wanita suci menjadi korban iri.

mahsuri,

petaka 7 keturunan

menjadi sumpahan peribadi.

langkawi,

padang jarak padang tekukur

7 keturunan

masihkah terus diingati?

antara sumpah, antara peribadi

juga maruah

menjadi ukuran menilai kebenaran

antara cerita, juga mitos.

darah putih jadi persoalan mati.

dari hujung pertemuan laman ini,

ku kenang mahsuri

menduga dengan persepsi sendiri

yang melaknat tanah bumi langkawi

dengan sumpah suci

7 keturunan, menjadi realliti!

dari kota mahsuri,

27hb Mac 2009

lawatan bersama pelajar twintech kb

pulau langkawi.

No comments: