Saturday, February 7, 2009

Selamat Jalan Sahabat Ku!!!- Ranniey

Salam Semua. Hari ni, aku rasa gembira bila aku dapat tahu seorang sahabat aku, Ranniey(gambar) akan melanjutkan pelajaran ke luar negara(Universiti Oakland, New Zealand) dalam jurusan Mechanical Engineering pada 18hb. Febuari ini. Seorang sahabat yang pernah bersaing bersama-sama dalam kelas!!! So, wakil dari seluruh warga SEMELA, batch 2002-2004; aku ucapkan selamat jalan dan selamat kembali ke Malaysia. Semoga beroleh lebih banyak kejayaan!!! Juga akan berjaya membawa nama negara tercinta ini sebagai model anak tempatan Labuan yang terbaik!!! Kepada sahabat yang lain, semoga kejayaan sahabat kita ini menjadi inspirasi untuk kita saling bermotivasi dan bersaing untuk mendapatkan pendidikan tertinggi demi agama, keluarga, dan juga negara tercinta!!! Sekali lagi, selamat berjaya!!!

6 comments:

amiechomel said...

wah bangganya tgk anak murid bjaya. U all msh contact each other ya? Sejak ranniey msk SMT I x pnh dgr kabar dia.

Panglima Perang Cyber said...

Raja dan mufti sudah dihina sesuka hati oleh pembangkang

http://perisik-rakyat.com/2009/02/mufti-tidak-taat-kepada-raja-adalah.html


mereka ni memang kurang ajar..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Madam,
Kami baru je contact balik lepas ade perjumpaan kecil kat KL tahun lepas.
hehehehehe

Bukan tak nak jemput, tapi jumlah kehadiran kurang memberangsangkan!!! huhuhuhuhu

PPC,
Lihat komen saya dalam blog anuaribarahimblog.com berkenaan su ini.

sahabat gunung said...

tahniah. Selamat meneruskan perjuangan buat sahabatmu.

`Belajar Terus Belajar'

Allahyarham Aminuddin Baki pernah perpesan kepada pelajar-pelajar Melayu agar 'Belajar Terus Belajar' agar tidak jadi seperti pepatah Melayu 'Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'.

sahabat gunung said...

KARPAL SINGH SAHAJALAH YANG HEBAT

Selepas membuat kenyataan untuk menyaman Sultan Perak dan kerajaan BN Perak yang baru, kini dia terus memainkan isu baru.

Hari ini, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam ketua pembangkang itu kerana perbuatannya itu yang mempromosikan budaya lompat parti.

Baca seterusnya di : www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Sahabat-Gunung,
Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat.

Berkenaana isu KArpal Singh??!!! Sungguh melucukan!!! Akhirnya, benar wujud sengketa sesama mereka.

Jadi, apa tunggu lagi Pakatan Rakyat?? "Pakat-pakatlah" boikot nate sekor ni!!!

Haahahahha ;p