Sunday, December 13, 2009

Syukur, Sujud, Rahmat.

Syukur. Aku nampak perubahan mereka. Tidak semua, hanya separuh. Aku anggap ia tetap perubahan. Di akhir usia 1430H, ia adalah kejayaan. Bukan aku, semua kita. Satu demi satu telah kita harungi. Perancangan demi perancangan telah kita bincangkan. Ini hasilnya! Meskipun berjaya, ini bukan masa aku mendabik dada. Daki-daki kotor masa lalu harus aku padamkan. Supaya kamu kenang sebagai kenangan.

Sujud. Aku takkan malu kalaupun aku akan berundur. Aku sudah laksanakan sekadar apa yang aku mampu. Tidak mewah, sekadar ada. Tapi, yang “ada” itu, kitalah yang “mengadakan”. Mereka yang dulunya liat untuk sama, kini telah bersama. Aku telah tersenyum. Mereka yang dulunya sibuk mengata, kini melopong; menganga. Dulunya…. Kini, mereka terpinggir. Lantaran, sikap sialnya tidak mahu berubah. Katanya, realiti itu puki. hah! Kalau fantasi?! Pasti, kamu tergagap, terlopong menjawab!

Rahmat. 1430H kian dipenghujung. Aku cuma mahu kesempatan, melaksanakan apa yang aku hajatkan. Berubah, berubah dan perubahan. Agar, sama-sama manfaat dirasai bersama. Aku Cuma mahu mereka yang mengekang, buka mata, turun bersama! Biarlah, sekadar berdiri ditepi pintu cuma.

Terima kasih, terima kasih. Pada kamu yang memberi tenaga dan akal.

1 comment:

azzam said...

agk mndalam mksudnyer,nice writing..adiooss..~!