Wednesday, July 22, 2009

Sajak: Di Penghujung Rejab

damai alam meraikan

rahmat di penghujung Rejab.

tenang, sayu ada terasa

masihkah kita punya masa untuk merasa

selepas beberapa detik cuma?

Rejab di penghujung ini

menggamit Syaaban yang penuh rahsia berkat

kasih Ilahi kepada makhlukNYA

Tuhan,

masihkan ada waktu untuk aku kutip

sisa-sisa keberkatan yang selama ini aku siakan?!

Kaki punya bicara:

Rejab aku tinggalkan

Syaaban&Ramadhan aku nantikan

No comments: