“Sempena Kemenangan Itu”
Aku yang terpilih
Memikul tanggungjawab
Menjinjing penat keringat
Membawa segala kepercayaan
Atas dorongan semua.
Resah hati kemenangan
Bukan semua mengerti
Tiap yang hadir mengucap kata tahniah
Bersalut harapan mereka pada kata-kata
Menuju kegemilangan
Kepercayaan yang diberi
Bukan modal aku untuk membangga diri
Jauh sekali merebut populariti
Aku keresahan
Bimbang andai setiap harapan
Hancur berkecai!
Apa yang dikejar berciciran!
Tanya pada hati:
Aku,
Mampukah merentas jalan likuan ini
Memacu antara kegemilangan impian
Dan kegelapan
Yang sekian lama jadi persoalan!?
Kaki punya bicara:
Jangan terlalu gembira
Banyak lagi harus difikirkan bersama.
Menang ini, bukan tanda mutlak
Tapi, permulaan sebuah revolusi.
Antara gelap lalu,
Mampukah aku?
Gemilang impian,
Adakah sekadar anganan?!
Tuhan,
Aku syukur diberi peluang ini
Meski hati penuh resah
Bimbang jadi persoalan
Di hari pembalasan.
Tuhan,
Aku makhluk lemah
Bantu aku
Permudahkan jalan ku.
Meet Uncle Shah:
Terima kasih sahabat, yang memberi kepercayaan untuk aku pegang amanah ini. Satu “keberatan” bagi aku sebenarnya. Satu kemenangan yang tidak dijangka. Aku sendiri bimbang andai ada janji yang tidak tertunai.
Usah terlalu gembira atau teruja mengucap kata tahniah pada diri. Masih banyak perkara yang harus kita rentas, jika kita sedari. Kita antara kolej swasta yang “dilacurkan” atas nama budi.
Tiada kata gembira, meski senyuman tercalit sedikit dibibir.
Antara percaya, mimpi dan impian: “MAMPUKAH AKU BERSUARA?!”
1 MEI 2009, ISNIN
12.30 PM
KOLEJ TWINTECH KOTA BHARU.
6 comments:
rajin jua bemadah2 cma2 a2 eh..ndaku merati nyamu..haha
apa2 pn tahniah..=p
anitah madah berhelah
hahahahaha
;p
thank you
;p
atuuyaaa..haha
madah berhelah 2 banar..
kpd pengikut c rasi ani jg sj..
mulut manis ganya ni..
nada banar..
madah behelah kn..
apa nda..hahaha
adui lai..
aku bukan org politik janji macam2, MPP terikat kepada peruntukan undang-undang di bawah KPT yang dinamakan AUKU (akta universiti kolej universiti)
aha!
back to the act!
;p
apa2 pun, congrats! terpilih menjadi pemimpin adalah satu penghormatan, dan penghormatan itu hadir bersama 1001 tanggungjawab! u can do it!
madam,
thanks for the wish! i'll try my best!
perhaps!
Post a Comment