Sunday, November 30, 2008

Cerita Tentang AKU dan....

TENTANG AKU... Pernah aku terfikir untuk pergi meninggalkan semua yang aku sukai, jauh dari diri aku sebenar. Matlamat aku, menjadikan semua angan menjadi realiti. Alhamdulillah, separuh daripadanya telah aku capai. Sedikit sebanyak, ia jadi pemangkin kecemerlangan diri. Sepanjang kembara aku, ini bukan kali pertama aku rasa perlu tinggalkn sesuatu demi sesuatu yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya. Kenapa hidup ni, perlu banyak percaturan??? Bukan mahu pertikaikan qada' dan qadar, namun adakalanya cabaran yang mendatang buat aku seperti patah semangat!!! Seringkali diungkapkan, cabaran mematangkan diri; tapi macamana??? Bukan semua orang mengalaminya.... Perjuangan mengejar cita-cita kala ini, mengungkapkan segala makna tentang hidup, diri, dan matlamat aku. Tinggalkan semua yang aku sukai???? Perlu ke??? Bermakna ke hidup aku selepas tu???? Mungkin, Aku perlu membisu dalam membicarakan tentang hidup... Tapi, sampai bila???? Aku sendiri mahukan sesuatu yang produktif, imaginatif yang kreatif untuk masa depan???? Mampu ke aku capai semua mimpi yang jadi impian hidup selama ini??? Telah lama aku tenggelam dalam beban yang aku tanggung!!! Come on, lets its free!!! Nanar pedih hidup ni, semuanya meninggalkan satu simbolik diri. Selama ni, ramai orang menganggap aku sebagai harapan!!! Meletakkan harapan mereka keatas bahuku, tanpa mahu memahami kesukaran yang aku hadapi. Come on, dont take me as a granted!!! Banyak isah yang jadi kenangan tanpa aku sedari... Tidak perlu diletakkan noktah ke atas hidup, kerana hidup belum tamat!!! Letakkan saja harapan, agar ia jadi kekuatan diri!! AKU & DIRIMU Catatan ni syahdu sikit... Perlu ke aku bercinta lagi??? Yang pasti my past experience teach e this; jangan bercinta kalau jiwa perlu kebal!!!! Aku bukan mat jiwang, tapi pengalaman lalu menjelaskan segalanya. Banyak orang menjadikan cinta sebahagian matlamat hidup mereka. Tapi, bukan aku!!! Penjelasan ini perlu bagi mengelakkan spekulasi yang aku dengar akhir-akhir ni dalam kalangan sahabat aku. Cukup sekadar mengatakan; cita-cita matlamat utama aku!!! FULL-STOP!!! AKU & PERPISAHAN PART II Ini adalah sedikit sambungan dari cerita tentang perpisahan yang pernah aku coretkan sebelum ini. 13 tahun lalu, aku kembali ke Labuan bersama my beloved mama membawa bersama kepedihan yang ditanggungnya!!! Kepedihan yang bukan calang-calang!!! Kepedihan yang buat aku berjanji, tidak lagi kembali kembali jb. Namun, qada' dan qadar membawa aku kembali ke tanah semenanjung ni. Membawa kembali harapan yang dulunya dimusnah oleh penderitaan mama. Ini bukan drama Melayu yang selalu ditonton. Inilah realiti yang ditanggung seorang seperti aku. Memang benar, realiti memedihkan, sedikit sebanyak membentuk diri agar cekal menghadapi segala rintangan. Bukan diri mahikan simpati... Harapnya, coretan ni buat anda semua lebih menhayati makna sebuah kehidupan berkeluarga yang sempurna..... AKU & SEKARANG Cabaran hidup masa lalu buat aku lebih menghargai kehidupan yang aku miliki sekarang. Dunia ini terlalu kecil untuk kita lari dari menghadapi realiti!!! Percayalah!!! Cabaran dan dugaan adalah sedikit dari rempah-ratus kehidupan yang manis untuk kita coretkan sepanjang perjalanan hidup... Sekarang, aku lebh banyak berkongsi, menasihati mereka yang mengalami situasi sama seperti aku. Harap mereka juga takkan pernah lari dari realiti. Hadapilah realiti, sesungguhnya realiti lebih manis pengalamannya dari hidup dipuji sentiasa!!

