Sunday, November 30, 2008
Cerita Tentang AKU dan....
Friday, November 28, 2008
UPDATE : MINIT MESYUARAT BPN BIL 5/2008
Tarikh : 27 November 2008 Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm
Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara
Kehadiran : 31 online
1. PanglimaCyber 2. Cheguman 3. Che Moq 3. Ahlang 4. Fazrulls 5. Selendang_delima 6. Dr Novandri 7. Bro Jingga 9. Zealforce 10. Mizi24 11. Perjuang Bangsa 12. Abg Tuah 13.Warga Borneo 14. Apai_ngelai 15. Summadak 16. Taipingmali 17. Sang Tawal 18. Slumber
13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..
BIL
AGENDA
TINDAKAN
1.
Ucapan Speaker
1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan
1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri
1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui
Semua Ahli
2.
Perlantikan AJK
2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula
.2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:
i. Penasihat – Dr Novandri
( belum rasmi masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Perang Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie
( wakil Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai Ngelai
2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.
2.3 Manakal jawatann yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..
Semua Ahli
3.
Membuat Peraturan Forum
3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.
3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.
3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku Setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.
3.4 Cadangan
3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.Cadangan diterima.
Semua Ahli
4.
Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan
4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan.
4.3 Hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk membincangkan soal Organisasi BPN.
4.4 Semua Ahli bersetuju
Semua Ahli
5.
Logo
5.1 Membincangkan logo Forum BPN.
5.2 Cadangan Ahli:-
i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi esok 28.11.2008 jika logo selesai diubah oleh beliau..
Semua Ahli
6.
Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam
Semua Ahli
JIKA ADA TERTINGGAL ATAU KESALAHAN MINTA ISI RUANG KOMEN DI BAWAH.
Disediakan oleh,
Selendang Delima
Setiausaha 2
Bloggers Pembela Negara
Wednesday, November 26, 2008
MeeT Me as SOD aT Twintech RestauranT!!!
Laporan ke III Sidang Maya Blogger Pembela Negara

Tuesday, November 25, 2008
MeeT Me At Twintech Kitchen Part 1
Huh, memang penat gak jadik chef ni!!!! Hahaha!!! But, this is my first experience involved in kitchen operation, very nice moment... During the whole operation, me assigned to cook Mee Kari. This task cooperation between me and ruby!!!! Hahaha!!!, Cheker provide appetizer(Rojak Buah) The chef of the day is Mimi.
This week, kitchen operated by Hotel Management Student while Restaurant Operated by Food Service Student. Memang gempak!!! At first, memang semua nampak gugup, and finally ; gempak!!!! Anyway, semuanya mengajar aku how to create something be more simple and perfect!!!
Esok, giliran DHM plak operate restaurant.. Aku jadik Supervisor of The Day(SOD)!!!! Ada sedikit masalah, thats the reason why i change with udin... Nantikan citer aku plak... Hehehe....

RESOLUSI KEDUA 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.
Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.comSetiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara
tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.
Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.
Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.Syabas kepada semua....
Monday, November 24, 2008
Tahniah Maman a.k.a Edwin...!!!!
Selamat bertunang kepada sahabatku, Maman a.k.a Edwin the sarawakian yang akan bertunang dengan miss shika, sumandak sabah... heheheheh...
Semoga korang akan terus bahagia hingga ke akhir hayat dan harapnya pertunangan ni akan merangsang korang untuk terus mengejar kejayaan dalam hidup masing-masing!!!
hehehe...15ribu pon 15ribu lar bro... As long as carry on with ur ambition!!! Aramai tih!!!




RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK
Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :
“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”
Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.
2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.
3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.
4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.
Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )
Sunday, November 23, 2008
Semester Yang Bermula....
Kebelakangan ni, waktu aku banyak diluangkan dikolej,lebih-lebih lagi sesi baru pengajian telah bermula. Alhamdulillah, sepanjang semester lepas aku berjaya lalui tanpa perlu mengulang mana-mana subjek, pass and proceed!!. Bermulanya semester ni bermakna aku perlu lebih banyak menumpukan kepada subjek yang semakin sukar kerana aku bukan pelajar dalam kategori "bijak". Hehehehe...
Biarpun sibuk, aku masih sempat melawat dan memberi komen dalam blog-blog para sahabat dan juga bekas guru-guru ku antaranya:
a) Mdm Azimah
b) Bekas pengetuaku, Cikgu Sahar
c) seorang sahabat yang tak mahu dikenali(hehehe..)
Begitu banyak maklumat juga berita mengenai mereka yang dapat aku ketahui. Alhamdulillah, biar jarak menjadi penghalang namun kemudahan teknologi seperti ini menemukan aku dan mereka secara maya. Menyentuh kembali kepada semester kali ini. Kali ni, student hospitaliti akan mengendalikan restaurant kolej yang akan beroperasi. Ia akan beroperasi dan dikendalikan secara professional oleh foodservice student dan juga hotel student.
Praktikal seperti ini mengembalikan kenangan aku sewaktu bekerja secara part time di Pagayaman Pit Stop dahulu... Hehehe... Situasi yang berbeza namun matlamatnya tetap sama!!! Mengajar erti kesabaran juga memahirkan diri dalam mengendalikan pekerja, tugas dan masalah. In hospitality industry, we are practical people where dealing with practical problem!!! Pesanan khas untuk mereka yang akan mengendalikan restaurant operation this week.
Sepanjang mengendalikan operasi restauran ini, kami akan dibahagikan tugas dimana seorang pelajar akan bertindak menjadi Supervisor of The Day(SOD). Aku akan memegang peranan sebagai SOD pada minggu ke tiga nanti(cerita akan menyusul kemudian). Harapnya, aku dapat mengembalikan semula pengalaman sebelum ini dan mengaplikasikannya sepanjang operasi restaurant nanti; insyaallah.
Kepada sahabat-sahabat yang mengendalikan restauran pada minggu pertama ni, I wish you all a best of luck!!! Remember, we are practical people where dealing with practical problem!!!
MeeT uncLe sHaH:
"Pening kepala nak promote menu, assign task... Sape-sape yang rajin boleh datang ke IUCTT(Kelantan Campus). Hehehehe... Tidak lupa, salam takziah kepada saudara Halim sekeluarga di Larkin, Johor diatas pemergian ayahanda beliau yang tercinta. AL-FATIHAH


