Pada cahaya yang sirna
Disinilah, pembalasan bagi setiap perbuatan dunia.
Dalam sendu, masih ada harapan
Keluar dalam sirna cahaya.
Nun diluar sana, kehidupan begitu menyenangkan.
Masih ada harapan,
Masih ada jua balasan.
Mengharap yang terbaik dari setiap penghakiman.
Bukan ini pinta ku
Jalanan hidup yang penuh cerita hitam
Bukan ini mahu ku
Dicalit kenangan yang memilukan.
Aku masih mahu teruskan hidup
Dengan gembira, bukan jadi buruan dosa.
Sirna cahaya itu,
Menyambar kepada keinsafan.
Manusia tiada kekuatan.
Tuhan empunya segala.
Disebalik sirna cahaya
Aku memandang penuh harapan
Meskipun mengenggam segala hukuman
Yang mengheret kegembiraan
Sirna cahaya itu, seakan berbisik pada ku:
“Biar jadi pengalaman!”
“Biar jadi pengajaran!”
Sajak Untuk Sahabat: “SIRNA CAHAYA ITU”
10 Julai 2009.
Sajak ini aku dedikasikan khas buat seorang sahabat. Baru terasa sesal andai dibalas hukuman. Penghargaan untuk sahabat, sebagai mentor, sebagai panduan. Bukan niat mengecilkan, atau menjatuhkan maruahnya. Ini realiti, sesekali didatangi ujian baru kita sedar siapa, makna sebuah kehidupan. Untuk apa hidup…
Perjuangan dalam makna hidup sebenarnya. Dalam erti, penghayatan seorang hamba. Masa yang ada tidak boleh ditebus kembali. Perjuangan hari ini, adalah menentukan yang esok adalah yang terbaik. Buku kehidupan tidak menentu. Ada gelap, ada terang, ada turun ada naik.
Hidup, perlu ada keputusan dan pendirian. Menentukan yang matlamat terbaik harus dicapai. Begitupun, kita perlu ingat; tidak selamanya kejayaan, dan kemenangan harus dimiliki sentiasa. Ada masa, kegagalan akan mengejar. Di situlah kita belajar. Itulah, namanya pengalaman.
Meskipun, pernah hidup disebalik sirna cahaya dunia gelap, gerak langkah berhijrah keluar dari sirna cahaya itu harus dimulakan. Inilah, bulan rahmat untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Masih belum terlambat untuk memulakannya kembali. Setiap apa yang berlaku, detik itu kita jadikan pengajaran.
Hidup takkan pernah sepi dari ujian… pada itulah, keyakinan dan sifat mahmudah perlu kita semai. Bukan beriman namanya selagi tidak diuji dengan ujian. Itu janji ALLAH.
Untuk sahabat itu,
Yakin, tawakal dan usaha. Penyesalan itu satu bonus di bulan rahmat. Berdoa adalah senjata orang mukmin. Berdoa dan usaha… aku akan sentiasa berdoa untuk kemenangan kalian. Insyaallah….
2 comments:
setipa orang akan alami zamn gelap yang dirasakan gelap..kehadiran petunjuk jalan dari Tuhan patut diambil dengan penuh syukur..Tuhan sentiasa memberi kita peluang..Yang Maha Penyayang
setuju!!! sedikit penghayatan buat diri, sahabat... ;p
Post a Comment