Sunday, November 23, 2008
Semester Yang Bermula....
Kebelakangan ni, waktu aku banyak diluangkan dikolej,lebih-lebih lagi sesi baru pengajian telah bermula. Alhamdulillah, sepanjang semester lepas aku berjaya lalui tanpa perlu mengulang mana-mana subjek, pass and proceed!!. Bermulanya semester ni bermakna aku perlu lebih banyak menumpukan kepada subjek yang semakin sukar kerana aku bukan pelajar dalam kategori "bijak". Hehehehe...
Biarpun sibuk, aku masih sempat melawat dan memberi komen dalam blog-blog para sahabat dan juga bekas guru-guru ku antaranya:
a) Mdm Azimah
b) Bekas pengetuaku, Cikgu Sahar
c) seorang sahabat yang tak mahu dikenali(hehehe..)
Begitu banyak maklumat juga berita mengenai mereka yang dapat aku ketahui. Alhamdulillah, biar jarak menjadi penghalang namun kemudahan teknologi seperti ini menemukan aku dan mereka secara maya. Menyentuh kembali kepada semester kali ini. Kali ni, student hospitaliti akan mengendalikan restaurant kolej yang akan beroperasi. Ia akan beroperasi dan dikendalikan secara professional oleh foodservice student dan juga hotel student.
Praktikal seperti ini mengembalikan kenangan aku sewaktu bekerja secara part time di Pagayaman Pit Stop dahulu... Hehehe... Situasi yang berbeza namun matlamatnya tetap sama!!! Mengajar erti kesabaran juga memahirkan diri dalam mengendalikan pekerja, tugas dan masalah. In hospitality industry, we are practical people where dealing with practical problem!!! Pesanan khas untuk mereka yang akan mengendalikan restaurant operation this week.
Sepanjang mengendalikan operasi restauran ini, kami akan dibahagikan tugas dimana seorang pelajar akan bertindak menjadi Supervisor of The Day(SOD). Aku akan memegang peranan sebagai SOD pada minggu ke tiga nanti(cerita akan menyusul kemudian). Harapnya, aku dapat mengembalikan semula pengalaman sebelum ini dan mengaplikasikannya sepanjang operasi restaurant nanti; insyaallah.
Kepada sahabat-sahabat yang mengendalikan restauran pada minggu pertama ni, I wish you all a best of luck!!! Remember, we are practical people where dealing with practical problem!!!
MeeT uncLe sHaH:
"Pening kepala nak promote menu, assign task... Sape-sape yang rajin boleh datang ke IUCTT(Kelantan Campus). Hehehehe... Tidak lupa, salam takziah kepada saudara Halim sekeluarga di Larkin, Johor diatas pemergian ayahanda beliau yang tercinta. AL-FATIHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment