Monday, March 28, 2011

generasi kau: "bertetek hebat, berpeha montok."

generasi AF. generasi mentor. generasi OIAM.
tu suma generasi ku. generasi kau.

generasi Facebook. generasi Friendster. generasi MySpace. generasi Tweeter.
generasi ku, generasi kau juga.

"aiman, tak kesah!" juga generasi kau!

generasi glokal bagi generasi ku hanya bertetek hebat berpeha montok.
sekurangnya menghilangkan tekanan harian.

keh keh keh!
gnerasi tetek hebat,peha montok jantan nya kena hot.
baru matching!

gua tak hot, tak tough. so, gua bukan pilihan generasi kau.


*celaka, susah tul nak menulis kalau hati tengah bercelaru nih!


Tuesday, March 22, 2011

lancapan terindah untuk hidup ini.

 lu pehal rashid nak mencarut ni?
keh keh keh!


lancapan terindah.
bila gua pikir ni langkah terbaik gua teruskan.
gua nak jadi macam-macam dalam dunia ni.
nak jadi suami yang cool. daddy yang cool.
nak jadi ketua yang cool. rakan yang cool.
macam-macam!
tapi dalam politik gua nak jadi defense
tu pun kalau gua masuk politik.

lancapan yang tak indah.
gua cepat bosan dalam pekerjaan yang lakarannya manusia yang memandang bakat mengampu.
bukan kemampuan.
dalam industry kerja, bila kau mengampu kau akan dipertahankan.
kalau degil sikit ko standby lah untuk dijatuhkan.
anytime!
ability? tolong campak tepi kemaluan sendiri!

ini lancapan terindah gua.
kalau gua quit sambil buat huru-hara, baru rare!
hardcore katanya!
keh keh keh!
jap, gua tak sejahat tu.
gua da rasa penat dengan terus merantau.
si pulau kecil memanggil agar aku melancap di sana.
KL, sori la. gua tak betah kat sini.
chenta gua kat sana.
menagih kekasih nya bersetia.
yang berkata, "itu lancapan terindah untuk hidup kita"


p/s:
gua dapat offer kat Langkawi. rakyat langkawi mai habaq apa best kat sana?!
keh keh keh!

Thursday, March 17, 2011

climax yang tak pernah sampai kemuncak.


nowadays,
anugerah yang ALLAH beri untuk gua
amanah yang gua  usung
macam tak terpercayakan
macam mimpi.
entah bila akan sampai ke climax!

kisah umur, kisah usia.
tak kisah semuanya!
gua tak tua. always young bisik si sayang.
keh keh keh!

kisah kehidupan sisi silam,,
kisah kehidupan terisi sekarang.
sialan, gua rasa macam bermimpi!

tentang mereka-mereka yang terdahulu,
juga dia yang sekarang.
gua rasa itu semua macam award oscar.
banyak yang gua kenal, banyak yang gua lenjan dijalanan silam
dia yang gua kenal,gua yang diorang kenal
macam ajaib.
benar kata mereka, hidup satu putaran.
ada masa-masa ko ingat mati.
ada masa-masa ko anggap mati tu tak wujud.
macam tu la. agaknya.

main agak-agak ni gua tak suka!
yang rare dan true macam kebetulan. surprise, kata orang putih.
ada masa-masa gua rasa macam nak climax. stop kata sana bila takdak tukang kocak.
macam la! aku tulis metafora bukan melucah!

climax tu mungkin kemuncaknya adalah kematian.
mungkin.
tertulis kematian, gua terus teragak nak capai kemuncak!
erk, mati tu pasti la!


maaf, kalau gua mati biar gua berbakti untuk agama, negara.
biar yang tersayang, biar keluarga gua bahagia dulu.
tolong Ya Allah, climax-nya biar lah aku berjaya!
AMIN.

Tuesday, March 15, 2011

sempena 22 tahun usia ku!


cukup, jangan kejutkan aku lagi.
aku cukup benci ‘kejutan’. surprise, katanya.
orang handsome tak suka benda-benda ‘terkejut’ ni.
tak macho! hohoho!


terima kasih sayang. aku nanar seawal pagi itu.
terima kasih puisi kamu.
terima kasih lagu kamu.
terima kasih sebab berikan bahu kamu.
terima kasih atas segalanya.
aku rindu!
kalau selama ini aku menyanyi untuknya, aku berlakon untuknya
hari ini, dia lakukan benda yang sama.


berasmara bersama ucapan para sahabat dan juga kenalan.
terima kasih kawan atas ingatan kalian.
terima kasih kerana tulisan “engkau sudah tua”
terima kasih!


berkasihan pula dengan ucapan dari ahli keluarga.
terima kasih keluarga.
maaf kerana terlalu sibuk dengan urusan.
ucapan kalian membakar semangat; membangkit segunung rindu.
terima kasih kerana aku ditumpang doa restu kalian.
terima kasih, salam kejauhan untuk semua!



sayu.
betapa aku terlupa bahawa di Luh Mahfuz usia sudah 22 tahun.
betapa aku terleka 22 tahun diberi peluang menghirup segala ihsan kasih sayang Ilahi.
22 tahun, menghirup segala kepuasan dunia.
apalah ertinya hidup bila tidak pernah sekali berterima kasih kepada Ilahi?
Alhamdullillah, ya ALLAH!



p/s:
kagum terhadap usia ihsan Ilahi masih menggigit perasaan. alhamdullillah ya ALLAH!

Monday, March 14, 2011

wishlist yang gagal, serius!

"so, what's your wishlist for this coming birthday?" cik puan chenta.

"nothing. I just want you to standing by my side, forever. and; Allah permudahkan our life dengan cahaya kasih-sayang keimanan"

SENYAP. apa, yang gua dengar cuma suara yang sebak. dia terharu!

serius,
wishlist gua gagal.
pada dasarnya.

serius,
apa yang tersirat kat hati ni biasa gua tulis.
gua nyanyikan.
tidak terekspress dengan kata-kata.

serius,
mungkin sampai mati dia tak tahu because i never meant it
maaf, 
kalau selama ni tak nampak kasih sayang tu.
serius,
ini kali pertama terluah dengan kata-kata.
bersahaja.

serius,
gua pecah rekod tahun ni.

apa pun,
terima kasih ALLAH
terima kasih sayang.

Wednesday, March 9, 2011

tidak mahu kejar populariti.


dalam kebanyakkan manusia gilakan dunia, aku menulis puisi bersendiri,
dalam dunia yang aku duduk sebagai penulis picisan.

p/s:
mode normal. masih melihat kepada realiti.

Monday, March 7, 2011

Rentetnya Surat Terbuka Buat Rosmah Mansur.


Assalamualaikum Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM Datuk Seri Najib Razak,

Datin, ini adalah rentetan dari  "Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor" yang dinukilkan adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Baru berusia 19 tahun adik ni, Datin Seri.

Iya, Datin Seri. Sepertimana Muhammad Muizzuddin bin Zaini, saya tidak ingin menghina atau menjatuhkan kredibiliti Datin Seri sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA. Tujuan saya hanya menegur dan membetulkan apa yang silap. Saya rakyat bawahan. Berpendapatan sekadar cukup makan sebagai seorang lelaki yang punya tanggungjawab kepada keluarga. Tidak aktif dalam politik. Cuma mendaftar sebagai ahli UMNO, parti yang saya percaya boleh menyatukan dan menyatakan hasrat golongan bawahan. Saya petik kata-kata dalam buku Tan Sri Zainudin Maidin (Buku "Surat Dari Mahathir) "UMNO adalah parti orang kampung". Dalam maksudnya Datin Seri. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun dengan rendah diri saya ringkaskan kata-kata dan mencoretkannya seindah bahasa agar naluri Datin Seri tersentuh dan sedar apa yang silap apa yang benar.


1. Belas Ihsan.
Dalam PROJEK PERMATA NEGARA yang Datin Seri selaku penaungnya dengan nilai suntikan RM 111 M itu salah berharga. Bukan saya tidak hargai, cuma sedikit terkilan. Apakah perintis projek ni hanya harus didatangkan dari Kuala Lumpur? Mana negeri-negeri lain? Saya kira, kalau hendak dirintis Sabah Sarawak haruslah jadi keutamaan. Mereka berada diceruk penghujung. Tidak cukup kemudahan. Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau paling tidak menyara rakan-rakan yang menyambung pengajian di luar negara. 

Paling koman, menaja sekolah-sekolah pondok di Malaysia yang rata-ratanya menghantar pelajar tahfiz mereka ke merata tempat untuk meminta sedekah. Ini realiti Datin Seri! Malu imej Islam! Pemimpin Islam beribu orang kaya, mampu, takkan sekelumit pun tiada ihsan di hati untuk membantu sesama Islam?


2. First Lady Of Malaysia.
Saya tidak salahkan Datin Seri mahu bergelar apa sekalipun dengan sehebat-hebat gelaran dunia. Tidak! Ianya tiada nilai melainkan gelak ketawa yang sinis. Sindiran, Datin Seri. 

Beberapa malam lalu, saya menghadiri kuliah Maghrib berhampiran kediaman saya di Setiawangsa. Antara intipati penceramah malam itu, ALLAH menghina ciptaanNya dengan sehina-hina darjat , dan bilamana ALLAH berikan kasih sayangNya ciptaanNya itu dipanggil denga semulia-mulia darjat. Datin Seri ingat pada Abi Lahab? Ingat ayat Al-Quran yang berbunyi "tabbadyada ya abi lahab..."(celaka lah kedua-dua belah tangan abi lahab!) Ingat tak Datin Seri?

Kalau tidak ingat, mari saya ingatkan Datin Seri kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya panggil kepadanya "serikandi". Selama 22 tahun, suaminya Tun Dr. Mahathir menerajui Malaysia ada pernah kita melihat Tun Dr. Siti Hasmah menyaingi populariti Tun Dr. Mahathir? Tidak pernah! Ini kenyataan. Tun Dr. Siti Hasmah cuma berada dibelakang Tun Dr. Mahathir. Sehinggakan pembangkang tidak ada isu yang mahu dikaitkan dengan beliau. Pembangkang yang bangang sahaja memburuk-burukkan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau hanya muncul menggosok lembut belakang Dr. Mahathir bilamana Tun Dr. Mahathir sebak ketika membacakan sajak "Perjuangan Yang Belum Selesai". Ribuan mata menjadi saksi, lensa pemberita merakam detik itu. Tapi, Datin Seri?

Seboleh-bolehnya rakyat melihat Datin Seri seolah-olah King of the King. Berada didepan Datuk Seri Najib. Rakyat rimas. Jelek. Ini suara bawahan Datin Seri. Saya bercerita dengan seorang pengiring Menteri Kanan kepada kabinet Datuk Seri Najib sendiri. Menteri Kanan itu sendiri rimas. Mungkin kerana rumahtangga. Maaflah, yang itu saya tamatkan. Saya sendiri masih bertatih mempelajari ilmu kerumahtanggaan.


3. Kenyataan Masjid Macma.
Datin Seri, tatkala saya mencoret tulisan ini, saya terbayang teringatkan kepada peristiwa 28 Febuari. Peristiwa di mana Datin Seri merasmikan Masjid Macma (Persatuan Cina Muslim Malaysia) bercirikan reka bentuk Cina yang bakal dibina di ibu negara. Kata Datin Seri, "berpotensi menarik kedatangan pelancong ke negara ini". 

Datin Seri, kalaulah niat itu (menarik pelancong) untuk mendirikan masjid baik tak payah. Seorang Islam dengan bangga mendirikan masjid hanya untuk menarik pelancong. Datin Seri harus sedar sebagai isteri kepada pemimpin No. 1; kenyataan seperti itu tidak harus keluar dari mulut Datin Seri. Jika hari ni, masjid didirikan untuk menarik pelancong what will in the next 5 or 10 years? Silap haribulan masjid hanya menjadi kawasan mencuci tapak kaki! Hina tak hina Datin Seri? Datin Seri tahu apa peranan masjid ketika Zaman Rasullullah SAW? Masjid itu tempat perbincangan masalah orang Islam, pusat pengumpulan ekonomi, pusat pengajian. Di beberapa, yang minoritinya beragama Islam menjadikan masjid sebagai transit musafir. Kira macam hostel la untuk musafir. Di Malaysia? Pemimpin membina masjid untuk menarik pelancong? Malu, Datin Seri! 


4. Hotel di Dubai Dengan Kos Melebihi RM 100, 000 Semalam.
Inilah pucuk utama kenapa harus ada ribuan surat terbuka untuk Datin Seri. RM 100 K yang saya belajar di sekolah dan IPT dulu bukanlah sikit nilainya. Lagi-lagi kepada orang-orang kampung, golongan bawahan, pelajar miskin, orang merempat dan sebagainya.

Saya tidak mempersoalkan kemewahan yang ALLAH kurnia untuk Datin Seri. Dalam Loh Mahfuz, Datin Seri ditakdirkan berkahwin dengan Datuk Seri Najib, menjadi isteri PM dsb. Yang persoalkan sumber dari mana tajaan RM 100 K itu. Kalau ianya tajaan Dubai, saya dan rakyat lain tidak kisah. Itu mungkin setaraf dengan status Datin Seri sebagai isteri PM Malaysia, atau mungkin "penghargaan atas perjuangaan dalam Islam".

Tetapi, saya dan rakyat lain kisah bilamana belanja itu datangnya dari Kerajaan MALAYSIA sendiri! Tahukah Datin Seri, Mei 2010 suami Datin Seri membacakan hasil tinjauan yang mana menyebutkan gaji rakyat Malaysia di Kuala Lumpur yang dibawah RM 3K adalah dibawah PARAS MISKIN?!Itu di Kuala Lumpur, di kampung-kampung?! RM 100 K itu berulang kali saya belek, antara percaya atau tidak.

RM 100 K, Datin Seri. Rakyat, kalau diberi RM 100 pun sudah melonjak gembira; apa lagi RM 100 K dibelanjakan untuk semalaman hanya sekadar menyewa bilik hotel! Sedih, rakyat. Mereka ada yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang bawak ke makan malam. Itu kalau mereka larat mengais rezeki, jika tidak? Merempat kelaparan!

Datin Seri, Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim dipersoal rakyat dengan harga bajunya; Nik Aziz suami isteri dipersoalkan ganjaran pergi ke Mekah dan tidak mustahil Datin Seri juga dipersoalkan kerana keborosan ini! Permata Negara disuntik dana sebanyak RM 111 M, kongres isteri-isteri pertama dunia di KL apa cerita? Inilah persoalan yang perlu Datin Seri jawab. Sama sepertimana kita dari BN meminta pembangkang clarify with the related issues. Ingat, Datin Seri di dunia ALLAH mungkin sorokkan keaiban kita; tapi tidak dihari pembalasan. Semua ditelanjangkan! Sekalipun Datin Seri bergelar "FIRST LADY OF MALAYSIA"

Datin Seri, merebut jawatan dalam parti bukanlah matlamat saya. Jauh sekali mengejar populariti. Dalam parti, ongkos adalah penting dalam memastikan team yang setia, kemas dan lengkap. Duit bukanlah segalanya bagi saya. Surat ini adalah bingkisan dan rentetan dari suara adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Justeru, janganlah dianggap nukilan ini sebahagian dakyah pembangkang untuk merosakkan kredibiliti Datin Seri sebagai isteri PM. Kalau Datin Seri tidak mampu mencontohi Fatimah Az-Zuhra atau Aisyah R.A. cukuplah dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau berpada-pada dalam kehidupan politik suaminya.

Terimalah nukilan ini dengan membuka seluas-luas pemikiran dan hati. Teguran ini ikhlas. Di penghujung ini saya nukilkan dialog antara babi dan manusia untuk kita fikirkan bersama-sama yang saya petik dari sebuah blog. Maknanya dalam.

Seekor babi datang kepadaku dan berkata, 
"Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?". 
Aku diam tertikam. Bisu seketika. Kemudian bibirku terukir senyum. 
"Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal"ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata.


Sekian.


SHAHZUL IZZILSHAM AL-RASHID ZULKEFLI.





Friday, March 4, 2011

kembara di kota : lurah dada, peha dan bontot



fesyen-fesyen melurah atau menunjukkan buah dada semakin ramai.
nampak bontot, nampak peha, nampak segala.
aku memerhati mereka yang sengaja menarik perhatian nafsu kemaluan.
katanya, aku kurang ajar!
kah kah kah!
tanpa sedar, kau lagi kurang ajar sama Tuhan.
peha, dada dan bontot untuk suami.
bukan tatapan free  khalayak ramai.
aku cuma penonton. penonton bersahaja.
ya, bersahaja.

atau.
mungkin kau sengaja membanding saiz kebesaran dada.
lurah bontot yang mahal.
jangan perasan! kau bukan J.Lo. 
J.Lo bontotnya di insurankan.
kau ada?! 
kah kah kah!

ada lagi.
tapi aku tak mahu carutkan kamu, wanita.
kamu istimewa.
anugerah Tuhan buat warga dunia.
9 nafsu 1 akal, itu teristimewa. 
paling indah, paling bahagia.

bukan lurah dada.
bukan mulus peha.
bukan bontot mantap.
bukan, bukan!
HARGA DIRI, tu jawapannya.

bersahaja dalam kembara kota.

p/s:
aku tak kata kau harus bertudung litup dari kaki ke muka. cukup sekadar sederhana.