Saturday, February 28, 2009

Jalan-Jalan Ke Pantai Cahaya Bulan

"A thousand miles j0urney, start with a first step"
Salam Semua. Lama rasanya aku tak update blog ini. "Sibuk", alasan biasa seorang pelajar!!! Hahaahaahaha Erm, kesibukan mahu menghadapi final exam 2 minggu lagi, buat hidup tak tentu. Dalam blog ini, ada antara komen tidak sempat berbalas!!! Maaf, semua!!! ;p Sibuk macamana pun, harus ada masa rehatkan diri. Betul tak??? Kepenatan "berdamping dengan teori dan fakta!!!!" So, malam Jumaat lalu tiba masa "berdamping" dengan alam pulak!! Huh, betapa leganya "mendamaikan" diri bersama pantai dan bayunya!!!! Kedinginan Pantai Cahaya Bulan, buat aku rindu hangatnya bayu laut Pohon Batu, Labuan!!! Sabar, hati; tinggal beberapa minggu lagi aku akan berangkat balik ke Labuan. Menghabiskan cuti semester disana!!! Malam tu, kitorang lepak sampai tengahmalam, hampir Subuh baru balik ke rumah masing-masing. Bercerita, bermuhasabah dan memotivasikan kembali smeangat diri. Kami nilai kembali kesilapan masa-masa lalu, sambil menasihati antara satu sama lain. Gelap malam, tidak menghalang aku untuk melakukan eksperimen gambar!!! Hahaahahahaha!! Biasalah, pegi mana-mana; kenangan harus diabadikan secara simbolik!!! So, check it out!!
"Ape-ape hal, gambar aku should be in first" -Bergambar ala catwalk- "Minum, selepas berjalan menyusur pantai" L-R: Aku, Ziq, Raimie, Kimi(sahabat sewaktu PLKN) "Ahli Jawatankuasa Aktiviti Lepak??!!!" L-R: Ila, Alang, Kak Eyman, Abe Shah "Ayam panggang???!!!" p/s: Bukan termasuk dalam aktiviti. Kami cuma dijemput untuk menghabiskannya. Ayam panggang ni, adalah aktiviti satu group lain. Diorang dah kenyang. So, jadik rezeki kami!! heheheeheehe
MeeT uNcLe sHaH:
Lega rasanya, dapat berdamping dengan alam. Melepaskan masalah, dengan bercakap dengan alam dan suasana adalah nilai melepaskan tekanan terbaik!! Try and enjoy with the environment!!

Thursday, February 26, 2009

Misi Cakna Paelstin Di Twintech KB

Salam Semua.
Alhamdullillah, usaha memerangi keganasan Israel nampaknya belum berakhir. Biarpun, aku akui usaha blogger/orang awam/politician kian "berpenghujung" lantaran kuatnya mereka berusaha memenuhkan kembali poket-poket Yahudi.
Hairan bukan, mereka yang dulunya terpekik melolong menyuarakan keamanan kini sepi??!!! Erm, mungkin terlalu "sibuk" dengan politik negara yang kini dilanda ribut "lompat katak" dan "bogel-membogel"!!! sungguh melucukan, bila aku fikir mengenai hal ini. Mungkin juga memalukan!!!
Bukan bermakna aku ni ektremis dalam memperjuangkan kebebasan Palestin. Tidak!!! Tapi, aku masih meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan semasa dari Palestin. Cukup memilukan bila aku saksikan sendiri rakaman visual, gambar semasa Misi Cakna Palestin bersama Pemuda Masjid Malaysia.
Misi di Palestin tu kalau kita sedari, ianya juga disertai oleh Angkasawan Negara, Dr. Musaphar. Misi Cakna Palestin Di Twintech KB adalah anjuran bersama dengan Universiti Kolej Antarabangsa Twintech Cawangan Kota Bharu.
Selain ceramah, ianya juga diisi dengan jualan t-shirt, selendang dan lain-lain barangan selain dari tabung derma yang akan disalurkan terus ke Palestin.
Alhamdullillah, kehadiran pelajar dan pensyarah sedikit-sebanyak mengembalikan kesedaran diri yamg isu ini sebenarnya masih belum berakhir!!! Mereka masih dianiaya!!!! Kita seringkali terlupa!!!
Fikirkan saudara-saudaraku!!!!
Ditulis Dari Library Twintech KB.
26 Febuari 2009

Tuesday, February 24, 2009

Salah Siapa??? Dari PRU 2008 Ke 2009!!!

Salam Semua. Erm, rindu plak nak menulis dalam blog ni. Biasalah hidup sebagai student, ada kala "terlebih masa" dan kerapkali merasakan masa itu tidak mencukupi!!!???Nak citer ape ea???? Borong ar citer pasal study, Twintech macam tu gak; nothing changed. Erm..........................................................???? ____________________________________________________________________ Sedar tak sedar; PRU12 da nak mencecah ke usia setahun pada 8 Mac ni. Satu pilihanraay yang bagi aku "meletupkan" sejarah konsisten pemerintahan BN. Isu, isu, isu, isu........................................... Tak habis-habis. Tak sampai sebulan selepas pilihanraya, da keluar macam-macam kontroversi. Same with this 2009!!! Habis, rakyat yang mengundi korang, bila nak balas budinya??!!!! Takkan nak sampai PRU13 , baru nak buat kerja???!!! PM da tunjuk pekerti terbaik pun, korang suruh resign. Sape yang nak jawab??? Aku bukan sokong mana-mana parti pemerintah. Cuma, sebagai pelapis masa depan, aku cukup tercabar dengan situasi "memberangsangkan" kepada keruntuhan negara Malaysia ni. Peliknya, takde pun mana-mana politician yang buat program nak majukan belia/beliawanis ke ape ke... Habis-habis pun, latih mat rempit jadi lagi hebat!!! Pelik kan??? Yang buruk, disanjung; yang terpuji, buat tak tahu!!! Bukan harta 7 keturunan yang rakyat mahukan dari MP. Cukup sekadar, membalas balik budi mereka sebagai pengundi dengan memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dijanjikan. Ni tak, dari pucuk(pimpinan teratas) sampai ke dasar; tak habis-habis dengan isu dan benda remeh-temeh dibangkitkan!!! Lompat parti, tukar pemimpin, ambil alih negara!!! Sungguh, pening rakyat dengan pemimpin macam ni!!!! So, sempena ulangtahun 365 hari PRU12 ni, harap-harap MP kat Malaysia ni sedar sikit!!! Masih banyak perkara perlu diambil perhatian. Apatah lagi, krisis ekonomi sedikit sebanyak telah "menghentam" perkembangan ekonomi negara ni. Ini, bukan atas kepentingan peribadi tau!!! Jangan sampai satu masa nanti, apa yang korang kejar bertaburan, yang dikendong berciciran!!! Fikirlah. MeeT uNcLe sHaH: Tak hairan kalau MP Labuan melantik wakil untuk bekerjasama dengan beliau. Mungkin, susah nak bekerjasama dengan UMNO Bahagian kot!!!??? Salah Siapa??!!!! Satu persoalan yang perlu diberi perhatian ahli UMNO sendiri. PR, cukup-cukuplah bertelagah dengan kaum di Malaysia. Bersatulah demi kebaikan negara. Boleh saling membetulkan secara "berhemah" dan "terhormat". Tunjukkan yang "Malaysian Politician" ni ada maruah bukan kredibiliti yang "melampau"!!! ( Pesanan kepada Semua Ahli-ahli Yang Berhormat) Dari Pusat Sumber Twintech KB. 24 Febuari 2009.

Saturday, February 21, 2009

EKSPERIMEN: Berhenti Berharap???!!!

Pena ku menari di secarik lontaran suara hati laju, pantas prestasi yang maha tinggi Begitu hidup mahukan apa yang ada di hatinya yang terhirup makna cinta hati Ini adalah kisah hati ke hati yang lelah menanti kefahaman dari hati Hasrat?? kuburkan sajalah!!! Masa ku untuk itu telah sampai ke penghujungnya begitupun harapan yang dulunya tak pernah terhenti Tiada lagi jawapan hati Sampai jua akhirnya tinta ini berhenti menitis pada satu kalimat yang bertitik!!! Usai sudah penantian penat ku menanti dalam tulisan mengahku sampai satu ketika di hujung lontaran bicara "aku sudah berhenti berharap???!!!"
MeeT uNcLe sHaH: Sepertinya air Ada ketika deras airnya Ada ketika lesu tidak bermaya Seperti juga hati Ada ketika Semangat yang tinggi Namun Sering jua ketinggian itu runtuh Sebagaimana jua harapan Satu saat dulu berharap Namun, harus kali keberapa aku berharap??? "Berhenti Berharap???!!!" "Seperti air...." Fikirkan Tenang Hati Hidup Harapan???!! "Kosong...." Beginikah hidup jika tiada harapan?? Haruskah Berhenti berharap???!!! p/s: Sekadar mendengar luahan hati sahabat, maka terciptalah nukilan ini. Mari, kita berkongsi mengenai harapan!!! ;p

