Friday, October 29, 2010

Puaka Politik Malaysia


Lama aku terdiam.
Melihat kepada kerakusan yang menjadi puaka berpuluh tahun lamanya.
Mungkin sama seperti usianya. Mungkin lebih lama dari kewujudannya.

Terpegun.
Apakah ini yang kami warisi; kerakusan dan ketamakkan.
Puaka politik ini entah bilakah akan terhapus.
“Ibarat menarik rambut di dalam tepung”- rambut tak putus, tepung tak berterabur.
Itu sebahagian hasrat perjuangan sebilangan mereka.

Kerakusan dan ketamakkan ini mungkin jadi warisan.
Menjadi puaka yang menghantui anak muda kini.
Berteraburan liur puaka, menaikkan orang tertentu.
Tidak salah, kalau kena caranya.

Entah di mana silapnya, ada yang menjadi kambing hitam.
Dijatuhkan tanpa musabab yang nyata. Kasihan, politik sebegini.

Sepi, dalam hujan hati tertanya
“sampai bila puaka ini berterusan? atau, waris baru menjadi penerus puaka politik yang sebegini?”

Saturday, October 23, 2010

Sekitar Persidangan Agung UMNO


terpana seketika mendengar ucapan PM Datuk Seri Najib tentang Melayu. Katanya tidak ada kelemahan Melayu kerana melayu itu gagah, terbilang=Melayu Glokal. Satu perkara yg tidak disebut beliau ialah kelemahan org Melayu yg paling ketara= MELAYU MUDAH LUPA.

p/s:
sebab telupa kot, PM tersasul tidak menyebut kelemahan org melayu. XD

Friday, October 22, 2010

Puisi Untuk Kamu

Dan, bila esok mentari yang hadir
Aku harap kamu juga tersenyum
Supaya tidak lagi kesedihan, kesunyian.
Ku ingin lihat senyuman kamu seperti mentari ini.


Aku tidak mampu mencipta puisi cinta untuk kamu.
Tidak juga kekayaan.
Tidak semua itu.


Sehebat mana sayang ini, aku tidak mahu ekspresikannya.
Kerana kasih-sayang kamu lagi hebat dari aku.
Sanggup terjun ke derita ini. Rela bersama aku dalam duka ini.
Terima kasih sayang. Kamu kebahagiaan aku.


Tidak lagi ku mahu ungkit cerita cinta lalu.
Biarlah semuanya padam. Biar jadi lipatan untuk panduan.


Mentari ceria hari ini, sayang.
Tidak mendung. Aku harap begitu hati kamu. hari ini, esok, dan untuk hari kita.
Terima kasih kerana kamu sudi bersama aku.


p/s:

cinta terlalu liberal untuk tatapan secara kasar. ia halus, cuma terlintas dalam perasaan bernama rindu. pengorbanan dan kesudian bersama bukan bermakna kamu bercinta tetapi disayangi.

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011: Ibu Mengandung Pun Suka....


Bajet 2011: ibu-ibu yg bersalin di beri cuti 90 hari. Happy ye puan-puan yang bakal begelar ibu? hehehe...tapi, kan best kalau bapak-bapak pun d beri cuti panjang bila isteri bersalin.cuti seminggu untuk para suami yang ada skrg ni,macam tak adil sebab ada isteri yang cakap, "pena-penat2 kte bersalin,abg cuti seminggu je?!"dah meroyan plak si isteri.ha,sape nk jwb tu?!heish...!

Friday, October 15, 2010

Satu Petang: Terinspirasi Kerana Persahabatan.

Satu petang(kelmarin), setelah berjanji dengan seorang sahabat lama yang datang berkunjung ke Labuan atas urusan perniagaan. Aku tersenyum melihat kejayaan sahabat lama ni. Sekurang-kurang, dia tak lupakan aku. Thanks kawan.
"aku ada baca blog ko..." kata sahabat tadi, Imran. Umur 23, sudah beristeri dan punya seorang hero.
"so?"
"guess what, aku hampir suka kepada terinspirasi kerana kenangan."
aku cuma kata. "argghhh, kenangan.ape la sangat kalau nak banding hidup aku sekarang." sinis.
"ko masih hidup kan?"
kat situ aku da takde ayat. member sorang ni, kalau baham ayat memang best. sebab, ilmu kehidupannya. pemahamannya terhadap masalah. dia seorang teliti.
"erk, ada plak masa ko belek blog aku" kat situ aku pusing ayat plak.
"hahaha! ko masih masa dulu. sinis, tapi pandai main ayat politik."
"hahahaa! aku tetap aku, bro. tak macam ko. mantap, ada kedudukan."
"tu, cuma cebisan hidup..."

