Tuesday, July 7, 2009

Kisah Klasik Kini Di Masa Depan!

Salam semua.

Kisah klasik sesuatu yang semestinya senantiasa bermain diingatan dan sering menggamit tatkala bersendirian. Tak tau nape plak, aku nak remind balik momori waktu kat SEMELA buat kali ketiga. Satu kenangan yang takkan terhapus selagi aku diberi kekuatan ingatan oleh ALLAH.

Di masa depan ini, memerhati adik-adik berjalan, menaiki bas ke sekolah saat tu kenangan pergi sekolah, memerhati mereka yang bergaduh dijalanan macam wayang, dimainkan dan mereka “berlakon” lagi. Menghidupkan kembali watak-watak mereka yang pernah menjadi pelakon utama pentas SEMELA.

Kini, kisah klasik itu kembali lagi. Bermula di Facebook. Bertemu kembali dengan Cikgu Maths aku. Walaupun, aku memang tak pandai Maths tapi hubungan kami; warga SEMELA macam satu family. Sehingga kini, biarpun terpisah antara waktu, masa, dan perjuangan jurang ni masih terjalin; dengan teknologi. Dan, saat ini rasanya aku masih mahu menikmati alam itu, alam persekolahan di SEMELA. Tersenyum kepada guru, mengetuai ucapan salam dan terima kasih berdiri dihadapan dan berdebat di pentas perdebatan. Paling aku rindui, kelantangan suara dilapangan kawad.

Namun, keupayaan manusia terbatas untuk menebus masa lalu yang hanya hidup melalui khayalan dan kenangan. Antara kami, terpisah masa, jarak dan perjuangan. Ada masa, aku tersenyum sendiri, kadangkala sedih apabila ada sahabat yang memilih jalan sendiri sedangkan jalan perjuangan telah jauh direntas. Adalanya, aku cuba menghubungi melalui panggilan telefon mahupun SMS. Namun tidak berbalas. Apakah mereka masih ada, atau cuma kenangan mematikan mereka dari mengutus salam perkhabaran.

Kisah klasik ini, cerita kenangan untuk masa depan. Cerita untuk dikenang oleh mereka yang mengenali kita. Cerita yang bukan sedikit nilainya untuk aku. Di masa ini, aku masih berharap yang persahabatan, perkenalan yang dulunya pernah menyuburkan setiap detik kenangan akan tersambung kembali. Biarlah apa cara sekalipun, melalui kunjungan ke blog ini mahupun SMS, juga lain perkara agar semua ini mampu kita kenang sahabat, guru sebagai insan yang pernah mewarnai sejarah perjuangan ilmu kita.

Kepada sahabat diluar sana; benar ada antara ucapan guru yang pernah buat kita marah, terhina tapi kuburkanlah amarah itu. Masa akan terlalu singkat untuk kita simpan dendam itu. Biarlah, tatkala kita bertemu nanti cerita yang dulunya menyakitkan hati akan buat kita tersenyum, dan tergelak senang kerana kata-kata itu dibuktikan dengan kejayaan kita. Kejayaan bersama! Kepada guru-guru ku, andai hari semalam, anda terluka kerana kami, halalkan setiap ilmu yang kalian beri agar perjalanan ilmu kami sentiasa beroleh kejaayaan. Sepertimana yang pernah kami ikrarkan dalam lagu juga ikrar sekolah. Insyaallah, selagi bumi ini masih kami pijak, selagi udara nikmat ini masih kami hirup, kenangan bersama kalian akan bersama sentiasa di hati!!!

Syahdu wangi SMK Lajau

Di persada tanah tumpah darahku

Ku ikrar dan berjanji mengharumkan nama mu

Berwibawa jiwa SMK Lajau

Melahirkan tunas-tunas bangsa

Berdisiplin dan berilmu menuju cita-cita jaya

Berdisiplin, berilmu dan berwawasan

Akan ku ukir di sanubari

Jadi pedoman dalam hidup ku

Bakti, jiwa dan ragaku

Kan ku persembahkan nanti

Terpujilah peribadi mu SMK Lajau tercinta!

Kaki punya bicara:

Seucap kata guru

Seindah bicara mereka

Doa keindahan setiap masa.

2 comments:

amiechomel said...

terharu membaca coretan u kali ni shahzul... kenangan memang indah untuk dikenang, kalau dikenang2, yg pahit pun boleh jadi manis!

Al-Rashid Zulkefli said...

tu la!! lagi2 klu ada cg yg bleh join ngan otak student, bru gempak!

"semela di hati"

heh!