Friday, November 28, 2008

UPDATE : MINIT MESYUARAT BPN BIL 5/2008

Tarikh : 27 November 2008 Khamis malam Jumaat Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara Kehadiran : 31 online 1. PanglimaCyber 2. Cheguman 3. Che Moq 3. Ahlang 4. Fazrulls 5. Selendang_delima 6. Dr Novandri 7. Bro Jingga 9. Zealforce 10. Mizi24 11. Perjuang Bangsa 12. Abg Tuah 13.Warga Borneo 14. Apai_ngelai 15. Summadak 16. Taipingmali 17. Sang Tawal 18. Slumber 13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya.. BIL AGENDA TINDAKAN 1. Ucapan Speaker 1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan 1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri 1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui Semua Ahli 2. Perlantikan AJK 2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula .2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah: i. Penasihat – Dr Novandri ( belum rasmi masih menunggu jawapan ) ii. Speaker – Panglima Perang Cyber iii. Timbalan – Cheguman iv. Setiausaha 1 – Che Moq v. Setiausaha II – Selendang Delima vi. Biro Multimedia – Desprado vii. Biro Pemuda –Fazrulls viii. Kelab Senator – Zealforce ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( wakil Kelab UMNO Mesir ) x. Exco Negeri :- i. Perlis- ii. Kedah- iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa iv. Perak- Taiping Mali v. Selangor- Melayu Sepang vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo vii. Negeri Sembilan – viii. Melaka- ix. Johor- Jebat x. Pahang- xi. Terengganu- xii. Kelantan- xiii. Sabah- Sumandak xiv. Sarawak- Apai Ngelai 2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut. 2.3 Manakal jawatann yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang.. Semua Ahli 3. Membuat Peraturan Forum 3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli. 3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior. 3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku Setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker. 3.4 Cadangan 3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.Cadangan diterima. Semua Ahli 4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan 4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan 4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan. 4.3 Hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk membincangkan soal Organisasi BPN. 4.4 Semua Ahli bersetuju Semua Ahli 5. Logo 5.1 Membincangkan logo Forum BPN. 5.2 Cadangan Ahli:- i Logo yang ada dibuang Jata Negara ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan sedikit saiz logo tersebut iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi esok 28.11.2008 jika logo selesai diubah oleh beliau.. Semua Ahli 6. Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam Semua Ahli JIKA ADA TERTINGGAL ATAU KESALAHAN MINTA ISI RUANG KOMEN DI BAWAH. Disediakan oleh, Selendang Delima Setiausaha 2 Bloggers Pembela Negara

Wednesday, November 26, 2008

MeeT Me as SOD aT Twintech RestauranT!!!

