cukup, jangan kejutkan aku lagi.
aku cukup benci ‘kejutan’. surprise, katanya.
orang handsome tak suka benda-benda ‘terkejut’ ni.
tak macho! hohoho!
terima kasih sayang. aku nanar seawal pagi itu.
terima kasih puisi kamu.
terima kasih lagu kamu.
terima kasih sebab berikan bahu kamu.
terima kasih atas segalanya.
aku rindu!
kalau selama ini aku menyanyi untuknya, aku berlakon untuknya
hari ini, dia lakukan benda yang sama.
berasmara bersama ucapan para sahabat dan juga kenalan.
terima kasih kawan atas ingatan kalian.
terima kasih kerana tulisan “engkau sudah tua”
terima kasih!
berkasihan pula dengan ucapan dari ahli keluarga.
terima kasih keluarga.
maaf kerana terlalu sibuk dengan urusan.
ucapan kalian membakar semangat; membangkit segunung rindu.
terima kasih kerana aku ditumpang doa restu kalian.
terima kasih, salam kejauhan untuk semua!
sayu.
betapa aku terlupa bahawa di Luh Mahfuz usia sudah 22 tahun.
betapa aku terleka 22 tahun diberi peluang menghirup segala ihsan
kasih sayang Ilahi.
22 tahun, menghirup segala kepuasan dunia.
apalah ertinya hidup bila tidak pernah sekali berterima kasih
kepada Ilahi?
Alhamdullillah, ya ALLAH!
p/s:
kagum terhadap usia ihsan Ilahi masih menggigit perasaan. alhamdullillah
ya ALLAH!
No comments:
Post a Comment