Salam Semua.
Hari ini, genap setahun usia pada kembara ini. Kembara yang memungkinkan segala makna tentang hari depan aku. Berdepan segala ranjau, segala dugaan, segala cabaran menjadikan aku "kuat" untuk menghadapi hari esok. 365 hari yang penuh makna, segalanya bermakna!
Hari-hari menjelang kepada ulangtahun ini, aku banyak berfikir, apa; kenapa; dan selama mana aku harus bertahan. Berjuang dan berdepan dengan karenah dunia yang diisi dengan pelbagai macam karenah. Aku cuba mengkronologi pelbagai peristiwa di mana aku jadikan ia sebagai satu percubaan, satu cerita antologi kepada sebuah kembara. Aku bersyukur, diberi peluang serupa ini oleh Ilahi. Berjalan, dan menjengah kepada sesuatu yang mungkin adakalanya melampaui sebuah pemikiran.
Aku mencongak setiap minit anugerah Ilahi yang selalu aku salah gunakan, yang kerap aku lakukan. Satu muhasabah diri, yang aku pelajari dari pembacaan buku-buku, ceramah oleh Dr. Fadzillah Kamsah. Tokoh motivator Malaysia. Mengenal kepada diri, mencari, dan memahami makna hidup dari persepsi agama suci. Kembara ini, cerita peribadi. Cerita yang mungkin aku kongsikan satu masa yang benar-benar aku rasa aku sudah berada di kemuncak sebuah kejayaan. Insyaallah, saat ini cuma impian dan cita-cita menjadi angan dan inspirasi.
Antara sedar, aku kini melonjak ke "puncak" yang mana aku sedari tak pasti mana pucuknya. Dan, mana pangkalnya. Aku cuba berjalan kembali ke garis-garis masa lalu. Di situlah aku! Berdiri seorang anak kembara, yang berada ditengah-tengah keramaian warga Malaysia. Atas anugerah dan simpati Ilahi sebenarnya. Juga, iringan doa kudus kasih seorang ibu. Di saat ini, aku masih teringin untuk berada disampingnya dan berharap kejayaan ini aku kongsi bersama.
Sungguh, aku kata perjalanan kembara kali ini memang bermakna. Dalam meniti pahit getir semua ini; aku cuba menoktahkan setiap ayat yang bernama; "TIDAK". Aku cuba dan memotivasikan diri biar semangat ini tidak akan mati, Insyaallah. Hari ini, juga pada tarikh yang sama tahun lalu; suasana ini masih sama. Hari yang tenang, damai dan terasa indah. Ada secalit warna sepi, dan warna yang aku tak mampu tafsirkan ertinya bertandang ke hati!
Inilah, hidup. Kembara dan hijarah, untuk kebaikan sesuatu yang dituntut oleh agama. Mengharapkan yang terbaik meskipun bukan selamanya kita bergelar wira! Perjuangan ini menuntut kesabaran, menuntut sebuah erti kehidupan dalam kembara memakna diri atas belas ihsan kasih ILAHI!
kaki punya bicara,
biarkan malam terus bersinar
biarkan mentari terus memancar
bersama doa diiringkan
atas makna sebuah kehidupan!
No comments:
Post a Comment