Saturday, August 22, 2009

Lepas Masa Lalu Kita: Ramadhan Itu!

Ramadhan datang lagi, seharusnya kita perlu bersyukur kepada ALLah dipertemukanNYA kepada kita untuk merebut kembali rahmat dibulan mulia ini. Kedatangan Ramadhan semestinya satu bulan yang amat ditunggu-tunggu baik kepada yang dewasa mahupun kanak-kanak. Dan, semestinya Ramadhan membawa sejuta kenangan, sejuta cerita yang membawa kita dari usia kanak-kanak hingga ke dewasa ini.

Sesekali melewati bulan ini, tiada salahnya untuk kita bangkitkan semula cerita-cerita kenangan di bulan Ramdhan yang pernah mendewasakan kita. Pasti, ada antara kita tersenyum, tergelak dan pilu sendirian bila teringatkan kembali kenangan itu. Ramai antara kita berkata, “alangkah baiknya kalau dapat kembali ke zaman waktu kecil!” Hah! It’s about time, dude!

Bermain meriam buluh, perang mercun, memancing bagi mengisi masa- sudah menjadi satu kemestian. Kini, masing-masing antara kita membesar dan meninggalkan halaman demi mengejar cita-cita, berhijrah demi satu pembaharuan dsb. Dan, apabila kita kembali; suasana seperti itu seakan mati… kemajuan, teknologi, pembangunan mematikan suasana itu! Maaf, aku bukan anti-kemajuan. Kanak-kanak masa kini lebih suka duduk tercongak depan TV menghitung waktu berbuka dengan hiburan. Sogokan seperti inilah yang menyuramkan suasana Ramadhan.

Sementelahan pula, program reality TV membiak bagi cendawan, kononnya demi memeriahkan pra-Aidilfitri. Alangkah, alangkah ruginya si kecil masa kini. Heh! Bagaimanakah agaknya, kalau mereka juga pernah merasai seperti suasana itu?! Tidak mustahil, bukan?!

Ramadhan kali ini, aku amat berharap suasana seperti itu, mampu aku ulangi. Bermain mercun, meriam buluh, dsb bukan duduk tercongak kosong tanpa sebarang kerja! Ahlan wa sahlan ya ramadhan!

Kaki punya bicara:

Sape nak supply mercun bley jual kat aku!

Hahahaha!

2 comments:

Qaiyum said...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..

Teringat Time Kecik² DUlu.. Time Teraweh Pegi Surau Tapi Last² Join Memember Main Mercun & Bunga Api. Pastu Kene Marah Ngan Pakcik² Surau.. Heheh..

Meet Uncle Shah said...

Salam Ramadhan,

Kenangan yang membahagiakan! ;p