Sunday, January 11, 2009

Eksperimen: Bila Namaku, Agama Mu

semalam, aku cuba hayati sirah perjalanan kesengsaraan saudara ku. suci bumi mu seperti dijanjikan Ilahi biar ada menyangkal kebenaran itu hakikatnya, Al-Quran tetap sama tiada perubahan tiada kesangsian bagi ku bila nama ku sebenarnya agama mu kita sememangnya bersaudara!!! darah??? bukan!!! sebapa?? bukan!!! seibu?? juga bukan!!! agama ku agama mu adalah satu adalah baiah hingga akhir zaman dunia ku dunia mu sememangnya berbeza tumpahan darah hingga akhir zaman dunia ku??? politik/politikus yang melingkari kesusahan yang tidak patut dirintih kesenangan yang jadi persoalan bila nama ku, agama mu tiada lain dihati melainkan satu kepiluan yang entah bilakah akan berakhir bila ku tahu nama ku adalah agama mu baru ku tahu aku juga pernah mengkhianati mu!!! MeeT uNcLe sHaH: Satu persoalan yang buat umat Islam bingung/keliru dengan situasi sekarang ialah boikot barangan pro-Israel. Cuba kita kaji dari perspektif, kita membeli barangan itu sebagai barang kelengkapan untuk isi rumah; keuntungan barangan pula adalah milik tuan punya jenama tersebut. Pemilik jenama tersebut, adalah Yahudi!!! Nah, apa yang perlu dipersoalkan lagi??!!! Memang benar, bukan semua Yahudi berfahaman Zionis, namun harus difikir jua implikasinya kepada siapa?? Kebaikan atau keburukan??? Eksperimen ini adalah hasil pemerhatian aku sekitar Kempen Sukarela di Kota Bharu bersama beberapa orang sahabat Sabtu yang lalu. Umumnya, semua mengetahui KFC, Pizza, McD adalah dalang sebalik dana yang disumbang sebagai sumber penyelidikan/pembangunan senjata Israel. Pelik tak pelik, majoriti pengunjung 'Rumah Hantu' ini adalah Melayu!!! Di mana sebenarnya kesedaran kita?? Cukupkah sekadar berkata-kata?? Atau sekadar bersimpati?? Menangis???!!!! Amat mustahil untuk aku percayai kerana mereka masih juga mengunjungi sambil 'bersedekah'!!! Bakar patung Bush, selepas Solat Jumaat??? Cukup kah sekadar itu???!! Bila nama ku, agama mu bermakna kita saudara seIslam!!! Fikirkan lah....

15 comments:

MIJI said...

Salam,meetuncleshah,sudi2 lah ke blog saya utk kita saling bertukar ilmu dan link


http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

Anonymous said...

saya teringat lagi kata2 kawan saya semalam. Saya suruh die BOIKOT barangan ISRAEL-US. Then die bole katae yang abeh tu kite nak makan ape?

Terharu lagik bile die kate "Ala makan jer. Nanti kempunan lah aku tak makan McD"

Waaaaaaa!!!! agak tersentuh dengan kata2nya. Wuuuuu

DAsat betul penangan makanan barat bagi ANAK MELAYU@REMAJA kan? Errrrrrr

MaSHee said...

Pendapat sy lak susah skit bab boikot nie...hakikatnya kita (dan semua penduduk dunia) dah byk bergantung pada produk zionis ni. Kena gak fikir bila kita boikot produk2 yahudi sedangkan ada sedara kita sendri yg cari rezeki dgn kerja di tempat begini. Cuba fikir lak apa yg jd pd sedara2 kita ni yg cri rezeki yg halal dgn kerja2 kat tempat sebegini, Setahu saya hukum kereka cari rezeki bukan haram! Itu pendapat saya saje. Tq.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

MIJI,
Salam perkenalan. Insyaallah, selagi ada idea saya akan terus bersama sekalian sahabat di alam maya ini.


Lestari,
Tiada perjuangan yang tiada halangan. Sedangkan Nabi sendiri menghadapi halangan, apatah lagi kita insan biasa.
Namun, jangan sesekali berputus asa; jadikan sirah perjuangan Nabi, para sahabat sebagai sumber inspirasi bersama.
Insyaallah, jalan kemenangan akan menjadi milik Islam.


aKu..DiA...kAmU,
Itu saya tidak nafikan. Namun, fikirkan semula halalkah gaji kita keuntungan itu digunakan sebagai alat/medium/sumber yang menganiaya saudara seIslam kita???
Saya bukan alim ulama yang mampu berhujah secara mendalam mengenai hukum agama, tapi sedikit sebanyak tempoh perguruan bersama mereka di dalam kumpulan agama/selain didikan keluarga banyak menghapuskan hal-hal menjadi ragu-ragu dalam diri.
Perlu diingat, penubuhan francais-francais hari ini adalah sebahagian propaganda Yahudi/Israel dalam kehidupan Muslim.
Sekali lagi, buka kembali sirah-sirah Nabi terdahulu; bagaimana syaitan menyusup masuk ke dalam hati/fikiran manusia. Jawapannya, melalui pemakanan!!!
Fikirkan!!! Apa-apapun, terima kasih kerana memberi pandangan itu.

bungaraya said...