Thursday, February 19, 2009

Catatan Dari Hati: Seminggu Yang Berlalu

Salam Semua. Minggu ini betul-betul buat aku susah nak bernafas!!!! Huh, masa???!!! Alangkah indah jika zaman kanak-kanak dulu dapat aku ulangi semula!!!! Hahahahaha!!! Fantasi yang takkan pernah jadi realiti!!!! ;p Hari yang betul-betul memenatkan, minggu berfikir dll!!!! Hari Isnin tu, aku jadi C.O.D. bagi student DHM. Erk, C.O.D. tu bermaksud Chef of The Day. Dimana, tugas-tugas di dapur aku yag conduct. Biasa la kan, student hotel; dapur dan kami yang tak boleh dipisahkan!!! hhahahahaahahaah ;p Macam biasa, tugas sebagai COD tu aku akan upload dalam post selepas ini. Insyaallah. Nampaknya, lepas ni aku terpaksa menjadualkan semula diri aku!!! huhuhuh Apatah lagi, baru dilantik sebagai Ketua Sidang Pengarang Buletin Terbaik (click here) minggu lalu. Terpaksa la aku buat homework mmengenai sukan local and international!!! Anyway, thank you very much to Abe Shah, my senior kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk mengendalikan buletin sukan Twintech KB ni. Walaupun, aku ni tak minat dalam sukan!!!! hahahahahahaha ;p Oh ya!!! Hujung minggu ni, akan menjadi hambar!!! Pasal percutian ke Kuala Terengganu terpaksa dibatalkan saat-saat akhir kerana masa yang tidak mengizinkan!!! Allah!!! Nampaknya, satu akitiviti riadah yang baru perlu dirancang semula. Pergi ke pantai???!!! Insyaallah. Erm, sesiapa ada cadangan untuk aktiviti aku and my friends this weekend?? Give your respond please???!!! Nota Pendek: Lap top kena hantar sevice plak!!! huhuhuhu Internet server slalu masalah!!! Tempat korang pun macam tu ke???

Kenyataan Maaf Kepada MBL

Merujuk perkara yang disebutkan, dengan sejujurnya saya memohon maaf jika terdapat kesalahan fakta mahupun komen-komen yang menyinggung perasaan pucuk pimpinan baru Majlis Belia Labuan. 2. Bukan niat dihati mahu menjatuhkan reputasi seseorang atau pucuk pimpinan MBL sendiri dengan komen-komen mahupun kata-kata saya di dalam blog Minda Belia. 3. Untuk makluman, saya telah dijemput oleh pemilik blog oleh pemilik blog tersebut melalui komen terdahulu di dalam blog ini. Kemudian, melalui salam perkenalan pemilik blog daripada pemilik blog tersebut. 4. Sebagai anak kelahiran Labuan yang kini menyambung pelajaran di luar Labuan, saya berbangga meliha perkembangan anak Labuan dengan menggunakan pelbagai medium untuk menggerakkan sesuatu jentera. Tanpa saya sedari, blog itu dibangunkan tanpa rasa tanggungjawab. 5. Pada mulanya, saya menyangkakan blog itu didirikan oleh Majlis Belia Labuan sendiri. Apatah lagi, blogger yang mengunjungi blog itu memang biasa saya lawati blog mereka. Bagaimanapun, setelah melayari semula blog tersebut. lebih kurang minggu lalu; saya dapati terlalu ramai pendapat "menekan" setiap post blog berkenaan. 6. Menyedari tanggungjawab sebagai blogger, saya tidak teragak-agak untuk memohon maaf serta mengirim pesanan ringkas kepada saudara/i Zai seperti yang dipinta biarpun ada sedikit salah faham mengenainya. 7. Perkara seperti ini, amat saya kesali kerana terlalu ramai manusia menggunakan blog untuk menjatuhkan reputasi seseorang. 8. Saya berjanji akan membantu MBL dalam apa jua lapangan kerja sebagaimana yang saya janjikan kepada saudara/i Zai demi pembangunan dan juga keharmonian belia Labuan pada masa-masa akan datang. 9. Kesempatan ini, saya gunakan untuk menyatakan cadangan kepada pucuk pimpinan MBL agar blogger-blogger muda Labuan dapat disatukan dibawah satu unit dibawah seliaan MBL sendiri. 10. Melalui permohonan maaf ini, saya harap tidak ada lagi permasalahan yang timbul antara saya dan juga MBL supaya perkara ini tidak akan membantutkan usaha pembangunan semula MBL. 11. Dengan itu, saya menyeru kepada sahaba-sahabat blogger yang lain supaya berhati-hati ketika memberi komen dimana-mana blogger yang boleh mendatangkan curiga. Harapnya, apa yang terjadi kepada saya ini dapat menjadi pengajaran kepada diri dan juga mana-mana individu sebagai pengendali blog. 12. Besarlah harapan saya jika Presiden MBL sendiri memberi kritikan dan juga pandangan dalam blog saya ini supaya masalah ini tidak lagi menjadi satu isu yang boleh dimanipulasikan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Disamping itu, saya juga menyeru kepada pengendali blog tersebut supaya bersemuka dengan pucuk pimpinan ataupun memberi kenyataan maaf kepada MBL jika beliau benar-benar mengambilkira konsep persefahaman bersama. 13. Dengan itu, perhatian daripada pihak MBL saya dahului dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan. Yang Benar, http://meetuncleshah.blogspot.com Nota Kaki: Salam Perkenalan dari pengendali blog Minda Belia dapat dilihat dengan click kepada Laman Sembang disebelah kanan blog ini dengan click kepada older messages. Saya dimaklumkan oleh saudara/i Zai yang kini blog Minda Labuan kini hanya dibuka/ boleh dilawati oleh orang-orang berkenaan sahaja. Motif dan rasa tanggungjwab beliau sebagai blogger benar-benar saya tidak fahami.