The S.O.D My first day assigned to be Supervisor of The Day for restaurant operation, menggantikan Tajuddin yang baru kembali ke kolej. Memang pada mulanya, aku rasa agak tertekan untuk mengendalikan semua kerja hari ni. BAayangkan, kerja on the spot!!!??? Huh, ape la nasib kan??? Da memang tipikal keja aku mcm ni... Realiti hospitaliti 24hours operation!!! Alhamdulllilah, kerjasama daripada crew aku hari ni melancarkan semua kerja. Memang pada mulanya, keadaan begitu menyesakkan kepala aku, lebih-lebih lagi preparation yang belum perfect sepenuhnya. Menu card, Beverages, Skills of Taking Order, Intro to Food Menu semuanya perlu dipelajari dalam masa 2 jam. Briefing Session yang sepatutnya bermula 10 sharp, hanya dapat dilakukan selepas hampir 40 minit. Kena plak time tu ade yang tanye soalan bodoh; table setting started at 11.45 am. 15 minutes before restaurant opened to guest!!! Mau tak kusut time tuh!!! Hahahaha!!! Nasib baik, aku terikat dengan etika perhotelan; "we are actor and actress" kalau tak memang aku maki-hamun crew yang ada... Hehehehe... Mcm kat Pagayaman Pit Stop dulu... Sweet memories!!! Bukan senang sebenarnya dealing with guest because customer always right!!! Dalam situasi ni, dengan tunjuk ajar Serving Instructor, Mr Nik Salehuddin; semuanya berjalan lancar. Thank you cik!!! Biarpun, ada situasi yang hampir-hampir beliau mengamuk!!! Hahahaha... Rilek ar bro, gua pon macam tu gak... Hehehehe... Food presentation that created by Nadia(Chef of The Day) agak unik gak bagi aku. Especially, bile tengok food art created by them(Kitchen crew). Tak sangka, diorang begitu berbakat menghasilkan sesuatu yang kreatif hasil imaginatif yang cemerlang!!! congratulations to Kitchen crew especially The Instructor, Ms. Salimah yang begitu komited dengan tugas hari ini. Hehehe... For my crew, as I told you all before; in this industry we are practical people where dealing with practical problem!!! Means, setiap masalah baik melibatkan guest, partner mesti ada penyelesaiannya!!! Perancangan yang teliti, harus ada dimana must follow the sequence!!! Tak payah jadik skema, mikir dirik ar!!! Hahaha!! Komen ckit pasal korang: a) Udin a.k.a The Bar Tender Dengan gaya selamber ya-ya, ko rilek ngan keje wat air walaupun masa tu da menunjukkan pukul 12.06 minit!!! Good job, bro!!! Anyway, you should try the best perfomance to achieve satisfaction in your future job... mungkin hari ni, keje ko senang ckit, tapi tak tau next week???!!!! b) cHeker a.k.a The Waiter Aku tau ko pon agak ragu-ragu nak proceed as a waiter. Tapi, tak cube tak tau!!! Nampak kekok pada mulanya, tapi aku cuba berkongsi ilmu banquet yang pernah aku pelajari di Hyatt and Nikko Hotel. Hopefully, ape yang aku kongsi dapat ko aplikasikan sampai ko resign dalam industri ni!!!! Hahahha!!! Akhirnya, aku pon tau ape sebab yang buat ko agak kekok, ko tak isap rokok!!! Hahahaha!! Aku pon sangap time tu, dowh!!! Anyway, please keep your smile... Penat macamana pun, senyum satu kemestian!!!! Last one, try your best after this ang good luck!!! c) Rozaini a.k.a Hostess and Receptionist Firstly, thanks a lot sebab bantu aku create front page untuk menu card. Tak banyak komen aku, sebab ko agak pendiam sikit... Hehehe... Apepun, percubaan yang baik walaupun ada sedikit masalah sewaktu calculate duit after closing!!! Tak der masalah kalau berani mencube, betul tak??? d) Mimi a.k.a 2nd Waiter Memang ko bermasalah sikit!!! Hehehe.. Tapi, takper sebab ni kali pertama. First, please be alert to guest and welcome guest with smile!!! Thats all!!! e) Ruby a.k.a The Steward Ko??!! Alert sikit ngan situasi dan please dont make situation being more complicated!!! The last one, kawan-kawan; nak aku komen instructor kite tak????!!! Hehehe.. Give your feedback!!! Hahahaha!!! Anyway, sweet memories to working with all of you!!! Satu memori yang pasti kita rindu pada masa akan datang. Harapnya, blog aku ni dapat menjadi pengantara yang boleh menjadi rujukan masa depan!!! Hahahha!!! Happy working, dont scare to trying, keep smile, and keep our moments there!!!

