Saturday, January 17, 2009

Jika Aku Jatuh Hati- Sebuah Lagu Puisi

Pagi 2:35, 17/01/09 Waktu ni aku terasa sedikit bosan. So, mula ar tangan aku gatal melayari/explore something yang boleh dijadikan bahan tulisan. Tergerak hati, mencari sesuatu melalui laman youtube. Kalau sebelum ni, youtube aku gunakan untuk carik lagu-lagu rock dulu-dulu, cam Awie, Amy Search, Lefthanded. Namun, aku cuba mencari kelainan dengan menaip sesuatu yang "touching" pepagi camni. hehehehe.. Dalam 2, 3 hari aku akui hati kecil sering membisikkan kegusaran. Ntah ar, boleh gak kate sedih, resah... Erm, ape yang ALLAH nak tunjuk kat aku??? Keagungan?? Masih aku carik makne tu.. Keikhlasan??? Hati, ke ape??? Ntah ar, yang pasti aku mahu carik ketenangan, kedamaian. Biarkan aku berdiam diri sambil memerhati, berfikir. Otak masih lagi berfikir kata kunci yang mahu di layari!!! Huh, pepagi camni pon susah nak carik idea.... Ha, da jumpe!!!! "Lagu Puisi"!!!! Mane tau, ade yang boleh menjadi ilham... Otak, tangan, hati aku tertarik kepada satu tajuk lagu puisi kat laman youtube tu: "Jika Aku Jatuh Hati" tajuknya. Mendengar kepada suara penyampai, aku dapat rasakan ada sesuatu "kerinduan" yang belum terungkap!!! Meleret kepada lirik puisi, ada "kesedaran" yang ingin diketengahkan!!! Aku bukan pemikir hebat, tapi dingin pagi ni buat aku sedikit menggeletar, takut bila mengerti erti sebenar rindu!!! Berapa kali sebenarnya bibir ini memohon keampunan??? Ikhlaskah aku dengan setiap perlakuan??? Tabahkah aku kepada setiap dugaan?? Aku bukan pemuisi terkenal, yang bisa memaknakan satu demi satu bait-bait puisi ini. Selalukah aku mengajak kepada kebenaran???? Relakah aku meninggalkan kasih yang belum terzahir sebagai pasangan hati kerana sebenarnya ada cinta yang hakiki??? ALLAH, Betapa sulit kehidupan ini. Ku Cuba Maknakan Setiap Langkah Perjalanan Diri. Jangan Biarkan Aku Tersesat Ingatkan Aku Jika Aku Lalai Pesankan Aku Dengan Kebenaran.
JIKA AKU JATUH CINTA Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakan kau pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku menyintaiMu. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku pada jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hatiMu Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku seseorang yang merindui syahid di jalanMu Ya Allah jika kau menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu. Amin.

10 comments:

amiechomel said...

A good one. Semoga bertemu cinta hakiki!

rahmahmokhtaruddin said...
This comment has been removed by the author.
rahmahmokhtaruddin said...

best..
sarat dengan peringatan..
takut bila dengar..
semoga semua beroleh manfaat darinya..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Madam,
Masih mencari nilai diri. Satu persoalan yang sukar menemui jawapan!!!

rahmahmokhtaruddin,
Berpesan-pesan kita dengan kebenaran!!!! Satu hidayah ALLAH kepada diri untuk mencari, kemudian menemui kepada video "Jika Aku Jatuh Hati" ini.

a.d.a.m. said...

Salam Bro.

Satu pengertian yang "halus" untuk difahami.
Mengerti dan dimengerti??? Satu persoalan yang mengelirukan.

Apa pula erti rindu/dirindui??? Satu maksud yang penuh makna.

Maknakan hidup dengan bermuhasabah kepada diri.
Selamat Berjaya!!!

Anonymous said...

shah best la ko punye posting ni...insaf aku...dan tu yg sepatutnya dicari oleh setiap insan

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

a.d.a.m. & peminatjutawan,
Sama-sama kita mengambil pengajaran. Mudah-mudahan hidayah ALLAH sentiasa sekat dengan kita.

Insyaallah.

Ramlen Salleh said...

Bro...

Teruskan Berjuang..

gourgeous guy said...

shah takde post baru ke hehe...rindu plak nak tgk kreatif mu yg terbaru hehe..teruskan berjuang shah

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Gagak,
Perjuangan takkan terhenti selagi sejarah perjuangan bangsa tidak "dibetulkan"!!!

gourgeous guy,
Terima kasih. Sudah ada post terbaru, diulas secara ringan tapi biar kita sama-sama fikirkan!!!!