ogos datang lagi
membawa kenangan aku ke perkuburan itu.
segalanya masih sama
pusara Angah masih di posisi itu
yang hilang mungkin cuma jasadnya
2 tahun tidak ku kunjunginya
bukan terlupa
cuma kembara ini mengekang.
ku pautkan doa sejahtera untuk abang yang kukasihi
kenangan membesar dan melihat deritanya
amat pedih dan sayu untuk aku kenang.
cuma hati memanjatkan harapan agar kembara ini
mampu memaknakannya
membawa bersama, cita-citanya membahagiakan mama!
10 tahun berlalu,
aku masih berharap agar dirinya tidak aku lupai
meskipun cuma sekalung doa ingatan.
dan,
tahun-tahun kebelakangan ni
semakin hebat rindu yang berlalu!
datanglah,
khabarkan aku tentang dirimu
meskipun, cuma dalam mimpi…
Satu titipan kerinduan buat Angah yang meninggal dunia hampir 10 tahun lalu. Tanggal 21 Ogos 1999 adalah penamat deritanya. Meninggalkan insan-insan yang pernah terseksa melihat derita beliau.
Aku masih kecil lagi waktu itu. Masih tidak memahami, tapi aku tahu aku menyayanginya sebagai seorang abang. Seorang bijak pandai pernah berkata, “kuburan akan menggamit kenangan…”
Bagi aku lebih daripada itu. Mengingatinya, aku akan menangis. Bukan kerana lemahnya aku sebagai lelaki. Tetapi, ini adalah jiwa dan setiap insan! Kalaulah, masa dapat ku ulang semula….. hanya Tuhan yang mengerti…
2 comments:
uhh ..
tersentuh hati ku :)
aku baru terbaca ni..takziah dan memang kuburan mnggamit kenangan..doa' untuk trus menghbungkn antara kita dn yang telah tiada
Post a Comment