Salam Semua.
Beberapa hari yag berlalu tanpa mengemaskini blog ni, ada perasaan yang baru aku sedari; iaitu mengalah. Tida kepada sesiapa, tetapi kepada kemahuan diri. Seringkali, manusia terdesak kerana kemahuan sendiri dan keinginan mereka yang disekeliling kita.
Menyusur permasalahan ini, kesukaran memberi jawapan; sesuatu yang buat kita rasa tersepit, terhimpit oleh keinginan. Menolak maknanya menderhaka, tidak mahu bermakna kita curang. Sebagai manusia, jalan rasional harus dipilih. Fakta-fakta kebenaran harus diketengahkan.
Amarah harus ditahan. Kita harus bisa menyakini orang sekeliling dan fahamkan mereka maksud "beri peluang". Kita akan berjaya jika diberi peluang. Harapan terletak nombor 2. Jika tiada peluang, tidak bermakna segala harapan.
Berputus asa bukan jalan terbaik. Mengalah bukan kalah. Tetapi jalan untuk untuk kita merebut kembali peluang. Yakinkan diri. Mengalah adalah untuk mengawal keadaan.
Wassalam.
kaki punya bicara:
mengalah jalan kawalan keadaan.
mengerti kepada keinginan yang tidak dipenuhi.
No comments:
Post a Comment