Salam Semua.
Bertemu lagi dalam edisi merdeka ini. Masa amat pantas berlalu, 52 tahun sudah lamanya kita merdeka. Aku sebagai warga pemuda berbangga (bukan tahap maksima) menyebut “wah, sudah 52 tahun rupanya!!!” Kalaulah kita ibaratkan merdeka itu seorang manusia, pasti si manusia itu sudah kehilangan sedikit nikmat hidupnya. Seperti diserang penyakit berisiko, gigi luruh satu persatu, dan lain-lain yang menjadi kebiasaan warga emas. Hah! Aku yang masih muda, masih lagi terasa enak meskipun si Malaysia/Tanah Melayu ini sudah bergelar emas!
Namun, Malaysia ku ini masih baru, masih muda dan bertenaga. Masih sedaya upaya bersaing, memajukan teknologi, memacu kemajuan atas nama “Kerana Mu Malaysia” dan kini “1Malaysia”. Dari segi luarannya, betul terasa masih baru. Di dalamnnya, penuh dengan isi-isi hitam, lohong yang kosong, penuh derita sengsara, cerita nista, fitnah durjana. Luar muda, hati sudah tua! Umpama si tua yang hidup mudanya berulit dengan noda! Ya, ini cuma ibarat. Mungkin benar, mungkin tidak.
2009 ini, kita bersungguh memaknakannya- “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Sekali pandang, jelas nampak kesungguhan pada misi dan visinya. Berulang kali aku ditanyakan bagaimana dengan pengisiannya. Jujur, aku masih lagi terpinga-pinga akan maksud kesungguhan teori PM ini. Maaf, penyokong-penyokong gagasan ini! Kerana bagi aku, setiap PM baru pasti mengeluarkan elemen baru bagi menunjukkan kesungguhan mereka, tanda prihatin mungkin juga! Stereotype! Yakinkah kita misi dan visi ini akan berjaya? Bagaimana dengan slogan-slogan yang pernah diperkenalkan sebelum ini? Dasar Pandang ke Timur, Wawasan 2020, Islam Hadhari (sekadar beberapa nama) apakah menjadi retorik semata-mata? Atau, sekadar ingin menambah pertanyaan tatkala di hari perhitungan kelak?!
Aduh, pedih pertanyaan aku nih! Sekali lagi, maaf. Bukan mahu mencetuskan kintroversi baru. Aku faham dan aku memahami kerajaan sekarang terlalu penat dengan kontroversi dan terjahan tajam golongan pembangkang! Sedari dulu, aku cuba memahami apakah puluhan tahun merdeka sudah bisa untuk kita menebus kembali 300 tahun lebih lamanya tanah ini terjajah?
300 tahun ni bukannya sekejap, kawan. Mungkin sudah berpuluh keturunan kita yang wujud. Kini, kita lebih enak berbicara tentang 1Malaysia. Aduh…. Aku sebagai rakyat jelata cukup pening.. mampukah KPI yang diuar-uarkan bisa menjadi tanda aras kemajuan?! Ataupun, kesungguhan datuk-datuk menteri sedangkan hakikatnya adalah berbeza. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Si lelaki yang “memporak perandakan” lagu Negaraku pun diagungkan, dijemput menjadi pelakon atas nama menghargai seni! Sedangkan si aktivis yang berbicara tentang kenegaraan dipenjarakan atau juga digantung keahlian parti buat beberapa tahun. Apakah ini?!
Bicara dengan sahabat tidak lama 1Malaysia diperkenalkan dulu. Macam-macam persoalan, akhirnya dirumus sebagai “kita tunggu dan lihat”. Senang sekali menjadi rakyat- sekadar tunggu dan lihat! Hehehehee… sememangnya, 100% cuba bersikap sebegitu. Begitu juga aku. ;p meskipun, aku tak tahu lagi akan kesungguhannya. Web, blog, media berlumba-lumba membicarakannya (mungkin cuma aku seorang yang terlambat1). Itu, kesungguhan mereka memerhati dan menajami setiap misi dan visi yang dikatakan hebat itu.
Aku mengambil kesempatan ini, untuk kita sama-sama merenung, memahami dan berfikir. Tidak banyak biar sedikit, agar satu masa nanti si penyedia-penyedia slogan ini apabila mereka kembali kerahmatullah kita tidak ditinggalkan jutaan persoalan dengan apa yang mereka perkenalkan. Mungkin juga satu masa nanti, kita pula terpaksa menjawab kepada anak cucu atas ketidak konsisten slogan-slogan anak Malaysia ini! Persoalan yang memungkinkan mereka berkata “betapa ruginya puluhan tahun merdeka tapi masih tidak boleh mengkonsistenkan agenda!”
Kaki punya bicara:
52 tahun….
Sudah tua, sudah berusia…
No comments:
Post a Comment