Thursday, July 30, 2009

Satu Persoalan: Aku & Puisi

Salam Semua.

Lama tak bertemu sahabat blogger kebelakangan ni. Macam biasa la, kan. Kekangan masa. Masa untuk menulis dan mengemaskini laman kesayangan ini amat berbatas sementelahan pula 2 minggu akan datang aku akan berdepan dengan peperiksaan akhir bagi semester ni. Semoga semuanya dapat aku jalani dengan mudah, Insyaallah.

Kali ni, entri aku akan menjawab persoalan para sahabat aku yang seringkali bertanya kenapa aku lebih suka mengetengahkan ayat-ayat puitis dan “terlebih makna” dalam blog ni. Apatah lagi, bagi mereka “permainan ayat” aku cukup dalam dan punyai unsur kejiwangan yang tinggi! Heh! So, peluang ni aku jawab kenapa dan mengapa penggunaan puisi dalam setiap penulisan aku. Semoga kalian tidak lagi bertanya kepada aku persoalan itu lagi, hopefully.

Satu sebabnya adalah kerana Bahasa Malaysia itu indah. Kenapa? Sedari dulu, kalau anda semua pernah mengkaji biarpun bukan secara mendalam, bahasa ibunda kita cukup agung. Sehinggakan, digunakan untuk urusan perdagangan, dakwah dan sebagainya. Ini kerana, indahnya bahasa ibunda yang terkenal dengan kesopanan dan tatasusila bangsa. Perhatikan saja kepada Bahasa Melayu klasik. Puitis dan cukup bermakna!

Keduanya, bagi aku bermain dengan ayat umpama irama lagu. Kita akan terasa “sesuatu” dan cuba untuk memahaminya. Aku cuba membina analogi yang mudah dimana keadaan ini sama seperti anda melayan lagu. Tidak kira apa jua elemen muzik; indie, jazz, mahupun rock. Anda pasti berasa tenang jika dihidangkan dengan irama yang anda sukai. Bukan begitu? Kalau bukan bermain dengan ayat, maka industri seni di negara ini pasti masih di takuk lama. Jika tidak kerana ayat, tidak akan di kenali siapa dia M.Nasir, Too Phat, Ramli Sarip, Yasmin Ahmad mahupun Habsah Hassan. Sebagai contoh, kenapa lagu-lagu penyanyi tahun 80-an lebih digemari atau dalam English disebut sebagai “evergreen”? Bukankah kerana ayat yang puitis dan punyai makna yang mendalam?

Selain itu, bagi aku mengetengahkan elemen seperti ini adalah satu cara aku dalam memperjuangkan kemahsyuran bahasa ibunda. Aku tidak mampu berkorban harta (masih belum mampu!) untuk negara ini jauh sekali berdemontrasi melaungkan mengenai perjuangan bahasa ibunda tetapi aku masih punyai alternatif lain. Inilah, perjuangan aku; meskipun di dunia realiti masih ada manusia pelik yang memerhati aku dengan penuh tanda tanya!

.

Yang terakhirnya; aku orang muda, yang cinta akan bahasa ibunda tanpa ada prejudis kepada bahasa asing. Aku cuba mengamalkan keterbukaan dalam menerima pandangan kalian terhadap setiap hasil tulisan aku. Keterbukaan ini, bukanlah satu tanda yang label “jiwang” itu satu kesalahan besar; baik dari segi undang-undang sivil mahupun syariah! Jiwa itu adalah perasaan, perasaan adalah seni; seni adalah anugerah Ilahi! Wassalam.

Kaki punya bicara:

aku tulis ini, agar kalian mengerti

bukan niat ingin mencaci

aku sekadar meminjam nikmat anugerah Ilahi kepada diri!

P/S:

Maaf, kalau ada yang terasa. Aku cuba menjawab setiap persoalan kalian dengan sejujurnya. Dengan harapan, setiap apa yang aku tulis ini dapat mengubah persepsi kalian terhadap aku. Heh!

Saturday, July 25, 2009

Terasa Ingin Menulis....

