Monday, August 10, 2009

Ogos:Merdeka!

Salam Semua. Ogos, seperti yang kita sedia maklum adalah Bulan Kemerdekaan buat negara kita. Ogos kali ini, mungkin bermakna pertamanya, kita memiliki Perdana Menteri baru yang baru beberapa bulan memerintah Malaysia tercinta. Dan, keduanya ianya disambut dalam bulan yang pernah dengan rahmat dan hikmah; yakni Ramadhan. Rata-rata kita pasti tertanya-tanya apakah kelainan bagi sambutan untuk tahun ini. Seringkali, apabila tibanya bulan Ogos, kita akan berlumba-lumba mengetengahkan tulisan yang berorientasikan kenegaraan. Penghayatan, forum dsb menjadi pemangkin kemeriahan sambutan 31 Ogos. Penyedia syarikat media pula berlumba-lumba dengan menjadikan iklan menjadi medium utama. Alhamdullillah, mungkin inilah rahmat hidup berbilang-bangsa. "Bersatu teguh, bercerai roboh" mudah-mudahan kita mengambil pengajaran daripadanya. Aku masih tidak punyai idea untuk mengulas secara lanjut. Cuma, apa yang aku harapkan kemerdekaan, kebebesan, kemakmuran yang aku, kamu dan kita semua miliki hari ini akan berkekalan. Jangan kerana, hitam yang setitik; akan menghitamkan sejarah putih yang kita miliki!!! Elakkan dari terus bertelagah, kita masih manusia yang dijadikan Tuhan untuk saling memerlukan. Salam Hormat & Salam Merdeka!

1 comment:

fahana_ann said...

1927:hati malaya..aku rasa elok ditayangkan untuk semua mengerti perjalanan kemerdekaan..lupakan seketika adat politik, sbaliknye, hargai kesusahan, keperitan mereka yang telah berjuang..