Permulaan kepada journey aku. Bagi orang Labuan The Great, pergi ke K.Kinabalu ada perkara yang biasa-biasa. Tidak bagi aku. Setelah beberapa lama tidak berkunjung ke kota sejuta kenangan ni, it will be surprise and exciting. Serious. Bagi yang mengikuti perkembangan blog ni since establishment, they'll understand why it's relates to sentimental attachment. Heh.
Pengembaraan a.k.a honeymoon a.k.a vacation aku bermula dengan kucar-kacir. Ticket tak beli, no proper planning. Kat sana kau orang dapat capture apa jadik dengan diri aku. Kelam kabut ke TM nak report pasal internet tak boleh guna, phone rumah barai. Last sekali, aku berjalan dengan tenang. Chill kata orang putih. Perjalanan dari Labuan-Menumbok memang steady. Dia sumbat aku sekali dengan rombongan Myanmar. Jadi, kau orang faham sajalah apa jadik dalam speedboat tu macamana. No security alertness. Life jacket tak kena issued, brader speedboat memang STEADY! Mujur ilmu kelautan aku masih dalam otak. In case of emergency, aku dah berjaga-jaga. kah kah kah!
Sebelah petang lepas arrived at area Bandaraya, lepas check in bagai, aku terus ke Kompleks Karamunsing. Aku repeat, kompleks ni merupakan tapak bekas pengajian aku, Tower A; 9th Floor kalau tak silap. kah kah kah! Ini, main entrance kompleks beli-belah ni. Kat tepi tu bangunan SESB, pembekal electricity bagi kawasan Sabah dan Labuan. Dekat bangunan ni, dekat tingkat 4 kalau tak silap ada surau. Open for public (sekitar 2007-2009) sekarang ni aku tak pasti. Surau tu, agak-agak dulu kalau tak sempat balik rumah dekat Country Heights Apartment aku solat kat sini. Selalu tu aku azan Zohor, paling tidak selalu jugak jadik imam kepada pengunjung dan staf-staf SESB. Ini real. Aku tak tipu. Masa tu siap kamceng dengan brader-brader, akak-akak SESB. Jumpa dekat Bilal, rilek je main salam sauk ala PEKIDA. Bilal ni legend bagi aku dan kawan-kawan sepengajian. Dekat Bilal ni dulu, bebudak Twintech je rare pegi hisap rokok dalam restaurant diorang. Budak Kolej Multimedia TM? Makanan je tu, jepp.
Rumah Terbalik, Tuaran. Perjalanan ke Kundasang. Speechless. Yang ni, saja singgah amek gambar atas cadangan Bro Eddie bakal guru juga kawan sekolah, kawan PLKN juga kawan bermaki aku. Eddie jugak berperanan sebagai Tourist Guide aku sepanjang vacation ni. Lepas dia jadik guru ni, mungkin jadik mangsa saman aku kot. kah kah kah!
Rumah Terbalik ni aku tak faham sangat, aku tengok serupa rumah biasa-biasa jugak. Tu pun aku usha dari luar je, nak masuk mahal sangat. So, sebelum pengusaha tu jadi bahan makian kapitalis aku; elok lah rasa aku amek gambar dari luar je. Gila kau nak maki terus, padahal knowledge aku pasal benda ni pun takat dengar citer orang je pun. Dah nama pun, saja-saja amek gambar. ;)
Sayup-sayup dari kejauhan, puncak Kinabalu nampak sehingga ke puncak. Sambil hati aku berbisik, "aku ikut kamu sayang, biar sampai ke puncak Akinablu." Hehehe... Aku tak romantik, jenis tak reti cakap I Love You depan-depan. Main ayat je pandai. kah kah kah!