Salam Semua.
Aku akui kebelakangan sukar untuk aku melakukan aktiviti mengemaskini blog kesayangan aku ni. Alhamdullillah, waktu senggang ni aku gunakan sedikit waktu untuk memanjakannya semula. Heh! ;p Bukan senang untuk menjadi seperti aku, terpaksa meluangkan masa untuk orang lain walaupun dari sudut kehidupan sendiri aku masih mahukan waktu-waktu untuk bersendiri dan waktu untuk merencana bagi tatapan manusia lain. Seringkali, aku bertanya tentang kemahuan dan keperluan aku. Apakah aku hidup untuk orang lain atau diri sendiri? But, the other side berbisik, "aku tidak perlu hidup dengan mementingkan diri sendiri!!" Argghhh, peliknya hidup seperti ini!!!! Seminggu kebelakangan ni, aku akui(mungkin kot) hidup aku banyak berkorban untuk si dia. Memberi nasihat (biasa la kan?), berkorban masa (mustahil, sebab jauh!), dan bermacam perkara lagi. Dari pandangan sahabat lain, diorang nampak aku ni memang fanatik bila berchenta! heh! Sorry, friends! I have my own style for appreciate girl that I really love! Ada masa tertentu, aku rasa macam aku diabaikan! (pulak dah!) Ye la, bila aku perlu, nobody arounds me. But, they come without any notice! See, how magis this life! Berdepan dengan masalah seperti ni, buat aku terfikir hidup memang pelik. Kadang-kadang, bila banyak berkorban untuk orang lain, bermacam keajaiban akan muncul. Baik dan buruk. Yang baik, aku bersyukur; yang buruk, aku fikirkan. Sorry everybody, this entri bukan bermakna aku ni selfish! Tapi, aku sentiasa gunakan peluang untuk berfikir. Di bidang pengajian pula, banyak perkara memerlukan aku bekerja keras sekurang-kurangnya pass all subject. Perghhh, nak dapat DL belum tentu g! heh! Sekarang ni, masing-masing dilanda kebimbangan ditutup atau dipindah! Kolej aku memang banyak kejutan! So, tak heran kalau benda-benda unexpected will be reality in future. Harap-harap, aku sempat abes study! Hahahaha! Kalau ikutkan hati, masing-masing da nak give-up. Namun, masih ada waktu untuk aku perjuangkan hak yang tak pernah disuarakan. Harapnya, akan ada hasil yang ,membanggakan! Insyaallah! Menjengah hari-hari dipenghujung semester ni plak, hati aku ni makin melonjak untuk kembali ke Labuan sehingga ke Aidilfitri nanti. Aku rindukan untuk berbuka puasa dan berhari raya bersama mereka yang aku sayangi. Dikelilingi oleh mereka yang bangga akan aku, bangga akan pencapaian aku (setakat ni) meskipun aku masih belum mencapai tahap kepuasan diri seperti mana yang pernah aku mimpikan! Ok, time is up! Masa untuk menjengah perkara lain plak!

Wednesday, July 22, 2009

Sajak: Di Penghujung Rejab

damai alam meraikan

rahmat di penghujung Rejab.

tenang, sayu ada terasa

masihkah kita punya masa untuk merasa

selepas beberapa detik cuma?

Rejab di penghujung ini

menggamit Syaaban yang penuh rahsia berkat

kasih Ilahi kepada makhlukNYA

Tuhan,

masihkan ada waktu untuk aku kutip

sisa-sisa keberkatan yang selama ini aku siakan?!

Kaki punya bicara:

Rejab aku tinggalkan

Syaaban&Ramadhan aku nantikan

Sunday, July 19, 2009

Masak-Memasak Di Twintech KB

Salam Semua.
Hari-hari yang sibuk. So, tak banyak masa mahu menulis disini. Ada perancangan yang dibatalkan atas sebab tertentu, namun masih ada perancangan bakal terlaksana dalam masa terdekat. Insyallah... Hari yang penat hari ni. heh! Masa ni aku isi untuk update blog yang hampir-hampir bersawang ni. hahahaha! the story is about Pertandingan Memasak Anjuran Event Management Student. Huh, first time aku join aktiviti macam ni kat kolej. Matlamat aku just for support our program, so aku memang tak menang ape-ape. hahahahaha! just, dapat saguhati. Tu pun, jadik gak kan? W Perasmian majlis ni dilakukan oleh Encik Ashaari Mohd. Salleh COO Twintech KB. While, the winners is Pn. Ain and Pn. Ila!!!! Kedua-duanya lecture faculty aku. hahaahah! Tahniah! ;p Orait, check the pictures!
Ucapan Pengerusi Majlis.
Bacaan Doa(Gantikan Zahid) heheeheehe... My Team. Orang Kampung Sebelah. Team Penganjur. Barisan Juri( Sorang je professional!) Barisan Pemenang( Muka-muka Bangga!) Muka-Muka Kaki Posing! Gua pon dapat hadiah la!
Hari yang menyeronokkan, meskipun dihambat kesibukan untuk program di Bachok Jumaat ini. Insyaallah, segalanya akan selesai sebelum revision week bulan depan. Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan( jangan bangga sangat...hahahhaaha) Kepada yang tak menang, mungkin kita belum jadi juara, tunggu semester depan plak! Hah! Wassalam.
kaki punya bicara: sesekali menganggotai aktiviti ada cerita ada kenangan yang menjadi milik semua!

