Thursday, January 27, 2011

puisi ini terlalu jujur untuk kamu


seharian menjerit mengucap cinta.
berkali-kali.
dia tak nak, tak percaya.
diri teroleng-oleng, kalam penyudah “I love you” masih gagal terucap.
hohoho!
puisi ini terlalu cibai untuknya.
hatinya belum bersedia untuk menghadap kesetiaan. mungkin.
bimbang diromen sebelum pernikahan. mungkin.
terlalu mendengar stigma media massa. mungkin.
kemungkinan yang gampang!


seharian, nanar lagi.
kucing beranak pun tak macamni!
aku membina frasa sendiri. frasa cinta.
apa barang tiru orang lain!cipta sejarah cinta sendiri.
puisi ini terlalu jujur untuk kamu.
segagah-gagah lelaki, hatinya kelu untuk ucap “I love you”; percayalah!


sudah tercipta. sudah tertulis puisi ini MILIK KAMU sepenuhnya.
Thanks ALLAH beri aku untuk mencintai.


p/s:
puisi ini aku tulis untuk KAMU. kamu la, bukan kau!

Saturday, January 22, 2011

seorang budak dan seorang aku.


Tahun 2010. 

Aku buat program disebuah sekolah Malaysia. Kumpulan sasaran adalah pelajar Menengah Rendah. Aku terlibat sebagai Ketua Fasilitator. Ya, fasilitator. Bertujuan memberi motivasi kepada adik-adik menengah rendah, ajar mereka bahawa hidup adalah perjuangan. Sebelum korbankan sesuatu, mereka harus berjuang. Dan, sudah semestinya kami seramai 5 orang ini adalah penggerak pemikiran mereka yang masih tepu.

Seorang budak Form 1 tu, namanya Amir. Tekun mendengar setiap apa yang aku simpulkan. Ketawa besar bila ada sesuatu yang lucu. Slot aku tamat dengan kerjasama bebudak tu. Alahai, apa la sangat bebudak menengah rendah kan? Diorang masih menelan satu-satu apa yang ko bagi. Kalau 1+1=2. Tak argue apa-apa dah! hohoho!

Budak Amir ni datang kat aku bila sesi makan-makan. biasa la, fasilitator pujaan! Dengan confident, "saya nak jadi macam abang. abang ada karisma!" Tersenyum simpul. Bangga jugak bila seorang remaja awal nak jadi macam aku.

Januari 2011.

Semalam baru aku teringat kisah ni. Erm, budak tu tak tahu dunia ni penuh dengan cabaran setiap 1 yang dicampur 1; tak semestinya jadi 2. Mungkin 3, mungkin 4; munkin 1 000 000! Dan, budak tu tak tau da berapa juta kali aku gagal dalam hidup!

Gagal exam, gagal tepati janji, gagal nak masuk military! Dah macam-macam kegagalan la! Mungkin bila aku cerita pasal kegagalan tu, budak tu dah tak nak jadik macam aku kot? hohoho!

Erm, seribu cerita macam ni jugak la yang memotivasikan aku untuk terus kejar hidup. Sampai berciciran segala azam! Gagal tak bererti perlu give up kan? 

Ok, tanamkan azam anda untuk terus kejar impian! 


p/s:
seorang budak dan seorang aku, aku pun pernah jadi budak. 

Thursday, January 20, 2011

sepak terajangkan rindu.

"women are meant to be loved, not to be understood"


ingat senang ke hati bila kerinduan?
sepak terajang dunia. eh, tidak ini percintaan!
ha, nak bersetia? 
setia tetap setia.
cuma perlu kekal satu. SATU!


sepak terajangkan rindu.
tolak tepi. apa benda sangat rindu ni?
cinta? gundah? gulana? hilang?
serba tak sempurna.

aku nak sangat hidup aman.
dengan dia. dengan cinta.
tapi sekarang di kejauhan.
nanar mencari kesayangan. gila babi punya perasaan!

sepak terajangkan rindu.
sepak jauh-jauh kalau boleh!
mana senang nak kerja kalau hati tidak terisi.
mana senang nak bergembira kalau momen dalam hati.
aku mahu berasmara. mahu rasa apa itu cinta.
mahu lihat lagi dalam perjalanan kami.

cinta perlukan pengorbanan, kata sorang kawan.
aku jadi korban?
kau jadi korban? useless!

huh, sakitnya bila kita rindu someone yang takde depan mata kan?