Sunday, February 15, 2009

Ku Cuba Sehabis Baik...

Salam Semua.
Banyak perkara sebenarnya yang ingin aku kongsi kali ini. Baik tragedi yang menimpa sebelum ini dan juga paparan hidup sekitar minggu ini. Alhamdullillah, menyusuri hidup dalam lingkaran masalah lalu itu, buat aku berfikir akan erti sebuah makna "aku masih bisa tersenyum dan tertawa!!!" Fikirlah, ada ketika kita kecewa dengan keadaan semasa yang dilalui. Namun, tanpa disedari ada "hikmah" yang terbentang luas!!! Percayalah!!! Life is easy but think first!!!
think first!!!
Alam kehidupan adalah hak sementara yang kita miliki. Cuba dengan sehabis baik, itu yang aku ingin lakukan sekarang!!! Bukan mahu "memuaskan" hati "mata yang memerhati" tapi untuk diri sendiri. Aku hidup untuk diri sendiri(bukan selfish) bukan untuk orang lain. Betul tak??? Minggu lepas, ada sedikit perbincangan dengan Abe Shah. Bincang mengenai sokongan kepada unit sukan yang ditubuhkan. Aku akui bukan seorang yang aktif dalam sukan; sejak dari alam persekolahan lagi!!! hahahahahaha!!! Tu kelemahan utama aku, sukan!!! Bukan tidak berminat, cuma tiada masa ke arah itu. Aku masih lagi bermain bowling(walaupun dah berhenti main, kini minat tu datang kembali) bersama sahabat lain. Perbincangan tu, Abe Shah mahukan aku menjadi Sidang Pengarang Buletin Terbaik(klik disini) Twintech. Blog dan juga buletin ini akan membicarakan mengenai aktiviti sukan kolej dan juga isu-isu sukan semasa. Alhamdullillah, ada yang mengiktiraf bakat ini. Begitupun, aku terpaksa bekerja lebih masa untuk membuat homework mengenai sukan.
i'll try my best!!!
Buletin yang menggunakan trademark "Terbaikkkkkkkk" ini akan menjadi wadah menyampaikan berita sukan juga sebagai sokongan kepada usaha pembangunan sukan Twintech Kota Bharu. Dalam hal ini, aku amat berharap agar blog Buletin Terbaik akan mendapat sambutan hangat kerana buletin itu bukan sekadar blog sukan yang "serius" tapi ceritanya akan divariasikan menjadi lebih gempak!!! Insyaallah, amanat juga harapan beliau akan aku manfaatkan sebaik mungkin. Bukan kerana bayaran yang aku terima tapi ini adalah sokongan aku kepada kepada usaha-usaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti pelajar yang lesu sebelum ini. Lagi pula, latihan bowling aku dan bersama sahabat lain juga akan diteruskan. Insyaallah, jika tiada aral melintang akan dipertandingkan!!! Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Oh ya!!! Sebelum terlupa, Khamis ni aku akan mengikuti lawatan ke MPC, bagi mempelajari aspek-aspek pengeluaran sesebuah kilang. Manakala, misi hujung minggu pula akan ke Kuala Terengganu bersama housemate!!!!! Aku tidak sabar lagi!!! Hahahahahaa!! I need to rest and "berdamping dengan alam"!!! Insyaallah, di Kuala Terengganu nanti akan ke Pulau Wan Man dan ke Pulau Perhentian!!! Nantikan cerita yang menyusul!!! Akan ku cuba sehabis baik!!! Wassalam.

