Sunday, November 30, 2008

Cerita Tentang AKU dan....

TENTANG AKU... Pernah aku terfikir untuk pergi meninggalkan semua yang aku sukai, jauh dari diri aku sebenar. Matlamat aku, menjadikan semua angan menjadi realiti. Alhamdulillah, separuh daripadanya telah aku capai. Sedikit sebanyak, ia jadi pemangkin kecemerlangan diri. Sepanjang kembara aku, ini bukan kali pertama aku rasa perlu tinggalkn sesuatu demi sesuatu yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya. Kenapa hidup ni, perlu banyak percaturan??? Bukan mahu pertikaikan qada' dan qadar, namun adakalanya cabaran yang mendatang buat aku seperti patah semangat!!! Seringkali diungkapkan, cabaran mematangkan diri; tapi macamana??? Bukan semua orang mengalaminya.... Perjuangan mengejar cita-cita kala ini, mengungkapkan segala makna tentang hidup, diri, dan matlamat aku. Tinggalkan semua yang aku sukai???? Perlu ke??? Bermakna ke hidup aku selepas tu???? Mungkin, Aku perlu membisu dalam membicarakan tentang hidup... Tapi, sampai bila???? Aku sendiri mahukan sesuatu yang produktif, imaginatif yang kreatif untuk masa depan???? Mampu ke aku capai semua mimpi yang jadi impian hidup selama ini??? Telah lama aku tenggelam dalam beban yang aku tanggung!!! Come on, lets its free!!! Nanar pedih hidup ni, semuanya meninggalkan satu simbolik diri. Selama ni, ramai orang menganggap aku sebagai harapan!!! Meletakkan harapan mereka keatas bahuku, tanpa mahu memahami kesukaran yang aku hadapi. Come on, dont take me as a granted!!! Banyak isah yang jadi kenangan tanpa aku sedari... Tidak perlu diletakkan noktah ke atas hidup, kerana hidup belum tamat!!! Letakkan saja harapan, agar ia jadi kekuatan diri!! AKU & DIRIMU Catatan ni syahdu sikit... Perlu ke aku bercinta lagi??? Yang pasti my past experience teach e this; jangan bercinta kalau jiwa perlu kebal!!!! Aku bukan mat jiwang, tapi pengalaman lalu menjelaskan segalanya. Banyak orang menjadikan cinta sebahagian matlamat hidup mereka. Tapi, bukan aku!!! Penjelasan ini perlu bagi mengelakkan spekulasi yang aku dengar akhir-akhir ni dalam kalangan sahabat aku. Cukup sekadar mengatakan; cita-cita matlamat utama aku!!! FULL-STOP!!! AKU & PERPISAHAN PART II Ini adalah sedikit sambungan dari cerita tentang perpisahan yang pernah aku coretkan sebelum ini. 13 tahun lalu, aku kembali ke Labuan bersama my beloved mama membawa bersama kepedihan yang ditanggungnya!!! Kepedihan yang bukan calang-calang!!! Kepedihan yang buat aku berjanji, tidak lagi kembali kembali jb. Namun, qada' dan qadar membawa aku kembali ke tanah semenanjung ni. Membawa kembali harapan yang dulunya dimusnah oleh penderitaan mama. Ini bukan drama Melayu yang selalu ditonton. Inilah realiti yang ditanggung seorang seperti aku. Memang benar, realiti memedihkan, sedikit sebanyak membentuk diri agar cekal menghadapi segala rintangan. Bukan diri mahikan simpati... Harapnya, coretan ni buat anda semua lebih menhayati makna sebuah kehidupan berkeluarga yang sempurna..... AKU & SEKARANG Cabaran hidup masa lalu buat aku lebih menghargai kehidupan yang aku miliki sekarang. Dunia ini terlalu kecil untuk kita lari dari menghadapi realiti!!! Percayalah!!! Cabaran dan dugaan adalah sedikit dari rempah-ratus kehidupan yang manis untuk kita coretkan sepanjang perjalanan hidup... Sekarang, aku lebh banyak berkongsi, menasihati mereka yang mengalami situasi sama seperti aku. Harap mereka juga takkan pernah lari dari realiti. Hadapilah realiti, sesungguhnya realiti lebih manis pengalamannya dari hidup dipuji sentiasa!!

3 comments:

Anonymous said...

Cabaran mematangkan fikiran..adalah perkataan mudah dan sebenarnya empunya diri yang perlu benar-benar tabah...Tak perlu gusar terima cabaran dengan hati terbuka...dan fikirkan sesuatu yang positif...dalam hadapai cabaran perlukan ketenangan..

Unknown said...

yup...
saye sangat bersetuju dengan pendapat peminatjutawan malaysia tu....
setiap cabaran,dugaan,rintangan dan penderitaan itu satu ujian dan tanda bahawa kasih sayang Allah kepada kita....

Al-Rashid Zulkefli said...

correct!!!
be positive!!
thanks to you two.