20 Januari 2011.
Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wednesday, January 19, 2011

climax ejakulasi rindu.

mana kau?
seharian, semalaman aku sendiri.
sudah kering ayat kerinduan.
sudah mati lembapan percintaan.

aku mahu kau.
peduli apa durjana jalang ditepian.
peduli apa sama perempuan-perempuan Facebook.
apa ada pada mereka?
paling tidak mampu mereka pecahkan climax ejakulasi rindu ini.

mana kau?
lagi.
aku berejakulasi sendiri. climax? nah, pandai-pandai kau la!

kehilangan, kekeringan, kerinduan.
tinggal sendiri.
cuma kau mampu pecahkan climax ejakulasi rindu aku.

please, jangan pergi jauh.
please, jangan kau terasa hati bila aku busy.
please, please... I love you!


p/s:
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan?

Monday, January 17, 2011

take it or leave it?




ya, allah murahnya rezeki yg kau berikan pada ku...

p/s:
dlm kemurahan tuhan, aku sekecil hamba masih terkapai-kapai mencari jawapan!

Saturday, January 15, 2011

sinonimnya amukan kerinduan.


mana, mana kau?
di sini sendiri aku, sepi tanpa kamu.
hati mudah hangat. baran ku datang kembali.

mudah benar terasa sendiri.
ah, kawan-kawan tidak sama macam kamu.
kamu pelengkap.
kamu penghibur.
kamu peneman.
kamu segala-gala, dunia akhirat aku.

di depan ku, belakang, hati. semua-semua bayangan kamu.
please, ubatkan aku.

lemah, longlai.
penat melayan amukan ini.
sendiri, sepi.
please, aku rindu kamu.


p/s:
amukan kerinduan.

Wednesday, January 12, 2011

ghairah sang remaja


comolot, nikmat.
dalam samar, beromen bersama kekasih.
sedap, katanya.

"mari kita cuba sayang" kata sang buaya.
sedang zakarnya sudah kegatalan.
sedap, nikmat bersatu ghairah nafsu setan.
si perawan sudah tenggelam.

dosa? tolak tepi.
apa susah, usia masih muda.
layan dulu nikmat ghairah.
setan maharaja nafsu.

9 bulan.
sudah bercambah. bibit lahir dari nafsu.
NAFSU, bukan kerana sunnah Allah!
kesian anak kecil itu.
lahirnya dicampak ketepian jalan, di pembuangan najis!
"macam celaka!" bisik hati kemanusiaan.

indicator alam moden = PEMBUANGAN.
hatta 'air' juga perlu dibuang demi meredakan ketegangan!

oh, tolong kembalikan kemanusiaan!


p/s:
hari-hari aku tatap berita 'bayi dijumpai'. bukan hilang, tapi DIBUANG!

Monday, January 10, 2011

Just a Flash Back!

Entah kenapa lately aku selalu ingat masa lalu. Just a flash back okey? Bukan cerita sedih tapi pasal ambition aku masa kecik lalu.

Tidak pernah tercatat dalam borang peribadi aku dari sekolah rendah ke sekolah menengah untuk menjadi HOTELIER. Ini aku sedari bila aku belek-belek fail-fail penting untuk pelacuran hidup aku. Apa yang tertulis cuma MILITARY OFFICER, POLICE OFFICER. Paling tak bley blah, PERDANA MENTERI. ha, lanyak je mana-mana kerja yang terlintas dalam pemikiran tumpul aku waktu tu.

But, setelah sampai kaki ke sekolah menengah aku still tulis PERDANA MENTERI sebagai aku punya cita-cita. Aku terperasan pandangan pelik guru kelas aku time tu. Dengan performance tak sebrapa blah; senang hati gua jawab nak jadi PM. hahaha! *p/s: cikgu-cikgu ku, please restui anak murid yang pelik ni! And, of course aku suka bab bercakap dan bertanya soalan paling gampang, complicated untuk dijawab semasa sesi pembentangan sesama rakan sekelas. *p/s: mastini, please forgive me. sebab aku selalu bagi kamu soalan-soalan maut! Kegilaan dalam berucap/bercerita/menghabiskan masa aku memang hero! Tak caya? Tanya bebudak Batch 2002-2006! Dan, sampai sekarang aku tak bley lupa kata-kata/pandangan pelik yang menghiasi wajah comel/cantik guru-guru kelas aku! Eksperasi wajah itu banyak mendorong aku sampai sekarang. Alhamdullillah, thank you Allah.

Now, aku seorang hospitality industry player. See? Jauh panggang dari api dengan apa yang aku cita-citakan dulu. Apa yang aku tahu sekarang, aku perhatikan lanskap politik dari kacamata aku sendiri, neutral. Pandangan, kajian dan pemerhatian.Cita-cita mahu jadi PERDANA MENTERI? Mahu terlibat dalam political world pun aku pikir 300 kali. hahaha! Kalau kalah/digugurkan sakit bai!

Okey, amenda dah aku bebel ni.



p/s:
jangan jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA melalui jalan belakang, itu satu revolusi yang tidak sihat!

