ANAK REFORMASI
Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati
Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat
Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan
Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil
Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah
Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi
Nukilan: Anak
Tuesday, November 18, 2008
Aku Untuk Melayu!!!
Dalam keboringan yang melanda, aku layari koleksi-koleksi sajak di internet agar ada sesuatu yang dapat aku coretkan buat pengunjung di sini. Satu demi satu, aku teliti akhirnya menemui sesuatu yang menarik. Di laman http://www.familiazam.com ini, akhirnya mencetuskan idea untuk aku menulis.
Di usia remaja ni, aku cuba memberi satu kelainan, iaitu sedar bangsa Melayu kian terpinggir!!! Pengisian seperti ini, aku harap supaya aku tidak tenggelam dalam keseronokkan dunia remaja. Aku adalah anak Reformasi!!! Reformasi, yang bukan didalangi mana-mana parti politik, tetapi datang dari kesedaran reformasi untuk bangsaku!!! Dan, ini adalh medium untuk aku jalankan reformasi itu. Sajak ANAK REFORMASI ni, hasil nukilan ANAK memberi isyarat aku auntuk bangsaku, berjuang untuk MELAYU!!! Ini adalah sedikit daripada aku yang kadang-kala malu melihat peristiwa hitam yang pernah memalit sejarah Melayu ku!!! Inilah, luahan hati...:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bgs la lu bro...gua salut penulisan lu tu..hehe
Teruskan mencari... semoga bertemu refomasi diri...
jumpa dah blum bro reformasinya?takde update baru ke?
"PeminatJutawanMalaysia "
aku masih mencari dan akan mencari reformasi utk diri, bangsa dan agama.
Insyaallah, aku cuba lakukan yg terbaik utk agama, diri dan bangsa ku. Telah tiba masanya utk kita bangkit mengembalikan sejarah gemilang kita dulu
Post a Comment