Wednesday, February 11, 2009

Catatan Dari Hati: Fikirlah!!!

Salam Semua.
Entah kenapa kebelakangan ni, apa yang aku lakukan semua serba tak kena!!! Baik dari pandangan peribadi aku mahupun persepsi umum sekeliling aku. Bukan mahu menyalahkan umum sekeliling mahupun diri sendiri cuma terkilan bila apa yang kita lakukan "tidak menyenangkan" mata-mata yang memerhati!!! Bukan perlu aku memaksa mereka menerima apa yang aku katakan, bukan juga berpihak kepada kebatilan!!! Arggggh, betapa kompleksnya hidup berdepan dengan masalah sebegini!!! Meniti arus hidup yang sebegini buat aku sedar betapa dalam kehidupan terlalu sukar untuk "bergerak" semata-mata mahu menyenangkan mata-mata yang memerhati!!! Tidak hairan kenapa seringkali perlakuan diri jadi persoalan, betul tak??? Menyusur hidup ditengah-tengah kehidupan sebegini buat fikiran semakin bercelaru!!! Pada aku???!!! Tidak!!! Masalah yang bukan masalah besar buat aku!!! Berdepan adalah terbaik!!! I've nothing to say!!! Jangan salahkan sesiapa kalau ia semakin "melarat menjadi kudis"!!!! Tidak juga perlu menuding kepada umum!!! Diam sendiri, fikirkan!!! Dimana silapnya kata, adakah salah pada bicara???!!!! Cakap kepada sendiri. Brmuhasabah sendiri adalah jalan kemenangan dengan menundukkan ego. Tidak perlu lagi kata sindiran, kalau hanya mendengar cerita sebelah pihak. Tidak perlu habis air liur, menegakkan kata-kata!!! Hairannya, manusia lebih percaya kepada fitnah yang mereka takrifkan sebagai "gosip" untuk bersuka-suka. Come on, berpijak di bumi nyata!!! Hidup terlalu singkat untuk kita mengadu-domba. "Bijak membodohkan" manusia tidak akan ke mana-mana!!! Percayalah!!! Aku cuma berkata dalam hati, "Kenapa mesti aku berdepan masalah ini???" Arghh, aku hanya manusia yang tidak layak mempersoalkan kejadian yang ALLAH cipta!!! Biar apapun, kehidupan kita berbeza. Hidup mesti terus!!! Kepada mereka "Fikirlah" sebelum berkata-kata!!!

Sunday, February 8, 2009

Misi Hujung Minggu- Berjalan Ke Wakaf Che Yeh

Aneka jenis tudung wanita, kanak-kanak perempuan "Manjalara, Cindai???!! Ntah ape-ape!!
Akhirnya, ada jua kesempatan bersiar-siar bersama sahabat ke Wakaf Che Yeh setelah beberapa kali berjanji. Namun, perancangan sebelum ini, terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mengizinkan. Biasalah, student!!! hehehehe Kadang-kadang, ada program yang dilaksana tanpa dirancang!!! Wakaf Che Yeh merupakan salah satu produk "tempatan" yang amat laku!!! Suasananya sama seperti di Downtown dan Uptown di Kuala Lumpur. Biasalah, pasar malam seperti ini semestinya menjadi lubok untuk warga tempatan memasarkan produk juga membeli barang dengan murah.
Aneka Kuih-Mueh Tempatan
Sememangnya, aku akui suasana kat sini memang meriah!!! Apatah, bila menjelang tengah malam; harga barang akan menjadi semakin murah!!! So, tempat ni memang jadi tumpuan kitaorang untuk cuci mata sambil mencari barang untuk dibeli untuk bulan seterusnya!!! Especially, barangan bundle!!! hahahahaa ;p
Buah-buah tempatan yang diniagakan
Apapun, suasana malam tu tercemar dengan sindiket peminta sedekah yang menggunakan kanak-kanak sebagai modal!!! Huh, apa punya jenis manusia la diorang ni!!! Aku tulis kerana aku pun hampir-hampir terkena!!! Ceritanya macam ni, sedang seronok memilih barang bersama Amin; datang pulak seorang kanak-kanak lelaki(lingkungan umur 7-9 tahun) meminta sedekah. So, aku berkira-kira nak keluarkan dompet, datang lagi seorang remaja perempuan!!! Aik, berebut pulak tu mintak duit ngan aku!! "Ish, tadi kate nak mintak sedekah, apesal berebut plak ni?", aku tanya kat budak lelaki tadi, tapi takde jawapan. Bahkan, budak ni berebu lagi ngan remaja perempuan tadi. So, aku pun amek langkah bijaksana sikit!!! Hehehehehe,... Aku kata; "Meh, dik. Ikut abang. Abang bagi duit" sambil tarik budak lelaki tadi. Bukan apa, aku kesian dia datang mengadu tak makan nasi lagi!!! Tetiba, budak tu tak nak!!! Dengan muka pucat plak tu!!! huh, ape ni??? Hati aku dah berbisik sesuatu. Sindiket!!! Takder lain punya. So, aku tinggalkan budak 2 orang in terkulat-kulat!!! Sapa suruh nak mintak sedekah pakai sindiket, ye tak????!!! Ye, tak??? So, tengah dalam perjalanan tu tetiba budak perempuan ni bersuara, " Huk aloh, mintak serial pun kedekut ah!!!" Aik, aku pun berpaling dengan terpinga-pnga!!! Malu ada, marah pun ada!!! Siapa susahkan siapa dalam situasi ni??!!! Amin dengan marah menjawab, " Nate ni!!! Mu mintak sedekoh, mu kecek gitu!!! Bodoh!!!" Perghhh, aku punya blur ngan situasi tu!!! Dengan mata umum memandang!! Apa agaknya, persepsi mereka terhadap kami???!!!! Lantaklah, apa yang penting sehingga sekarang aku masih terfikir manusia durjana mana yang eksploitasikan kanak-kanak seperti mereka?? Ibubapa mereka???? Pendidikan???!!! Arghh, kesian mereka!!! Apapun, jangan teragak-agak hendak ke Wakaf Che Yeh!!! Aku pasti, korang mesti enjoy dengan environment kat situ. Tak macam awal tahun 2005 dulu tau, waktu kali pertama aku sampai Kelantan untuk melancong!!! Dah canggih dengan bangunan baru!!! Jemputlah borong barang disitu!!! Bermacam barang diniagakan dari kuih-muih, makanan juga peralatan asas rumah!!! Dan, anda jangan juga terkejut kalau berjumpa dengan peniaga yang menjual alat unutk memuaskan na*su di sini secara terbuka!!!

Saturday, February 7, 2009

Selamat Jalan Sahabat Ku!!!- Ranniey

Salam Semua. Hari ni, aku rasa gembira bila aku dapat tahu seorang sahabat aku, Ranniey(gambar) akan melanjutkan pelajaran ke luar negara(Universiti Oakland, New Zealand) dalam jurusan Mechanical Engineering pada 18hb. Febuari ini. Seorang sahabat yang pernah bersaing bersama-sama dalam kelas!!! So, wakil dari seluruh warga SEMELA, batch 2002-2004; aku ucapkan selamat jalan dan selamat kembali ke Malaysia. Semoga beroleh lebih banyak kejayaan!!! Juga akan berjaya membawa nama negara tercinta ini sebagai model anak tempatan Labuan yang terbaik!!! Kepada sahabat yang lain, semoga kejayaan sahabat kita ini menjadi inspirasi untuk kita saling bermotivasi dan bersaing untuk mendapatkan pendidikan tertinggi demi agama, keluarga, dan juga negara tercinta!!! Sekali lagi, selamat berjaya!!!