Friday, January 7, 2011

ada apa pada kenangan?

seperti malam, dingin
masih terbayang manis senyum bersama sahabat yang sudah pincang.

seperti ketawa mu, aggresif
menarik perhatian rakan setaulan.
"siapa tidak kenal pada style ketawa mu?"
huahuahua!

itu sahabat 1.

dulu kita bukan sahabat rapat.
sekadar bercerita menghabis masa persekolahan.
tidak pernah bercerita tentang future, planning. TIDAK!
tapi aku pernah ketuai kalian.
tidak sukar membaca sifir hidup.
siapa enjoy, ada kelebihan.
teman baik buku, juga punyai keistimewaan.

aku tidak pernah kenal apa aktiviti malam kamu.
ya, mungkin pemikiran kita tidak sehaluan.

penghujung 2010,
nama mu timbul lagi.
nah, tiada kata apa lagi harus terucap.
terima kenyataan saja lah!
cerita sini, sana
bongkar, bongkar!
pincang hidup kamu sahabat.

kasihan.
kasihan.
kasihan.


*keabadian buat teman-teman yang hidup 'terpincang', tidak pernah mengisi hidup dengan kemanusiaan.

Wednesday, January 5, 2011

aku mahu melacur II


sepi.
dunia di luar nampak hebat. 
sibuk dengan materialistik penghias dunia.

riuh.
tahun baru 2011.
aku tidak nampak signifikasi meriahnya dari lubuk hati.
"ada apa tahun baru" bilang si kecil.

aku mahu melacur.
kalau harus kemanusiaan ni aku lepaskan. dan, ya! aku lepaskan!
aku mahu mengganas haloba.
aku mahu kuasa.
revolusi minda, revolusi kuasa!

aku sudah lihat pelacur di merata-rata.
aku lihat tikus-tikus berpolitik di sini-sana.
aku tahu mana punca kuasa.

aku mahu melacur.
mulia aku lepaskan. kejahatan ingin aku genggam.
biar nampak gelap wajah!
biar nampak aku rakus!
biar megah jalanan hidupku!


aku mahu melacur, cuma mentera.
seperti nya partriot muda menentang kezaliman.
'paradigm shift' katanya.


Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

selamat tinggal kebaikan!
selamat jalan kemuliaan!

Tuesday, January 4, 2011

Entri 1 Dua Ribu Sebelas.

hah, amek!

2011, eak? hahaha! Suka korang eak... Ok, start story.

2011, aku start dengan happening. Tak tau nak explain camana ntah. In the end of 2010, aku tulis kat Fbook aku:

malam ni malam sambutan tahun baru. confirm, ramai kantoi beromen malam ni!

p/s:
next 9months, bertambah la rakyat malaysia yg didaftar di tong-tong sampah, tandas-tandas awam, tepi-tepi jalan. amacam? modenisasi katakan... XD


Suma tu normal la kan? Normal, katanya! hah! Tu budaya kat Malaysia ni. Kalau tak New Year, Malam Ambang Merdeka, paling romantik (???) hari kekasih 14 Febuari. Cinta sejatilah kononnya! Tu status ambang 2011.

Dua Ribu Sebelas.

Tak heran dah! Tajuk berita: "Sekumpulan remaja termasuk sepasang warga emas diberkas dipercayai berkhalwat".
Berkhalwat da macam satu budaya biasa. Macam ibadat wajib yang perlu kau buat ke? Nak meriah pun agak-agak la kan? Ini tak, da la kena tangkap check umor plak; pergh!!! Kategori senja la kak! Haru tak haru? Tu bab khalwat.

Bab sekolah plak. Cikgu-cikgu terima kasih sebab mendidik penuh dedikasi. Aku sayang suma cikgu aku tau! hah! Sikit punya semangat hari pertama sekolah eak? Motivasi awal tahun je tu....(paham sendirik la! aku malas nak bagi moral korang down!) Hari pertama sekolah, soalan wajib cikgu; "apa azam tahun baru korang?" Kalau nak cikgu-cikgu bagi perhatian kat korang bagi la jawapan mantap sikit. Ni tak dari kecik ke besar jawapan skema kering la gua cakap! Contoh jawapan mantap, "nak jadi kasanova berjaya, nak jadi macam faizal hussein dalam GGR, dll". Tu contoh jawapan mantap. Cuba tiru cara ni. heh!

Ok, ada paham apa yang aku nak sampaikan? Moral of the story, macamana happening pon kita celebrate new year jangan la sampai kita tolak aspek ketuhanan ye dak?!



p/s:
31.12.2010 bersamaan hari Jumaat. Khutbah Jumaat menyebut, "kita perlu tolak semua anasir-anasir serangan idealogi." erk, 2011 Tahun Masihi kan? bukan serangan idealogi ke tu?