ya, cebisan hidup. apa guna status kalau sombong sesama manusia kan? kita hidup untuk bersahabat dan kenal erti persahabatan.aku suka sahabat ni sebab tak penah buang masa depan Fbook. cuma kenal siapa sahabatnya, dan bentuk-bentuk penulisan yang menginspirasikan kejayaan beliau.
yes, imran you are best friend.
sahabat ni, takde diploma jauh sekali sijil pengajian tinggi. yang ada cuma SPM. beliau kenal perniagaan, sebab suka cabaran. cabaran tu, macam-macam katanya. di tipu, contohnya. benda baik tak datang bergolek tu, aku kutip ayat beliau. ayat tu aku da gunapakai since aku kenal beliau ni

Monday, October 11, 2010

Terinspirasi Kerana Kenangan.

Masa senggang tadi, aku kembali ke habit lama; usha-usha balik blog-blog pujaan hati (ayat tak bley blah!). Blog Realiti Konspirasi menginspirasikan aku untuk mengenang kembali zaman-zaman waktu kecil, zaman berseluar biru/hijau, bawak fail kepit zaman IPT. Zaman bercinta dengan dara-dara pujaan (macam banyak?) buat aku tersenyum.

Kat bawah ni, aku senaraikan antara memori paling manis, seronok yang aku rasakan masa kecil, zaman berseluar biru/hijau, zaman-zaman retro dulu.

Zaman Kecil.

Masa kecik, tak tau nak explain aku ni macamana. Baik kot? Hehehe… membesar di bandar dan kampung dan kawasan ketenteraan, sedikit sebanyak merangsang aku nak jadik segak, macam officer yang aku nampak kat kawasan sekitar. (cita-cita tak kesampaian!).

Gua jenis pendiam. Tak banyak cengkadak macam kembar gua ni. Mana yang kena bagi, apa benda sekalipun gua terima dengan redha. Bersyukur la kan? Pendek kata, gua memang orang yang simple (sekarang banyak songeh!). Tak banyak songeh, rasanya berbaloi la puan chenta dapat gua.

Time kecik-kecik dulu, gua ingat lagi around 5 years old camtu, gua da usha anak jiran (namanya dilupakan) kat J.B. (wah, kecik lagi da gatal kan?) Tu zaman dulu la, sekarang gua bersyukur dapat puan chenta yang memahami. XD

Masa membesar kat Negeri Sembilan dulu,(abah den orang Rombau) gua sangat suka lompat keluar ikut tingkap. Padahal, pintu rumah terbuka besar gatal jugak nak lompat tingkap! Dapat jugak la hadiah sedas-dua dari mak tersayang. Hehehe…. Waktu tu, Wan paling sayang kat aku. Apehal sekalipun, aku dulu. Rashid first! Macam raja wacakap lu! Sebab tu, Pak Ngah Udin sayang nak lepas aku balik Labuan. Tu cerita zaman waktu aku jadi orang yang disayang. Macam kata Pak Ngah kat aku, “dik, macamano ekau beso pun; Pak Ngah tak lokek bagi ekau kasih-sayang”. Tak pun, macamni; “da balik tu, ekau jangan lupa singgah kek sini. Ekau tu bukan orang lain pun…” Ayat macam tu buat aku dihargai. Kalau Pak Ngah baca blog ni, terima kasih banyak atas kasih-sayang tu. Achid, (nama manja gua ok?!) tak lupa asal-usul. Ceh, tangkap syahdu pulak… p/s: da melalut….

Ok, time kecik gua suka memancing. Standard budak kampung katakan. Beli tali pancing, tak payah susah-susah beli fishing root harga beratus tu. Cari batang kayu, tak pun pakai tin coke je. jimat and survive. Ceruk mana kat Labuan ni, gua tak usha? Suma dah usha. Ikan haruan(orang Labuan panggil ikan dalak) besar-besar biasanya kat area Empangan Merinding-Layangan tu. Yang ni, gua mengaku masuk ikut suka. Hehehe….

Dulu, masa KML tu belum wujud ada satu rumah banglo dengan tasik kat depan rumah. Kat situ memang private property katanya. Pun, gua ceroboh jugak. Sapa suruh takdak pagar kan? Kalau tuan rumah ada, dan-dan gua kena sedas tembakan senapang patah. Heh! Rakyat biasa memancing, mesti la bawak rombongan kan? Rombongan ni tak la sampai macam rombongan cik kiah tu. Agak-agak cukup korum, pegi la mancing.

Zaman Seluar Biru/Hijau.

Masa berseluar biru, paling gua ingat tahun kebelakangan 90-an. Fenomena La Nina @ El Nino (kalau tak silap!), kes pecat Anwar Berahim, economy down (masa tu nama femes disebut of course Daim Zainuddin ngan Mahathir!), kemarau panjang, kebakaran dll. Sumpah, gua pun penah buat panggilan palsu (enchik bomba, tolong jangan marah gua!). Kat depan SKLT dulu, ada 2 batang pondok telefon. Ye ar, call 994 tu kan free? So, kitorang pun lantak call encik bomba; konon-konon ada kebakaran. Buat suara, ala-ala cemas. Hahaaha! Amek ko, kena maki ngan enchik bomba. Tak cukup call sekali, call sampai pecah perut ketawa.

Tu la paling jahat aku condemn penjawat awam. Sekarang ni, teknologi da canggih gua tak buat lagi. Mampus kena penjara tak pasal! Hehehe….

Masa kat sekolah rendah dulu, gua cukup rapat ngan Izam (sekarang da arwah., Al-Fatihah untuk sahabat ni). Macam-macam cerita. Dulu, gua ada ustaz dari Kelantan. Suka tumbuk student, sumpah gua tak tipu! Agak-agak sekarang ni dia buat lagi, confirm kena saman bapak budak! Nama beliau Ustaz Sh***i (sampai mati aku ingat nama beliau!). Aku penah kena luku dahi, sebab main-main dalam kelas. (time tu, gua da bukan good boy ok?) Suma gara-gara arwah ni buat lawak lukis muka ustaz macam raksasa yang lawan otromen. Hahaha! Sapa tak gelak kan?

Paling best kan SKLT tu, gua usha sorang awek Perak. Cantik siot…! Namanya, H*****h Azlan.(eja dengan kasih sayang ni!) Sayang, cinta gua dipandang sepi. Mungkin masa tu, gua belum mantap lagi kot. Tak macho lagi. Hahaha!

Next stage, kat SEMELA. Form 1, gua da main terbang-terbang dari tingkap belakang class. Gua ngan member-member siap gulung kain wat macam filem Rambo tu. Agak-agak bley buat luncur turun. Hahaha! Siot punya imaginasi. Kantoi ngan Cikgu Rayini,(beliau Penyelia Petang) gara-gara mamat bernama Rosmin Rosli(nama sebenar). Dan-dan kantoi tu, bley call nama aku, “ha, cigu rayini sudah nampak. baik ko keluar.” Padahal, masa tu gua da lompat turun ikut gulungan kain (betul-betul pengaruh filem omputih hero tu!) Masa tu, feeling da macam Shah Rukh Khan larikan diri dari kena bomb ngan penjahat! Siyal punya feeling… hahaha! Next 2003, tingkap-tingkap class da dipasang jeriji; supaya takda lagi scene-scene yang macam aku penah buat. Kira aku ni hero gak la… hahaha!

Tu zaman-zaman lower form. Time upper form (year 2005) lagi dasat. Huru-hara satu sekolah. Yang ni, gua bagitau sebab benda-benda ni da settle.(ye kot…) Ye la, kan da lama aku tinggal sekolah tu. Takkan cikgu-cikgu nak buat kira kan? Maafkan kami cikgu…. And, of course sebagai class leader aku sepatutnya dipersalahkan. Cikgu tak masuk, biar bebudak ni macam buat shooting filem kat luar class. Cehh, takkan aku nak train diorang ni macam platun kadet kot? Tak masuk akal… Yang nak tau cerita ni, bley la usha-usha entri-entri aku yang lama. Aku da letih menaip dan tergelak kesunyian. Sendiri.

Ya, sendiri. Umpamanya, hanya aku dan puan chenta. Melihat bayangan Luqmanul Hakim umpama melihat bayangan aku waktu kecil. Sekarang, aku sudah degil. Konon-konon, sudah tau mencorak hidup sendiri. Dewasa mengajar aku, mencorak hidup sendiri. Sebab, kita gembira untuk diri sendiri. Aku pon da letih buat orang lain ketawa, sedang jiwa aku lara.

Sekarang, aku focus membina kehidupan (praktikal tak abes lagi!). Kerana kedegilan ni la jugak, aku tercampak sendiri. Buat aku merajuk dengan orang lain. Kenangan waktu kecil, zaman retro berseluar biru/hijau, aku nilai figura kehidupan. Semuanya mencorak aku jadi manusia. Dan, bertungkus-lumus mengejar kemajuan diri. Ya, kemajuan. Sekarang ni bebudak da tak kesah bola kotak, memancing nak guna fishing root canggih-canggih, da tak nak bergelumang ngan tanah (kotor dan jijik katanya!). Sedang, orang tua kita (termasuk aku!) jadi dewasa kerana kesukaran dan kedegilan kami menongkah hidup. Da banyak kehidupan dulu mengekang kami sebagai dewasa untuk lakukannya. Contohnya, memancing di parit-parit. Agak-agak cacing pon da keding-keding sekarang ni. Hahaha!

Zaman-zaman retro ni, kalau diingat balik memang best. Zaman-zaman dimanjakan. Aku suka bila mama gosok-gosok rambut aku. Sekarang ni, da takde. Aku da dijauhkan dari diorang. Tapi, takpe aku percaya air dicincang takkan putus. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi ngan saudara sekandung. Kan, kan? (oh, aku cuba menceriakan diri sendiri!)

Untuk blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi, thanks sebab entri-entri beliau, banyak menginspirasikan aku untuk meneruskan hidup dan mengenang kembali kenangan waktu kecil aku. Dan, ya untuk kehidupan ini moga tidak sukar untuk hari-hari mendatang! Terima kasih waktu kecil yang mendewasakan aku!

Zaman Retro gua!

Friday, October 8, 2010

Penghijrahan Baru.

Pesan orang tua-tua, “kami sediakan kamu tempat belajar, supaya kamu berilmu; supaya kamu dihormati. Supaya kamu mendapat tempat di kalangan masyarakat yang kian lupa hakikat dan sukakan kekejaman. Dalam masa yang sama, kamu akan belajar perjalanan hidup. berhempas-pulas demi sebuah kehidupan. Di mana, kamu berusaha menyenangkan golongan atasan. Padahal yang dikerjakan hanya untuk sesuap nasi, dan mengenyangkan perut sendiri.”

Kita sudah lupa hakikat kan? Ceritanya senang. Dengan ilmu, yang ada manusia semakin sombong, hanya tunduk pada dunia. Pada kuasa. Lalu, tanpa sedar; kita sudah membunuh kemanusiaan secara ilmiah. Ya, ilmiah! Cuma, sedikit sahaja kita peduli pada golongan bawahan sekadar untuk populariti. Dan, seperti entri terdahulu; aku terdesak dalam mengejar cita-cita. Memilih samada kemanusiaan yang aku suka atau menjadi robot yang diprogram untuk mengenepikan hakikat keTuhanan.

Kita cuma mampu menjadi pemerhati setiap kebaikan tanpa mahu meniru seperti yang dilakukan(kebaikan). Aku sudah gagal menjadi seorang yang bermotivasi. Cuma pasif. Menurut, seperti yang diperintahkan. Nilai-nilai kemanusiaan sudah menjadi sampingan bukan lagi keutamaan.

Hari-hari terus berlalu. Aku lalui, aku rasakan tanpa sebarang kemajuan. Dan, menukar persepsi aku terhadap kehidupan. Jauh lagi perjalanan. Terpaksa bersaing antara kerakusan, kemajuan, ranjau duri, dan berbagai. Lagi, kemanusiaan aku hilang. Turut sibuk dalam persaingan ilmiah. Supaya sebaris dengan professional lain. Bangga dipanggil dengan jawatan, YBhg; Datuk Y.Berhormat; Yang Dihormati.

Ya, perjalanan ini masih perlu diteruskan. Supaya dengan ilmiah, aku dihormati. Supaya dilihat seiring dengan kemodenan, zaman IT, zaman WiFi, berFaceBook. Dan, secara ilmiah aku sudah membunuh kemanusian!

~aku akan delete Fbook profile, dan akan terus hidup bersama blog ini. Oh, ya blog ini sudah bertukar nama, demi penghijrahan hidup baru.!~

Monday, October 4, 2010

Umpama Meludah Ke Langit, Terkena Kahak Sendiri!

wondering: "apakah kelulusan yg bakal aku miliki akan menjadikan aku seorg bapa ayam? atau, paling tidak seorang kaki botol/kaki judi. dunia perhotelan ni penuh cerita dunia. semakin hari, kau akan jumpa manusia yang gilakan kuasa dan menghilangkan kemanusiaan" ~mengeluh hari-hari tiada guna!~