Sunday, February 15, 2009

Ku Cuba Sehabis Baik...

Salam Semua.
Banyak perkara sebenarnya yang ingin aku kongsi kali ini. Baik tragedi yang menimpa sebelum ini dan juga paparan hidup sekitar minggu ini. Alhamdullillah, menyusuri hidup dalam lingkaran masalah lalu itu, buat aku berfikir akan erti sebuah makna "aku masih bisa tersenyum dan tertawa!!!" Fikirlah, ada ketika kita kecewa dengan keadaan semasa yang dilalui. Namun, tanpa disedari ada "hikmah" yang terbentang luas!!! Percayalah!!! Life is easy but think first!!!
think first!!!
Alam kehidupan adalah hak sementara yang kita miliki. Cuba dengan sehabis baik, itu yang aku ingin lakukan sekarang!!! Bukan mahu "memuaskan" hati "mata yang memerhati" tapi untuk diri sendiri. Aku hidup untuk diri sendiri(bukan selfish) bukan untuk orang lain. Betul tak??? Minggu lepas, ada sedikit perbincangan dengan Abe Shah. Bincang mengenai sokongan kepada unit sukan yang ditubuhkan. Aku akui bukan seorang yang aktif dalam sukan; sejak dari alam persekolahan lagi!!! hahahahahaha!!! Tu kelemahan utama aku, sukan!!! Bukan tidak berminat, cuma tiada masa ke arah itu. Aku masih lagi bermain bowling(walaupun dah berhenti main, kini minat tu datang kembali) bersama sahabat lain. Perbincangan tu, Abe Shah mahukan aku menjadi Sidang Pengarang Buletin Terbaik(klik disini) Twintech. Blog dan juga buletin ini akan membicarakan mengenai aktiviti sukan kolej dan juga isu-isu sukan semasa. Alhamdullillah, ada yang mengiktiraf bakat ini. Begitupun, aku terpaksa bekerja lebih masa untuk membuat homework mengenai sukan.
i'll try my best!!!
Buletin yang menggunakan trademark "Terbaikkkkkkkk" ini akan menjadi wadah menyampaikan berita sukan juga sebagai sokongan kepada usaha pembangunan sukan Twintech Kota Bharu. Dalam hal ini, aku amat berharap agar blog Buletin Terbaik akan mendapat sambutan hangat kerana buletin itu bukan sekadar blog sukan yang "serius" tapi ceritanya akan divariasikan menjadi lebih gempak!!! Insyaallah, amanat juga harapan beliau akan aku manfaatkan sebaik mungkin. Bukan kerana bayaran yang aku terima tapi ini adalah sokongan aku kepada kepada usaha-usaha untuk mengaktifkan kembali aktiviti pelajar yang lesu sebelum ini. Lagi pula, latihan bowling aku dan bersama sahabat lain juga akan diteruskan. Insyaallah, jika tiada aral melintang akan dipertandingkan!!! Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Oh ya!!! Sebelum terlupa, Khamis ni aku akan mengikuti lawatan ke MPC, bagi mempelajari aspek-aspek pengeluaran sesebuah kilang. Manakala, misi hujung minggu pula akan ke Kuala Terengganu bersama housemate!!!!! Aku tidak sabar lagi!!! Hahahahahaa!! I need to rest and "berdamping dengan alam"!!! Insyaallah, di Kuala Terengganu nanti akan ke Pulau Wan Man dan ke Pulau Perhentian!!! Nantikan cerita yang menyusul!!! Akan ku cuba sehabis baik!!! Wassalam.

7 comments:

fahana_ann said...

hidup memang utk diri sendri bila dah letih pk kan nak puaskan hati org tapi kekadng hati itu akan memberontak juga.Jadinyer, SABAR.yg pnting hidup untuk cari redhaNYA..sukar,tapi ada himah kan?
em,good luck ..moga sambutan untuk buletin spt yg diharapkan..
bestnyer brjlan2..dah tak smpat skarang nak tour kedah ni ha,keje brlambak..sempat gak mengomen..huhu

amiechomel said...

hmm, gunakan ilmu masa jadi sidang redaksi majalah sekolah dulu sebaiknya ok!
anyway, welcome to terengganu, negeri yg paling cantik dlm malaysia ni... hehehe... promote sket!

n a r d indie winkie said...

MUS, kamu pengarang ke??

Min said...

singgah ~ kamu punyai perjalanan hidup yg menarik..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

fahana_ann,
Tu la pasal, kekadang pikir pon buat letih. So, the best way is just ignore it!!

Kekadang tu pikir gak, tu pasal kenapa orang kita susah nak maju sebab terlebih jaga orang lain!!!

Madam,
Insyaallah, kiranya kali ni lagi mencabar sebab dulu semua benda dah ada. Now, kena wat sendirik. But, I'll try my best.

Bile Mdm da promote camtu jadik makin tak sabar!!! Hahahaha!!!

n a r d indie winkie,
Blogger pun boleh ditakrifkan sebagai pengarang.

Actually, that title da lama tinggal. Tapi, demi tanggungjawab dan kerjasama title tu akan digalas balik.

Namaku Min,
Setiap manusia tu ALLAH da tetapkan "bahagian" masing-masing. Then, terpulang kepada individu untuk menikmati nikmat tu.

Anyway, thanks a lot visit this blog.

Ron Veronicazo said...

thanks 4 visiting my blog :)

do you mind if i add ur blog into my bloglist?

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Madu Beracun,

I dont care just put it into your blog. And, nice to know you here.