Thursday, November 20, 2008
Takziah Halim!!!
Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.... Dikesempatan ini, aku ucapkan takziah kepada housemate aku, saudara Halim diatas kembalinya kerahmatullah ayahanda tercinta. Semoga beliau tabah menempuhi hari-hari mendatang... ALFATIHAH.
Tuesday, November 18, 2008
Aku Untuk Melayu!!!
Dalam keboringan yang melanda, aku layari koleksi-koleksi sajak di internet agar ada sesuatu yang dapat aku coretkan buat pengunjung di sini. Satu demi satu, aku teliti akhirnya menemui sesuatu yang menarik. Di laman http://www.familiazam.com ini, akhirnya mencetuskan idea untuk aku menulis.
Di usia remaja ni, aku cuba memberi satu kelainan, iaitu sedar bangsa Melayu kian terpinggir!!! Pengisian seperti ini, aku harap supaya aku tidak tenggelam dalam keseronokkan dunia remaja. Aku adalah anak Reformasi!!! Reformasi, yang bukan didalangi mana-mana parti politik, tetapi datang dari kesedaran reformasi untuk bangsaku!!! Dan, ini adalh medium untuk aku jalankan reformasi itu. Sajak ANAK REFORMASI ni, hasil nukilan ANAK memberi isyarat aku auntuk bangsaku, berjuang untuk MELAYU!!! Ini adalah sedikit daripada aku yang kadang-kala malu melihat peristiwa hitam yang pernah memalit sejarah Melayu ku!!! Inilah, luahan hati...:
ANAK REFORMASI
Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati
Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat
Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan
Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil
Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah
Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi
Nukilan: Anak
Monday, November 17, 2008
Masalah Yang Datang...
Sehari dua ni,aku pening kepala... Macam-macam, masalah yang kadang-kala buat aku give-up untuk teruskan. Maslah datang tanpa henti, juga buat hidup aku jadi porak-peranda!!! Pun, aku tak nafikan ianya mengajar sesuatu yang mungkin menyedarkan aku erti menghayati hidup. Sape tau,kan????
Dalam aku berfikir masalah ni, aku cuba huraikan satu persatu penyelesaiannya. Aku tau ada yang 'rasa bahagia' atas apa yang aku alami!!! Aku cuba jadi waras, hidup adalah satu perjuangan menyelesaikan masalah. Menyusuri hari-hari penuh menyeksakan ini, aku terpaksa menjadi hipokkrit!!!
Untuk menyenangkan hati orang disekeliling aku. Tapi, sampai bila???? Masalah ini, bagi aku takkan selesai tanpa pertemuan dgn 'orang tu'. Lagak ayam jantan ke aku kalau bersemuka untuk menyelesaikan masalah ni as a gentle????!!!! Tapi, atas memikirkan masih terlalu banyak harus aku lakukan; aku harus bersabar!!!
Sabar separuh dari iman, kata Nabi. Hidup takkan jadi 'hidup yang sebenarnya' kalau tiada maslah. Betul tak???
Friday, November 14, 2008
CeRiTa TeNtaNg CiNtA- a tRiBuTe tO 15gRoup!
Cerita tentang cinta ini aku rakamkan sebagai satu penghargaan, lambang cerita kehidupan, cerita cinta juga gaya hidup yang hampir sama!!! Hahahaha!!! Persamaan tarikh lahir, jadikan kita rapat sebagai sahabat meskipun kita tidak mengenali sebelum ini!!!
Hopefully, kehadiran cerita ini akan buat kita tersenyum serta saling kutuk-mengutuk!!! Hehehe... Anyway, aku mintak maaf kalau-kalau ianya akan membuka luka yang hampir pulih.
CeRiTa CiNtA aKu-15/03/89
Cerita cinta yang buat aku parah dan terdera dengan perasaan sendirik!!! Sememangnya, perasaan ini bukan sesuatu yang mudah aku tolak. Ia hadir secara semulajadi. Menyorot kembali kisah luka ini, buat aku sedar ia adalah pengalaman terbaik yang harus dilalui tiap insan!!! Betul kew??? Hehehe...
Perpisahan tu adalah langkah terbaik untuk aku menilai diri aku, juga orang-orang sekeliling aku. Mngkn juga, takder jodoh?! Bukan jodoh ker?? Hehehe... aku sendirik da letih ngan alasan camtu...!!!
Sekarang ni, aku da terima realiti... Sunyi tanpa cinta alasan mereka yang tiada pegangan hidup, takder wawasan!! Hidup mesti kejar ilmu!!! Tapi, adik aku kate cinta bley merangsang idup???!!! Realitinya, cinta gagal jadikan aku orang yang waras!!!




"aku takkan tewas..."
CeRiTa CiNta TaUfIQ-15/04/89
Cerita cinta sang jejaka yang melengkapkan catatan ini... Pertengahan 2008 lalu, aku sendiri lihat cahaya cinta @ kebahagiaan yang ade pada brother ni!!! Hahaha!!! Dalam hati, aku doakan kebahagiaan korang... Apapun, kuasa Tuhan nobody can stop it!!!
Akhirnya, ada cerita tentang perpisahan yang jadik ilham aku untuk rakamkan... Hehehe... Mungkin ko harus bangga ckit bahagia tu pernah ko miliki. Dari intonasi suara, aku cukup pasti yang ko pun kecewa!!! Feeling and eyes never lies!!!! Remember that!!! Aku pernah gak rase yang ko rase tu!!!

"ku cari cinta abadi!!!ahaks!!!"
CeRiTa CiNta WaN-15/11/89
Besday boy yang melengkapkan trio 15gRouP!!! ePy BesdAy, man!!! Dalam cerita ini, ko ada versi lain... Harapan...!!!
Anyway, aku still hormat pendirian ko. Tapi, sampai bila bro???!!! Realiti takkan pernah sama dengan cerita cinta mahupun lagu Warkah!!! Meskipun, hakikat lagu tu adalah harapan!!!
Menyorot kembali harapan ko tu, sanggup kew ko tunggu bertahun-tahun???!!! Kat dunia luar, banyak benda lagi harus kita nikmati!!! i wish u gud luck bro!!! Jgn sesekali mengharap pada yang tak pasti...