Laporan ke III Sidang Maya Blogger Pembela Negara

Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama. Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya. Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber… Berikut antara agenda yang telah dibincangkan : 1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi. Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara. 2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut. 3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini.. 4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini. 5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut. Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut… 6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN.. 7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia.. 8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih.. 9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/ 10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara. Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara. Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing... Sekian. Laporan disediakan oleh Panglima Perang Cyber Http://penembak-tepat.blogspot.com Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008

Tuesday, November 25, 2008

MeeT Me At Twintech Kitchen Part 1

Huh, memang penat gak jadik chef ni!!!! Hahaha!!! But, this is my first experience involved in kitchen operation, very nice moment... During the whole operation, me assigned to cook Mee Kari. This task cooperation between me and ruby!!!! Hahaha!!!, Cheker provide appetizer(Rojak Buah) The chef of the day is Mimi. This week, kitchen operated by Hotel Management Student while Restaurant Operated by Food Service Student. Memang gempak!!! At first, memang semua nampak gugup, and finally ; gempak!!!! Anyway, semuanya mengajar aku how to create something be more simple and perfect!!! Esok, giliran DHM plak operate restaurant.. Aku jadik Supervisor of The Day(SOD)!!!! Ada sedikit masalah, thats the reason why i change with udin... Nantikan citer aku plak... Hehehe....

RESOLUSI KEDUA 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. ) Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan: 1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan. 2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat. 3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman. 4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna. 5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam 6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. 7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia. Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni. Sekian terima kasih dari saya. Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.comSetiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya. Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia. Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.Syabas kepada semua....

Monday, November 24, 2008

Tahniah Maman a.k.a Edwin...!!!!

Selamat bertunang kepada sahabatku, Maman a.k.a Edwin the sarawakian yang akan bertunang dengan miss shika, sumandak sabah... heheheheh... Semoga korang akan terus bahagia hingga ke akhir hayat dan harapnya pertunangan ni akan merangsang korang untuk terus mengejar kejayaan dalam hidup masing-masing!!! hehehe...15ribu pon 15ribu lar bro... As long as carry on with ur ambition!!! Aramai tih!!!

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk : “Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?” Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah. Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan: 1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka. 2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah. 3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persainagn yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna. 4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan. Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini. Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sekian terima kasih. Disediakan oleh : CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )

Sunday, November 23, 2008

Semester Yang Bermula....

Kebelakangan ni, waktu aku banyak diluangkan dikolej,lebih-lebih lagi sesi baru pengajian telah bermula. Alhamdulillah, sepanjang semester lepas aku berjaya lalui tanpa perlu mengulang mana-mana subjek, pass and proceed!!. Bermulanya semester ni bermakna aku perlu lebih banyak menumpukan kepada subjek yang semakin sukar kerana aku bukan pelajar dalam kategori "bijak". Hehehehe... Biarpun sibuk, aku masih sempat melawat dan memberi komen dalam blog-blog para sahabat dan juga bekas guru-guru ku antaranya: a) Mdm Azimah b) Bekas pengetuaku, Cikgu Sahar c) seorang sahabat yang tak mahu dikenali(hehehe..) Begitu banyak maklumat juga berita mengenai mereka yang dapat aku ketahui. Alhamdulillah, biar jarak menjadi penghalang namun kemudahan teknologi seperti ini menemukan aku dan mereka secara maya. Menyentuh kembali kepada semester kali ini. Kali ni, student hospitaliti akan mengendalikan restaurant kolej yang akan beroperasi. Ia akan beroperasi dan dikendalikan secara professional oleh foodservice student dan juga hotel student. Praktikal seperti ini mengembalikan kenangan aku sewaktu bekerja secara part time di Pagayaman Pit Stop dahulu... Hehehe... Situasi yang berbeza namun matlamatnya tetap sama!!! Mengajar erti kesabaran juga memahirkan diri dalam mengendalikan pekerja, tugas dan masalah. In hospitality industry, we are practical people where dealing with practical problem!!! Pesanan khas untuk mereka yang akan mengendalikan restaurant operation this week. Sepanjang mengendalikan operasi restauran ini, kami akan dibahagikan tugas dimana seorang pelajar akan bertindak menjadi Supervisor of The Day(SOD). Aku akan memegang peranan sebagai SOD pada minggu ke tiga nanti(cerita akan menyusul kemudian). Harapnya, aku dapat mengembalikan semula pengalaman sebelum ini dan mengaplikasikannya sepanjang operasi restaurant nanti; insyaallah. Kepada sahabat-sahabat yang mengendalikan restauran pada minggu pertama ni, I wish you all a best of luck!!! Remember, we are practical people where dealing with practical problem!!! MeeT uncLe sHaH: "Pening kepala nak promote menu, assign task... Sape-sape yang rajin boleh datang ke IUCTT(Kelantan Campus). Hehehehe... Tidak lupa, salam takziah kepada saudara Halim sekeluarga di Larkin, Johor diatas pemergian ayahanda beliau yang tercinta. AL-FATIHAH