Sampai di Lembah Pergunungan Kundasang. Membangkitkan kenangan. Aku dah lama tak rasa sejuk yang real punya cool. Sumpah! Sejuk dia tak boleh lawan dekat Fraser's Hills ataupun Genting. Dia punya sejuk kategori abang-abang orang kabor. Belah tepi aku tu, Eddie. Co-Pilot merangkap Tourist Guide aku. kah kah kah! Gua macho lagi dak? ;)
Actually, aku tak larat menulis panjang. Writer's block. Dekat lembah pergunungan Kundasang, aku dah luahkan segalanya; dari hati. Edisi cerita cinta lama, ilmu penulisan aku bercambah dekat sini, cerita tentang kawan-kawan, cerita pasal termakan babi, cerita pasal orang Sabah bagi direction yang agak-agak lucu. Speechless, seriously. Kalau boleh aku taknak cerita pasal benda-benda lama ni. Dah malas, lemau nak ingat. Tapi tu lah, look into the back will make you remembering something that you always forget = spirit. Aku cakap dekat cik puan, benda-benda semua ni membentuk siapa aku sekarang. Aku dah cuba jadi cool sehabis mungkin. Cool tahap bapak-bapak. At the end, aku diam-diam. Tengok semua benda dari sudut pandangan bernama kenangan. Memang gampang dia punya feeling.
Okey, next pictures!
Pelangi petang di Pekan Ranau. Selepas hujan renyai, pelangi ni timbul. Siap double line habaq hang! Aku dah lama tak tengok pelangi petang. Serious. Aku terlalu sibuk dengan pekerjaan sekarang, selain beberapa paper work yang aku buat tolong bisnes orang lain. Aku gigih carik duit lately. Ada banyak lagi benda pending dalam worklist aku. Nak sambung belajar lagi. Nak itu ini. Nafsu bekerja keras makin menjadi. Lagi keras dari kerja aku dekat Kota Zina, KL dulu-dulu. Selepas usaha setahun, lepak-lepak dekat sini, aku ada chill sikit. Tengok kebesaran Allah sambil tenangkan hati. Layan hati yang tersayang lagi. Macam-macam hal.
Kinabalu Pine Resort. Sejuk. Kenangan. Pahit. Manis. Ini gambar dari pondok paling depan nearest to reception building. Pondok ini simpan cerita lama. Ilham yang aku mendorong aku menulis puisi "Hijau Bumi Kundasang" yang berjaya dideklamasikan menjadi lagu puisi semasa penutup Perkampungan Penulis Muda tahun 2005 masa aku berumur 16 tahun. 16 tahun bak hang! "Hijau Bumi Kundasang" merupakan masterpiece aku yang pertama. Masa yang buat aku realize untuk terus menulis, menulis dan terus menulis.
Menipu lah aku cakap, kalau aku tak tenggelam dengan layaran kenangan. Kenangan pasal "berapa banyak awak sayang saya?" dan dijawab, "setinggi puncak Kinabalu tu honey." Mitos tentang perhubungan cinta silam, pahit. Benda-benda macam ni buat aku rasa tak larat nak ingat. Tapi tulah, masa-masa belakang dah ceritakan siapa aku pada 2013. Yang bentuk aku jadi manusia paling kental dalam adik beradik aku. Tapi paling tak kental bila mengadap kenangan. Aku akan jadik manusia paling pendiam. Ini , serius. Celaka. kah kah kah!
Alright, alright. Ni gambar last, dah nak Subuh ni. Dengan gambar ni, aku harap hero Dejavu Di Kinabalu tak rasa tercabar. kah kah kah!
"ini bukan cerita tentang pencuri hati. ini cerita tentang penjual kasih sayang dan pembelinya sudah di dapati."
"Lembah pergunungan Kundasang yang sudah sedikit maju ini juga menyimpan cerita cinta lama. Dan, di hujung layaran kenangan; saya berdoa semoga cerita cinta lama ini akan tenggelam bersama lipatan mitos pergunungan ulung, Akinabalu."
Heh.
ps I:
kalau dah tau nak jalan jauh dan tak bawak camera canggih ala brader DSLR, make sure smartphone korang ada portable charger!
ps II:
semua gambar serupa dalam Instagram aku. reason sila rujuk kenyataan di atas.