"hatinya masih mengharap.."
a tRiBuTe!
Dalam menguak arus kehidupan, dilema cinta selalunya membantutkan kita berfikir secara waras. Cabaran yang ada padanya, menghiris meninggalkan tanda yang tidak bisa terhapus! Namun, ia adalah sedikit daripada motivasi menuju kehidupan hakiki...
Cerita ni aku rumuskan sebagai satu kenangan yang pernah mengukir sejarah, dan mengisi relung hati yang dulunya terluka!!! Dari sudut yang lain, ia adalah realiti yang ditetapkan Ilahi.
Cerita cinta yang hampir sama ini, mungkin adalh sebahagian babak kehidupan yang akan mematangkan kita. And, hopefullly; kita akan bermotivasi untuk cari yang lain!!!! Hahaha!!!
Friday, November 7, 2008
SAJAK: Wajah Mama
Menatap wajah mama
aku mengerti
derita yang ditanggungnya
pernah bahagia dulu
hanya seketika miliknya
Wajah mama
adalah cerita hidupnya
kolam matanya- ada derita!
pulau wajahnya- terasa bahagia!
Kami
sebahagian cerita hidup mama
lambang kekuatan dirinya
Tuhan
betapa aku rindu leterannya
betapa hangat sentuhannya
Mama
kasihmu kami dakap abadi!
nasihatmu bekalan perjalanan kami1
Kami
menghakis derita mama
cuba memadam sejarah sengsara mama!
kerna kami
yang menatap cerita hidupnya!
MeeT uNcle sHah said:
Sajak ini,aku dedikasi khas untuk mama yang pernah 'berkorban' hidupnya untuk kami. Kami sama-sama merasa derita yang ditanggungnya,meskipun bukan semua itu tidak kami lalui!!!
Masa memaksa kami berpisah bagi sementara. Sajak ini lahir atas kerinduan aku kepada mama. Babak-babak kehidupan mama,yang kami fahami hanya sebahagian dari perkara yang mendewasakan kami. Meskipun, segalanya sukar untuk diterima peristiwa itu membawa kami mengerti hidup ini adalah perjuangan!!!
Kami bukan meminta simpati atas derita yang pernah ditanggung mama, cukup sekadar hidup bersama ibubapa anda dinikmati sepenuhnya. Hargai mereka,jgn sesekali salahkan mereka andainya terjadi perpisahan...
Bukan niat ini, membenci segala yang terjadi,takdir mahukan kami berpisah agar kami mengerti akan kasih-sayang itu lagi mulia dari harta kekayaan!! Memaafkan lebih baik dari berdendam...
Monday, November 3, 2008
Budaya Membaca
Sesuatu yang da lama aku nak terapkan adalah budaya membaca. Aku tau, kat M'sia budaya ni masih dibawah kategori 'Taboo' lebih2 lagi dalam kalangan seumur aku. Percaya @ tidak ,bagi mereka fakta ilmiah sesuatu yg meletihkan otak berbanding melepak, menonton kartun. Bukan mahu membanggakan diri, seingat aku tabiat membaca da jadik budaya in my family.
Dalam sebulan rasanya, 6;7 buah buku dibeli untuk santapan!!! Especially, my mother. Thats why, my mother xpernah surut dengan 'Fakta' dan 'Tips'. Hahahaa!!! Anyway, itu xdinafikan; membaca dapat meningkatkan kemahiran lain, contohnya komunikasi. Believe it?? Lihat kepada Dr. Fazilah Kamsah, Dr. Izi (sekadar beberapa nama). Bagi je ape2 tajuk, mesti potong abes wa cakap lu!!!
Bacalah, pasti ada sesuatu yg diperoleh. Aku xkata aku hebat, kerana kehebatan manusia terbatas dalam menandingi ilmu ALLAH!! ALQURAN sendiri menyarankan umat manusia membaca!! InsyaALLAH, ianya membentuk peribadi, pendirian serta makna kehidupan!!! Juga tidak tersesat dalam kecelaruan emosi, kekalutan hidup!!!
Alhamdullillah, dalam hidup aku ia telah membawa aku menilai jauh kekalutan hidup yang semakin kronik ini, walaupun tak sesempurna nabi.
Dan, aku mahu mengingatkan rakan sekalian, membaca adalah sebahagian daripada proses ilmu. Kejar dan carilah!!! Benda baik takkan datang bergolek. Maknakanlah kehidupan kita secara berilmu!!! Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)