Monday, December 28, 2009

Tutupkan Gerbang Tahun!

Salam Pembukaan 2010.

Teruja bukan? Pelbagai perancangan, program yang akan dibentuk sambil aku isi diri dengan ilmu-ilmu kehidupan. Kalau dulu hidup aku hanya penuh dengan mendengar, pasif dan patuh. Kini, aku berdiri sama barisan pembentuk dan penggubal perancangan. Ini peluang! Mari sejenak, berdiri sama aku membentuk diri dengan ilmu serta pengalaman yang bakal aku curahkan!

Sinar-sinar 2009 hampir menutup tirai. 1430H tinggal kenangan. 1431H, aku harapkan kecemerlangan; Insyaallah. Bersama mereka akan ku bentuk satu lagi kehidupan seorang pemimpin masa depan. Harapnya semua berjalan dengan lancar.

Tinggal, tinggalkan.

Meskipun itu pahitnya ibarat hempedu.

Datang, datanglah.

Agar bisa aku kenang diri mu!

Selamat tinggal, selamat datang. (harus kau sambut dengan senyuman!)

Saturday, December 26, 2009

Main-main Dari Belakang!

main-main di belakang adalah kerja harian waktu sekolah dulu.

puas, bila guru bertempik marah.

puas, bila ada sahabat yang terganggu.

hahahaaha!

dari belakang itu aku cermin diri.

sampai satu ketika, aku harus berubah.

harus bermain dan acting dari depan.

main-main di belakang itu membentuk aku.

setiap langkah harus ada ke depan dan ke belakang.

minda yang dulunya di belakang ku alih ke depan.

supaya sebaris dengan pencapaian.

juga kematangan.

hari ini,

dari di belakang aku beranjak ke depan.

di dengar oleh mereka yang di belakang.

syukur,

belakang itu mengajar aku.

supaya ke hadapan dan kejar kejayaan!

yang mengajar jatuh bangun aku!

dari belakang ke hadapan, aku laksanakan perubahan!

“memori dari belakang kelas waktu persekolahan”

Wednesday, December 23, 2009

Daerah Taman Perjuangan.

aku tersenyum. puas.

di daerah taman ini ada perubahan

balasan atas perjuangan.

tiada lagi tekanan. puas lagi.

kerja yang dulunya menghambat

ku hela nafas perlahan.

daerah taman perjuangan

penuh kenangan. penuh kegembiraan.

hembusan sebuah pembaharuan!

23.12.2009

BK02, Twintech KB.

Saturday, December 19, 2009

Telan Nasib!

telan nasib. pendam dan diam lagi.

sedang telan nasib.bBiar saja.

telan nasib. telan, pendam diam.

aku telan lagi!

Wednesday, December 16, 2009

Terima Kasih Tuduhan Kamu!

Terima kasih, terima kasih.

Atas segala tuduhan kamu. Tolong keluarkan bukti penyelewangan aku. Aku tidak gentar, jauh sekali mengalah. Kita jumpa di muka pengadilan.

Terima kasih, terima kasih.

A-Z aku kerjakan. Tidak harap balasan. Tidak ada tuntut itu, tuntut ini. Aku tidak kesal. Ini risiko yang aku tanggung. Kebenaran tidak pernah berkata tidak buat keadilan.

Terima kasih, terima kasih.

Kerana duit, aku jadi balasan. Terima kasih ’korban’ kamu. Segalanya biar Tuhan tentukan.

Terima kasih atas tuduhan kamu. Aku sedang terkena, sungguh!

Sunday, December 13, 2009

Syukur, Sujud, Rahmat.

Syukur. Aku nampak perubahan mereka. Tidak semua, hanya separuh. Aku anggap ia tetap perubahan. Di akhir usia 1430H, ia adalah kejayaan. Bukan aku, semua kita. Satu demi satu telah kita harungi. Perancangan demi perancangan telah kita bincangkan. Ini hasilnya! Meskipun berjaya, ini bukan masa aku mendabik dada. Daki-daki kotor masa lalu harus aku padamkan. Supaya kamu kenang sebagai kenangan.

Sujud. Aku takkan malu kalaupun aku akan berundur. Aku sudah laksanakan sekadar apa yang aku mampu. Tidak mewah, sekadar ada. Tapi, yang “ada” itu, kitalah yang “mengadakan”. Mereka yang dulunya liat untuk sama, kini telah bersama. Aku telah tersenyum. Mereka yang dulunya sibuk mengata, kini melopong; menganga. Dulunya…. Kini, mereka terpinggir. Lantaran, sikap sialnya tidak mahu berubah. Katanya, realiti itu puki. hah! Kalau fantasi?! Pasti, kamu tergagap, terlopong menjawab!

Rahmat. 1430H kian dipenghujung. Aku cuma mahu kesempatan, melaksanakan apa yang aku hajatkan. Berubah, berubah dan perubahan. Agar, sama-sama manfaat dirasai bersama. Aku Cuma mahu mereka yang mengekang, buka mata, turun bersama! Biarlah, sekadar berdiri ditepi pintu cuma.

Terima kasih, terima kasih. Pada kamu yang memberi tenaga dan akal.