Thursday, November 20, 2008

Takziah Halim!!!

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.... Dikesempatan ini, aku ucapkan takziah kepada housemate aku, saudara Halim diatas kembalinya kerahmatullah ayahanda tercinta. Semoga beliau tabah menempuhi hari-hari mendatang... ALFATIHAH.

Tuesday, November 18, 2008

Aku Untuk Melayu!!!

Dalam keboringan yang melanda, aku layari koleksi-koleksi sajak di internet agar ada sesuatu yang dapat aku coretkan buat pengunjung di sini. Satu demi satu, aku teliti akhirnya menemui sesuatu yang menarik. Di laman http://www.familiazam.com ini, akhirnya mencetuskan idea untuk aku menulis. Di usia remaja ni, aku cuba memberi satu kelainan, iaitu sedar bangsa Melayu kian terpinggir!!! Pengisian seperti ini, aku harap supaya aku tidak tenggelam dalam keseronokkan dunia remaja. Aku adalah anak Reformasi!!! Reformasi, yang bukan didalangi mana-mana parti politik, tetapi datang dari kesedaran reformasi untuk bangsaku!!! Dan, ini adalh medium untuk aku jalankan reformasi itu. Sajak ANAK REFORMASI ni, hasil nukilan ANAK memberi isyarat aku auntuk bangsaku, berjuang untuk MELAYU!!! Ini adalah sedikit daripada aku yang kadang-kala malu melihat peristiwa hitam yang pernah memalit sejarah Melayu ku!!! Inilah, luahan hati...:
ANAK REFORMASI Aku anak Reformasi menentang segala korupsi menyanggah kolusi sehingga aku mati Bila ahli korporat menjadi anjing keparat maka di situlah aku membuang segala yang karat Aku anak Reformasi menjunjung keadilan menjulang ketelusan Tapi apa rupa padah bila pejuang berpaling tadah bila semuanya adil tetapi ada yang lebih adil Kemana kan ku bawa diri bila kroni silih berganti sedang nasib rakyat tidak berubah apabila diktator menukar jubah Tentunya ku teruskan membuka jalan untuk keadilan untuk perjuangan yang takkan basi kerana aku Anak Reformasi Nukilan: Anak

Monday, November 17, 2008

Masalah Yang Datang...

Sehari dua ni,aku pening kepala... Macam-macam, masalah yang kadang-kala buat aku give-up untuk teruskan. Maslah datang tanpa henti, juga buat hidup aku jadi porak-peranda!!! Pun, aku tak nafikan ianya mengajar sesuatu yang mungkin menyedarkan aku erti menghayati hidup. Sape tau,kan???? Dalam aku berfikir masalah ni, aku cuba huraikan satu persatu penyelesaiannya. Aku tau ada yang 'rasa bahagia' atas apa yang aku alami!!! Aku cuba jadi waras, hidup adalah satu perjuangan menyelesaikan masalah. Menyusuri hari-hari penuh menyeksakan ini, aku terpaksa menjadi hipokkrit!!! Untuk menyenangkan hati orang disekeliling aku. Tapi, sampai bila???? Masalah ini, bagi aku takkan selesai tanpa pertemuan dgn 'orang tu'. Lagak ayam jantan ke aku kalau bersemuka untuk menyelesaikan masalah ni as a gentle????!!!! Tapi, atas memikirkan masih terlalu banyak harus aku lakukan; aku harus bersabar!!! Sabar separuh dari iman, kata Nabi. Hidup takkan jadi 'hidup yang sebenarnya' kalau tiada maslah. Betul tak???

Friday, November 14, 2008

CeRiTa TeNtaNg CiNtA- a tRiBuTe tO 15gRoup!

Cerita tentang cinta ini aku rakamkan sebagai satu penghargaan, lambang cerita kehidupan, cerita cinta juga gaya hidup yang hampir sama!!! Hahahaha!!! Persamaan tarikh lahir, jadikan kita rapat sebagai sahabat meskipun kita tidak mengenali sebelum ini!!! Hopefully, kehadiran cerita ini akan buat kita tersenyum serta saling kutuk-mengutuk!!! Hehehe... Anyway, aku mintak maaf kalau-kalau ianya akan membuka luka yang hampir pulih. CeRiTa CiNtA aKu-15/03/89 Cerita cinta yang buat aku parah dan terdera dengan perasaan sendirik!!! Sememangnya, perasaan ini bukan sesuatu yang mudah aku tolak. Ia hadir secara semulajadi. Menyorot kembali kisah luka ini, buat aku sedar ia adalah pengalaman terbaik yang harus dilalui tiap insan!!! Betul kew??? Hehehe... Perpisahan tu adalah langkah terbaik untuk aku menilai diri aku, juga orang-orang sekeliling aku. Mngkn juga, takder jodoh?! Bukan jodoh ker?? Hehehe... aku sendirik da letih ngan alasan camtu...!!! Sekarang ni, aku da terima realiti... Sunyi tanpa cinta alasan mereka yang tiada pegangan hidup, takder wawasan!! Hidup mesti kejar ilmu!!! Tapi, adik aku kate cinta bley merangsang idup???!!! Realitinya, cinta gagal jadikan aku orang yang waras!!!
"aku takkan tewas..."
CeRiTa CiNta TaUfIQ-15/04/89 Cerita cinta sang jejaka yang melengkapkan catatan ini... Pertengahan 2008 lalu, aku sendiri lihat cahaya cinta @ kebahagiaan yang ade pada brother ni!!! Hahaha!!! Dalam hati, aku doakan kebahagiaan korang... Apapun, kuasa Tuhan nobody can stop it!!! Akhirnya, ada cerita tentang perpisahan yang jadik ilham aku untuk rakamkan... Hehehe... Mungkin ko harus bangga ckit bahagia tu pernah ko miliki. Dari intonasi suara, aku cukup pasti yang ko pun kecewa!!! Feeling and eyes never lies!!!! Remember that!!! Aku pernah gak rase yang ko rase tu!!!
"ku cari cinta abadi!!!ahaks!!!"
CeRiTa CiNta WaN-15/11/89 Besday boy yang melengkapkan trio 15gRouP!!! ePy BesdAy, man!!! Dalam cerita ini, ko ada versi lain... Harapan...!!! Anyway, aku still hormat pendirian ko. Tapi, sampai bila bro???!!! Realiti takkan pernah sama dengan cerita cinta mahupun lagu Warkah!!! Meskipun, hakikat lagu tu adalah harapan!!! Menyorot kembali harapan ko tu, sanggup kew ko tunggu bertahun-tahun???!!! Kat dunia luar, banyak benda lagi harus kita nikmati!!! i wish u gud luck bro!!! Jgn sesekali mengharap pada yang tak pasti...
"hatinya masih mengharap.."
a tRiBuTe! Dalam menguak arus kehidupan, dilema cinta selalunya membantutkan kita berfikir secara waras. Cabaran yang ada padanya, menghiris meninggalkan tanda yang tidak bisa terhapus! Namun, ia adalah sedikit daripada motivasi menuju kehidupan hakiki... Cerita ni aku rumuskan sebagai satu kenangan yang pernah mengukir sejarah, dan mengisi relung hati yang dulunya terluka!!! Dari sudut yang lain, ia adalah realiti yang ditetapkan Ilahi. Cerita cinta yang hampir sama ini, mungkin adalh sebahagian babak kehidupan yang akan mematangkan kita. And, hopefullly; kita akan bermotivasi untuk cari yang lain!!!! Hahaha!!!