Thursday, February 5, 2009

Eksperimen: Mencari Wajah Warga Ku

aku berjalan di celah-celah kesibukan kota warga ku menjilat setiap mereka yang brlalu-lalang!!! arghhh!!! ku cari ketenangan di balik kesibukkan kota ini tenang tapi tercemar!! "Di mana wajah comel kacak warga ku???!!!" mereka bukan warga ku!!! kesibukkan kota warga ku, terselit wajah asing mereka!! bukan mendiskrimasi kulit, bila aku berkata!!!! bukan mencaci kedaifan, bila aku berkata!!! ku cuba cari wajah warga ku, arghhh, mungkin hanya seketika kerana warga ku terlalu senang rupanya!! mungkin wajah warga ku hanya ada: di tepi jalanan durjana!!! di lereng lembah hina!!!
MeeT uNcLe sHaH:
Eksperimen hasil dari sedikit catatan perjalanan ke Johor Bharu tempoh hari. Erm, cukup jika aku kata sebagai pengembara jalanan aku cukup senang memerhati dan menganalisis dengan cara tersendiri. Perjalanan pagi itu, tercemar dengan tingkahlaku sesetengah warga asing yang mabuk di tengah jalan. So, anda boleh membayangkan bagaimana perlakuan mereka yang "hilang waras seketika" ketika di bawah pengaruh air syaitan itu!!! Seperti yang aku kata, post ini bukan bertujuan mendiskriminasi mereka kerana perbedaan kulit mahupun bangsa tapi aku cukup tertanya sampai bila Malaysia ini akan terus "bersandar" kepada tenaga asing???!!! Memang benar, sesetengah lapangan kerja kita masih memerlukan tenaga mereka, baik bidang professional atau separuh mahir, tetapi bukan harus di monopoli 100%!!! Atau, mungkin(seperti yang ditulis dalam Catatan Perjalanan) kita yang harus berubah???!!! Satu persoalan yang mungkin kita boleh kongsikan.

Tuesday, February 3, 2009

Tagg From Mdm. Azimah- About Myself!!!

Salam.
Tagg ni da sekian lama tau, tapi tak terjawab untill now... hehehehe ;p Bukan ape, kebelakangan ni begitu banyak citer yang aku nak tulis cuma kekangan masa memaksa aku mementingkan yang lebih penting dari yang penting. Apatah lagi, masa ni aku banyak mencoretkan catatan kembara yang aku yakin dapat berkongsi dengan sekalian sahabat alam maya yang mengikuti perkembangan blog ni . Thank you so much my readers!!! Alhamdullillah, selesai jugak satu janji walaupun agak terlewat; tidak seperti yang dijanjikan. Sorry, betapa kita manusia sering "terlupa" pada baiah yang kita ikrarkan!!! Anyway, this tagg more to know how good/who I am deeply. Im not a perfect person, but the perfection in life be for us find. Take note of this!! Erm, tagg ni pon ade rules tau. The rules of this tagg as shown: 1. List these rules on your blog.
2. Share 7 fact about yourself. 3. Tell 6 unspectacular quirks of yours. 4. Tagg to 7 people with the link to their blog. 5. Link the person who tagged you. So, check it out!!! Enjoy with this tagg!!!
7 Fact About Myself:
1. Punya nama yang panjang, Shahzul Izzil Sham Al-Rashid Bin Zulkefli. And I proud of it too!!! Biarpun umum mempertikaikannya, tapi aku tak amek port sangat. Ye la, sudah tercatat di Loh Mahfuz. Kerana panjangnya nama aku, ramai gak yang was-was nak sebut dan nak panggil aku guna part mana satu!!! Anyway, I feel comfort to known as Rashid. 2. I started my journey since I was at 15!!! Negeri pertama yang aku jejak seorang diri Sabah "Negeri Di Bawah Bayu". Satu permulaan kembara di mana aku cuba memaknakan diri aku dalam erti kata yang sebenarnya. Memang benar, Sabah tu la jauh sangat dengan Labuan, tapi ada sedikit ketenangan jika kita "berdamping" dengan alam semulajadi. Tak caye??? Cubalah!!! 3. Telah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia tapi tidak secara specific. Begitupun, aku lebih suka menjelajah ke daerah pedalaman untuk aku kenal erti kepayahan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. 4. Cinta??? Paling lama bertahan selama hampir 3 tahun(2006-2008). Tapi, hampeh!!! hahaahah ;( First love plak waktu Darjah 6!!! No comment about it!!! Cinta bebudak(bukan monyet punya cinta tau) 5. Aku ada adik kembar pompuan bernama Norzaizatul Shamam!!! Tarikh lahir berbeza, jantina and attitude. hehehehe... Pernah duduk satu kelas dan "dipaksa" bersaing atas dorongan class teacher, school teachers!!! Hahahaha!!! Apapun, aku menang; sebab "akukan abang"!!! 6. Adik-beradik aku(Umar Abu Hurairah, Norzaizatul Shamam) semua punya nama yang panjang and very unique. Tapi, aku(Shahzul Izzil Sham Al-Rashid) ngan Arwah Angah(Mohd. Sallehuddin Al-Iman) je guna pangkal "AL" kata penghujung nama masing-masing!!! 7. Pernah bercita-cita untuk berkecimpung dalam dunia ketenteraan. Cuma, nasib tidak menyebelahi. Tapi, minat dan keinginan tu tak "mati" pasal this world teach to how to survive as best as I can. In future, kalau tak involved in regular unit, I will b join in reserved unit.
6 Quirks About Me:
1. Susah nak berhenti bercakap bila dan berbincang mengenai sesuatu isu!!! Dalam erti kata lain, aku ni suka membebel. Kekadang tu, ramai gak member sengal ngan aku!!! Wakakakaka Nak wat camana kalau aku suka bercakap; ye dak??? 2. Suka pendam perasaan especially perasaan marah walaupun hati kadangkala menghasut untuk "memberontak". Entah la, kekadang tu bila dah "terluah" akan jadi pergaduhan!!! So, lebih baik aku bercakap dalam diri sendiri supaya sentiasa bersabar.
3. Suka merayau sampai tengah malam. Tabiat ni, selalu wat mama membebel sebab janji keluar sekejap lepas semayang Isyak kat masjid(Masjid Ganggarak, Labuan) tapi balik lewat tengah malam. Aku bukan merewang pegi pub tau, tapi lepak kat Pagayaman sambil bersembang ngan member. Selalu yang jadik mangsa peneman aku: Eddie, Hairi and Haritsah!!! hahahaha ;p 4. Suka sangat dengan colour biru!!! Tak kira, baju raye, stationery, eksesori diri; it's should be in blue/dark blue!!!! Sebab, aku interested in navy unit!!! Kan navy uniform in blue colour. Im proud to use that uniform!!! 6. Aku banyak belajar bahasa daerah luar, tapi tak fasih bila berkomunikasi!!! hahahahaha!! Antara bahasa yang aku pelajari- Murut Timogun, Kadazan Dusun and the latest one is bahasa Kelantan!! "royak molek deh"!!!! hahaahah ;p
I'm Tagging This To:
1. Cikgu Sahar 2. Saudari Rahmah- rakan blogger 3. PM- sahabat blogger yang selalu berkongsi idea 4. lollipop- sahabt baru di alam maya 5. Pearl Of Life- selalu gak bertandang ke blog aku 6. Safwan Mat Noor- junior aku kat SEMELA 7. a.d.a.m.- seorang sahabat yang suka merantau/menjelajah