Akhirnya saya berjumpa juga dengan blog tuan. Saya akan selaslu mengunjongi blog ini kerana saya tahu tuan adalah seorang yang berilmu. Asalamualaikum warahmatulallahi wabarkatuh.

Anonymous said...

Apa pendapat awak bila ada pemimpin kita yang kita sayangi Dr Mahathir serta Dato Seri Najib ulas tentang hukum hudud.Aku bukan apa sekadar berkongsi,kenyataan mereka berbahaya dan boleh jatuh iman,kat sini aku copy paste dari sebuah blog yang aku baca...mari kita lihat

kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:

Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan

Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno

Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan

Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan

Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992

Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991

Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah

Anonymous said...

tapi kalau difikirkan balik... sume bnde tue dtg keuntungan kepada pemiliknya dimalaysia..xde kene mengena dengan pemilik asal mcd kfc tue.. coz pemilik di malaysia hanay perlu membayar atas pengunaan nama dan jenama sahaja...

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

bungaraya,
Ilmu yang saya miliki masih belum mampu menerokai bidang2 yang dimiliki golongan 'intelektual' kini.
Insyaallah, ilmu yang sedikit ini; akan saya kongsi bersama-sama. Supaya kita dapat berpesan-pesan dengan kebenaran. Insyaallah...


Pelajar Universiti Bijak,
Isu itu akan saya kongsi di artikel akan datang, Insyaallah.
Buat masa ini, saya masih memerlukan rujukan juga tunjuk ajar mereka yang lebih arif mengenai hukum Islam.


PM,
Memang benar keuntungan menjadi milik pengusaha. Disini, kita perlu memahami antara pengusaha/franchisee dan pemilik/franchisor.
Setiap tahun, keuntungan sesuatu franchise perlu dibayar/diberi kepada pemilik/franchisor berdasarkan tarif tertentu.
Keuntungan pemilik ini kebanyakan mereka adalah yang memiliki kepentingan sendiri dalam perniagaan itu, yang mana mereka mempunyai peranan penting dalam pembangunan bangsa Yahudi berfahaman Zionis.
Itulah yang saya dapati dari kajian juga pemerhatian saya sejak dari 2004 lalu. Betulkan jika saya tersilap.

Ramlen Salleh said...

Setuju dengan MUS..kalau semua umat Islam bertindak seiring dan selari untuk memboikot semua jenama produk dari AMERIKA, barulah puak YAHUDI akan merasa betapa umat ISLAm itu Kuat dan bersatu.. apa yang berlaku sebaliknya, kita kata boikot tapi kita juga yang penuhkan bakul dengan barangan YAHUDI..

yada said...

hi there,

dunia ni complicated...
kalau kita boikot, are we having any other substitue for those products, kalau boikot tak makan yg bekerja pulak mcm mana...

pening...

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,


Gagak,
Alhamdullillah, di negara ini ideologi politik dapat kita belakangkan buat sementara waktu demi kedamaian/perjuangan saudara seIslam kita di Palestin. Terima kasih, ahli-ahli YB Malaysia!!!
Namun, adaalh lebih bagus jika situasi ini turut dilongsi bersama Kesatuan Arab. Masih ada jua kegagalan kita menyatukan umat Islam.


nurulhuda abu bakar,
Itu tidak dapat saya nafikan. Anda sebagai golongan 'intelektual' lebih memahaminya dari diri sebagai pelajar ini.
Jika kita imbas kembali ke tahun awal di mana TDM pernah memboikot barangan Britain, natijahnya diketahui seluruh dunia!!! Ekonomi Britain jatuh merudum bahlan lebih teruk lagi!!!
Lidi sebatang memang mudah rapuh!!! Jangan kerana hidup seperti enau yang melepaskan pucuk masing-masing; kita akan dilaknat ALLAH kerana menzalimi saudara Islam yang sememangnya telah teraniaya!!! Sudah cukup bertahun lamanya, kita 'memenuhkan' poket Yahudi. Fikirkan...

Anonymous said...

Anda menzahirkan pendapat dengan bijak sekali. Saya kagum.

Sekadar berkongsi perspektif saya terhadap kejadian yang telah berlaku di dunia yg 'lesu' ini. Saya tidak bijak berkata-kata tapi hati saya punya bicara.

Pasti tidak menjadi kesukaran yang genting buat pekerja KFC,McD,Pizza Hut and so on (BERBANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM; kerana simpati saya adalah kepada mereka) seandainya wujud perusahaan yang besar yang dibentuk oleh orang Melayu beragama Islam buat orang Melayu beragama Islam.