Friday, November 7, 2008

SAJAK: Wajah Mama

Menatap wajah mama aku mengerti derita yang ditanggungnya pernah bahagia dulu hanya seketika miliknya Wajah mama adalah cerita hidupnya kolam matanya- ada derita! pulau wajahnya- terasa bahagia! Kami sebahagian cerita hidup mama lambang kekuatan dirinya Tuhan betapa aku rindu leterannya betapa hangat sentuhannya Mama kasihmu kami dakap abadi! nasihatmu bekalan perjalanan kami1 Kami menghakis derita mama cuba memadam sejarah sengsara mama! kerna kami yang menatap cerita hidupnya!
MeeT uNcle sHah said: Sajak ini,aku dedikasi khas untuk mama yang pernah 'berkorban' hidupnya untuk kami. Kami sama-sama merasa derita yang ditanggungnya,meskipun bukan semua itu tidak kami lalui!!! Masa memaksa kami berpisah bagi sementara. Sajak ini lahir atas kerinduan aku kepada mama. Babak-babak kehidupan mama,yang kami fahami hanya sebahagian dari perkara yang mendewasakan kami. Meskipun, segalanya sukar untuk diterima peristiwa itu membawa kami mengerti hidup ini adalah perjuangan!!! Kami bukan meminta simpati atas derita yang pernah ditanggung mama, cukup sekadar hidup bersama ibubapa anda dinikmati sepenuhnya. Hargai mereka,jgn sesekali salahkan mereka andainya terjadi perpisahan... Bukan niat ini, membenci segala yang terjadi,takdir mahukan kami berpisah agar kami mengerti akan kasih-sayang itu lagi mulia dari harta kekayaan!! Memaafkan lebih baik dari berdendam...

Monday, November 3, 2008

Budaya Membaca

Sesuatu yang da lama aku nak terapkan adalah budaya membaca. Aku tau, kat M'sia budaya ni masih dibawah kategori 'Taboo' lebih2 lagi dalam kalangan seumur aku. Percaya @ tidak ,bagi mereka fakta ilmiah sesuatu yg meletihkan otak berbanding melepak, menonton kartun. Bukan mahu membanggakan diri, seingat aku tabiat membaca da jadik budaya in my family. Dalam sebulan rasanya, 6;7 buah buku dibeli untuk santapan!!! Especially, my mother. Thats why, my mother xpernah surut dengan 'Fakta' dan 'Tips'. Hahahaa!!! Anyway, itu xdinafikan; membaca dapat meningkatkan kemahiran lain, contohnya komunikasi. Believe it?? Lihat kepada Dr. Fazilah Kamsah, Dr. Izi (sekadar beberapa nama). Bagi je ape2 tajuk, mesti potong abes wa cakap lu!!! Bacalah, pasti ada sesuatu yg diperoleh. Aku xkata aku hebat, kerana kehebatan manusia terbatas dalam menandingi ilmu ALLAH!! ALQURAN sendiri menyarankan umat manusia membaca!! InsyaALLAH, ianya membentuk peribadi, pendirian serta makna kehidupan!!! Juga tidak tersesat dalam kecelaruan emosi, kekalutan hidup!!! Alhamdullillah, dalam hidup aku ia telah membawa aku menilai jauh kekalutan hidup yang semakin kronik ini, walaupun tak sesempurna nabi. Dan, aku mahu mengingatkan rakan sekalian, membaca adalah sebahagian daripada proses ilmu. Kejar dan carilah!!! Benda baik takkan datang bergolek. Maknakanlah kehidupan kita secara berilmu!!! Wassalam...