Monday, July 13, 2009

S.E.P.I.

S: sepi itu indah

E: enigma sebuah kehidupan

P: pada mereka yang keseorangan

I: ingatan dan memori menggamit kenangan

S: sesuatu yang biasa dialami

E: enteng kalau selalu bersama

P: padah diterima jika terlalu gembira

I: ilusi mimpi menjadi realiti

=S.E.P.I.

Aku amat suka pada S.E.P.I.

Waktu untuk berfikir…

Masa untuk muhasabah…

Merancang dan meneliti hidup…

Menilai dan menghakimi diri…

Kaki punya bicara:

Jauh dari kesibukan, itu S.E.P.I.

Berada ditengah hutan, itu S.E.P.I.

Duduk keseorangan, itu S.E.P.I.

Friday, July 10, 2009

EKSPERIMEN: SIRNA CAHAYA ITU

Pada cahaya yang sirna

Disinilah, pembalasan bagi setiap perbuatan dunia.

Dalam sendu, masih ada harapan

Keluar dalam sirna cahaya.

Nun diluar sana, kehidupan begitu menyenangkan.

Masih ada harapan,

Masih ada jua balasan.

Mengharap yang terbaik dari setiap penghakiman.

Bukan ini pinta ku

Jalanan hidup yang penuh cerita hitam

Bukan ini mahu ku

Dicalit kenangan yang memilukan.

Aku masih mahu teruskan hidup

Dengan gembira, bukan jadi buruan dosa.

Sirna cahaya itu,

Menyambar kepada keinsafan.

Manusia tiada kekuatan.

Tuhan empunya segala.

Disebalik sirna cahaya

Aku memandang penuh harapan

Meskipun mengenggam segala hukuman

Yang mengheret kegembiraan

Sirna cahaya itu, seakan berbisik pada ku:

“Biar jadi pengalaman!”

“Biar jadi pengajaran!”

Sajak Untuk Sahabat: “SIRNA CAHAYA ITU”

10 Julai 2009.

Sajak ini aku dedikasikan khas buat seorang sahabat. Baru terasa sesal andai dibalas hukuman. Penghargaan untuk sahabat, sebagai mentor, sebagai panduan. Bukan niat mengecilkan, atau menjatuhkan maruahnya. Ini realiti, sesekali didatangi ujian baru kita sedar siapa, makna sebuah kehidupan. Untuk apa hidup…

Perjuangan dalam makna hidup sebenarnya. Dalam erti, penghayatan seorang hamba. Masa yang ada tidak boleh ditebus kembali. Perjuangan hari ini, adalah menentukan yang esok adalah yang terbaik. Buku kehidupan tidak menentu. Ada gelap, ada terang, ada turun ada naik.

Hidup, perlu ada keputusan dan pendirian. Menentukan yang matlamat terbaik harus dicapai. Begitupun, kita perlu ingat; tidak selamanya kejayaan, dan kemenangan harus dimiliki sentiasa. Ada masa, kegagalan akan mengejar. Di situlah kita belajar. Itulah, namanya pengalaman.

Meskipun, pernah hidup disebalik sirna cahaya dunia gelap, gerak langkah berhijrah keluar dari sirna cahaya itu harus dimulakan. Inilah, bulan rahmat untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Masih belum terlambat untuk memulakannya kembali. Setiap apa yang berlaku, detik itu kita jadikan pengajaran.

Hidup takkan pernah sepi dari ujian… pada itulah, keyakinan dan sifat mahmudah perlu kita semai. Bukan beriman namanya selagi tidak diuji dengan ujian. Itu janji ALLAH.

Untuk sahabat itu,

Yakin, tawakal dan usaha. Penyesalan itu satu bonus di bulan rahmat. Berdoa adalah senjata orang mukmin. Berdoa dan usaha… aku akan sentiasa berdoa untuk kemenangan kalian. Insyaallah….