Mereka mencari sesuap rezeki melalui franchise ini. Just because, kita tidak punya sifat daya saing dan saling membantu. Tidak mahu step forward, juga think out of box. Let us think, kita adalah bangsa yang 'memperlekeh' bangsa sendiri, 'membunuh' bangsa sendiri.

Jujur, saya selesa memboikot selagi terdaya. Meaning, produk yg serasi dengan saya pula, seperti sukar untuk dicari ganti. But now saya dlm proses mempercayai I can change if I want. Namun, untuk memboikot 100% produk Amerika dan Israel adalah sukar disebabkan kita telah 'dididik' dan 'disuapi' dengan hiburan dan segala aspek yg lain yg nyata terjemahan penjajahan minda oleh Amerika dan sekutunya.

Mengapa saya sebut Melayu beragama Islam? Kerana kita bangsa yang hebat (jika dihayati sedalamnya), kerana kita juga beragama tauhid, agama yang suci lagi benar. Untungnya kita! Jadi, kita inilah harapan orang-orang Islam di luar sana. Islam adalah satu. Tidak wujud perbezaan dlm agama ini. Maka, sedarlah itu wahai kita.

Nyatakan apa sahaja, semua milik Amerika, Yahudi, sekutunya. Nyanyian, football league, Google, Levi's, global language even pendidikan sekalipun... Secara denotasi mahupun konotasi, ada manfaatnya jika kita bijak mengambil peluang dengan berhemah terhadap segala bentuk produk mereka ini.

Hasad dengki terlalu dibajai subur dalam setiap hati manusia. Sangatlah terlihat bahawa kita disempadani oleh perbezaan etnik, asal negeri malah ideologi juga semestinya. Perlukah semua itu tika tenaga kita saat ini seharusnya dijadikan 1, menentang yang tidak benar?

C'on. Berpijaklah di bumi yang nyata. Islam dihina sehina-hinanya. Melayu beragama Islam pula hanya 'tercabar' mengikut waktunya. Kita teriak di sana sini tapi tahukah kita apa halanya?

Melayu, mari bersatu. Bukan hanya pada saat ini, malah untuk generasi kita yang tidak akan pudar kegemilangannya.

To blogger, maaf jika bicara saya terlalu panjang malah menyesakkan minda dan fahaman anda. Sekadar mahu kita semua bersatu.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam lollipop,

Jujur saya katakan pendapat saudara/saudari sesuatu yang menyedarkan saya; ke mana hala tuju Islam??? Baik dalam diri, mahupun pembentukan agama setempat, kita masih punya kekurangan.

Memang benar, kemarahan Islam hanya "bermusim", kemudian berbondong-bondong pula pemimpin atas nama Islam membuat laporan polis/KKDN dsb; tapi apa kesudahannya???? Cukup sekadar menunjukkan laporan??? Atau, berkata-kata secara bersahaja??? Mungkin, kita perlukan secara lebih emosi??? Pasti jawapannya tidak!!!!

"Hentamlah labu" adalah simbolik kepada kita masakini. Bahkan kita lebih senang kepada teori aku-aku; engkau-engkau!!!!

Sama-sama kita berfikir....

p/s: Sayang sekali tidak disertakan nama yang mudah untuk kita berhubung. Semoga ALLAH menemukan kita kembali, Insyaallah...

Anonymous said...

Ya, benar kata saudara...

Kita generasi masa kini dimanipulsai mindanya. Apatah lagi, kita adalah orang muda yang ingin berontak atas jalan kita sendiri. (Saya maksudkan memberontak pd jln yg benar, jg dengan cara yg benar).

Namun, ada satu golongan atau juga beberapa golongan, lebih mudah bicara "Orang muda tiada pengalaman, duduk diam sahaja."

Tapi kita adalah kita. Kitalah generasi masa kini. Kitalah pemimpin hari esok. Bukan menidakkan golongan yang dinyatakan cuma bagus sekali jika kita diberi peluang. Malah dibimbing oleh mereka. Pasti hasilnya pelbagai dan memuaskan hampir semua pihak mungkin.

Jujur saya akui ramai juga student IPTA yg tidak mahu mengembangkan mindanya. Senang sekali bertemankan hiburan, gosip semata. That's why saya gemar 'merayau' ke blog-blog yg mencernakan buah fikiran yg saya lihat telus dr hati.

p/s: And I've no blog, tak berminat menghasilkannya buat ms sekarang. But hope, dpt lagi kita bicara di lain masa. Berkongsi pandangan, perspektif.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam lollipop,

Alhamdullillah, semoga ALLAH memberi kelapangan kepada saudara menilai sesuatu dari perspektif minda anak merdeka.
Insyaallah, selagi saya punya daya akan terus mencernakan idea di dalam blog ini. Memang benar, empunya laman blog adalah milik Amerika, namun saya akan mengeksploitasikannya kepada jalan kebenaran.


p/s: Tidak kira IPTS/IPTA student, kedua-duanya adalah sama. Membezakannya adalah pemikiran!!!