Monday, February 2, 2009

Catatan Dari Hati- Bulan Pertama Di 2009

Salam Semua.
Januari 2009 baru berlalu. Masa berlalu terlalu pantas, tanpa kita sedari!!! Pejam celik, pejam celik!!! Begitupun, banyak perkara dah aku lalui. Cerita cinta, cerita kembara, cerita gosip, cerita masa depan, cereka tentang mengenal peribadi(????) semuanya berlalu mencorak perjalanan hidup yang singkat!!! Arghh, betapa kita(manusia) terlalu leka dengan masa. Minggu pengajian bagi semester ni tinggal hampir 2 bulan lagi. Masa??? Jangan pertikaikannya!!! Huhuu... Sesaknya nafas!!! Erm, cukupkah persediaan diri???? Rindu??? Mungkin pada tanah kelahiran!!!(WP LABUAN). Hampir setengah tahun tidak kembali, apa khabar agaknya para sahabat ku disana??? Tiada khabar melainkan ucapan selamat ketika hari perayaan. Masihkah masa dapat menemukan kita kembali???
"Masa???!!! Huh, betapa terikatnya hidup ini pada etika!!!"
YA ALLAH, ampunkan aku andai masa ini tidak aku manfaatkan dengan kebaikan juga terlalai dengan nikmat juga kelebihan!!!
DUNIA, masih adakah ruang untuk aku menyelit dalam rongga kehidupan penuh kudus??? untuk aku bawa diri dengan rasa rendah diri???? untuk aku berselimut dengan kesederhanaan??? untuk aku membentang segala kebenaran???!!! MASA, berikan aku waktu untuk mengenal diri sediakan aku ruang untuk mengenal kudus kasih Ilahi kirimkan aku rongga untuk aku bernafas melepaskan dari siksaan!!! bentangkan aku lapangan agar aku memahami masa yang diberi!!! supaya mensyukuri nikmat anugerah Ilahi!!!